De Bruyne Buat Hal Lagi, Ajak Pemain Terus Masuk Terowong

Skuad Belgium koyak dan memutuskan untuk tidak menyantuni peminat mereka selepas tamat perlawanan. Tindakan itu membuatkan penyokong mereka bengang dan mengejek mereka dengan bunyi boo.

Belgium menunjukkan satu lagi aksi longlai dalam aksi terakhir peringkat kumpulan apabila terikat tanpa jaringan dengan Ukraine.

Dengan keputusan itu Belgium gagal menepati ramalan untuk muda melepasi kumpulan E sebagai juara kumpulan. Mereka malah di belakang Romania.

Kevin de Bruyne awalnya sudah membawa rakan rakannya berarak di hadapan penyokong meraikan kejayaan mereka mara ke pusingan kalah mati. Namun dia dieejek oleh peminat.

Koyak melihat kelakuan penyokong, De Bruyne tiba tiba menghentikan rakan rakannya yang lain daripada menyantuni peminat. Dan dia menjadi dalang yang membawa pemain pemain lain terus masuk ke terowong tanpa pergi beramah mesra dengan peminat.

Tindakan itu membuatkan peminat marah dan mengejek mereka dengan lebih kuat.

Beberapa minit kemudian Kevin De Bruyne diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan dan dia keluar semula ke tengah padang. Kali ini peminat tidak melepaskan peluang untuk mengejeknya.

Pengurus pasukan Belgium, Domenico Tedesco terkejut dengan layanan peminat ke atas mereka.

“Kami sudah berjaya mara ke kalah mati. Apa yang berlaku mengejutkan saya. Adakah saya perlu menyatakan sesuatu kepada penyokong?

“Tidak sebab jelas sekali kami perlukan sokongan mereka untuk meneruskan perjuangan kami di sini,” kata pengurus itu yang mahu semua pihak kembali berdamai.

De Bruyne sebelum ini pernah menuai kontroversi dengan Belgium apabila dalam Piala Dunia 2022 yang lalu dia melabel Belgium sukar nak menang sebab pertahanan semua dah tua tua.

“Skuad kami memiliki ramai pertahanan yang dah tua. Mereka lembab nak berlari, mereka tahu tu,” tegas De Bruyne.

Komen itu membuatkan Vertonghen menyindir balik De Bruyne dan Hazard di barisan serangan.

“Saya rasa penyerang penyerang kami pun dah tua tua belaka agaknya. Sebab tu tak larat nak menyerang dan menjaringkan gol,” kata pemain itu yang jelas kecewa dengan komen De Bruyne masa itu.

BACA:  Kerana Dendam & Luka Lama Oleh Ayah, Carrasco Lalui Perlawanan Penuh Emosi Lawan Portugal