Kevin De Bruyne Dihentam Kerana Jadi Pemecah Belah Skuad Belgium

Pemain tengah perancang genius Belgium, Kevin De Bruyne kini menjadi mangsa hentaman kerana menjadi pemecah belah keharmonian skuad Belgium yang membawa kepada prestasi buruk pasukan.

Semua ini gara-gara lisan yang tidak dijaga oleh Kevin De Bruyne yang menyifatkan pasukan Belgium terlalu tua dan peluang menjadi juara adalah pada tahun 2018.

Kenyataan ini hadir selepas Belgium selepas aksi perlawanan pembukaan peringkat kumpulan F menentang Kanada di mana Setan Merah menang tipis 1-0.

Dalam perlawanan menentang Kanada ini, Belgium tidak mempamerkan aksi terbaik mereka dan menimbulkan keraguan munasabah akan peluang mereka di Piala Dunia kali ini.

Dari sinilah terjadi perpecahan dalam kem Belgium selepas De Byune menjawab pertanyaan The Guardians akan peluang merekan untuk menjuarai Piala Dunia.

Dengan selamba De Bruyne menjawab:

“Tiada peluang, kami terlalu tua. Aku fikir peluang kami pada 2018, kami mempunyai pasukan yang bagus tapi kini semakin tua.”

“Kami kehilangan pemain penting, kami juga mempunyai pemain baru yang bagus tetapi mereka tidak ditahap seperti pemain lain pada 2018.”

Belgium berada di ranking keenam dalam kedudukan purata umur tertua untuk Piala Dunia Qatar 2022 dan hampir separuh kesebelasan utama ketika menentang Kanada berusia 30 tahun dan ke atas.

Sebahagian besar daripada “Generasi Emas” Belgium termasuk Eden Hazard, Jan Vertonghen dan De Bruyne sendiri akan melepasi kemuncak mereka pada masa 2026 tiba, atau mungkin tidak akan beraksi lagi sama sekali.

Pemain yang sebenar-benarnya tua adalah Jan Vertonghen dan Toby Alderweireld yang nyata menimbulkan suasana tidak harmoni di dalam pasukan.

Kemuncak kepada perpecahan itu adalah selepas kekalahan mengejut kepada Maghribi yang mudah meratah apabila hampir membawa kepada pergaduhan.

Ada laporan mendakwa bahawa Kevin De Bruyne, Jan Vertonghen dan kapten pasukan, Eden Hazard hampir bertumbuk selepas kekalahan Maghribi mereka.

Ketegangan telah mencapai takat didih apabila tiga pemain veteran pasukan kebangsaan itu melepaskan kemarahan mereka ketika skuad Martinez terkial-kial dalam kekalahan, menurut RTL Sport.

Namun Thibaut Courtois menafikan terjadi sebarang pergaduhan di bilik persalinan dan menyatakan tiada siapa akan gembira apabila tewas.

Eden Hazard juga menafikan tiada apa yang terjadi dalam di bilik persalinan dan pasukan hanya mengadakan perbincangan sahaja.

Penyerang Chelsea yang dipinjamkan ke Inter berketinggian 6 kaki 3 inci, Romelu Lukaku terpaksa meleraikan rakan sepasukannya yang dalam keadaan terdesak lalu cuba menenangkan keadaan di bilik persalinan dalam stadium Al Thumama.

Situasi bilik persalinan yang penuh emosi antara beberapa bintang yang paling dikenali dalam skuad itu boleh membuktikan malapetaka menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang finalis Piala Dunia 2018 Croatia.

Vertonghen yang berusia 35 tahun jelas terkilan dengan De Bruyne selepas kekalahan mengejut mereka, membalas kenyataan rakan sepasukannya sebelum ini dengan memberitahu wartawan:

“Kami mungkin juga menyerang dengan teruk kerana kami terlalu tua, itu pasti sekarang, pasti?|

“Kami mempunyai banyak kualiti di hadapan, tetapi begitu juga Maghribi, dan mereka tampil lebih baik. Ini sangat mengecewakan.”

Pemain tengah itu juga telah diselar oleh media sukan Belgium selepas rakaman muncul menunjukkan dia satu-satunya pemain yang tidak menyertai pemain lain dalam ucapan pra-perlawanan menentang Maghribi.

Situasi bilik persalinan Belgium bertambah buruk ketika menentang Croatia dan cuba bangkit pada separuh masa kedua namun segalanya peluang dicipta gagal disudahkan oleh Romelu Lukaku.

Romelu Lukaku hanyalah mangsa keadaan yang menjadi kambing hitam dan dinobatkan sebagai punca kepada kegagalan Belgium di Piala Dunia 2022.

Namun hakikatnya, Kevin De Bruyne yang telah mencetuskan perpecahan dalam pasukan dari awal lagi dan disambut pula oleh Jan Vertonghen yang agak kurang cerdik namun bila hati sudah panas.

Mereka terlalu tua atau terlalu bodoh? Bergaduh dan mewujudkan suasana tidak harmoni dalam pasukan yang di kepalai oleh pemain-pemain yang tua dalam kejohanan penting.

BACA:  De Bruyne Didakwa 'Copy Paste' Teknik Alexander-Arnold Hasilkan Assist Padu Lawan Liverpool