Thibaut Courtois Merajuk Dan Hilangkan Diri Selepas Lilitan Kapten Belgium Diberikan Kepada Lukaku

Thibaut Courtois gagal melaporkan diri bersama skuad kebangsaan negaranya untuk perlawanan kedua kelayakan Euro 2o24 selepas Romelu Lukaku dinamakan sebagai kapten pasukan dan bukan dirinya ketika Belgium mengikat Austria 1-1 pada hujung minggu lalu.

Tanpa Kevin de Bruyne, Lukaku diberikan peranan untuk mengetuai skuad dengan jolokan Red Devils itu pada Sabtu lalu, dan pengendali pasukan Domenico Todesdo mengabaikan Courtois untuk peranan tersebut.

Sebaliknya, Todesco merancang untuk membenarkan Courtois untuk memakai lilitan kapten untuk perlawanan seterusnya menentang Estonia.

Walaupun perkara itu sudah dirancang, ia tidak diterima baik oleh penjaga gol itu yang gagal melaporkan diri di hotel penginapan pasukan.

Menurut akhbar Het Niuewsblad di Belgium, Courtois sepatutnya menjadi tumpuan utama ketika Belgium melayan kunjungan Austria kerana ia adalah penampilan ke-100 nya.

‘Thibaut Courtois amat penting untuk kami,” kata Tedesco pada Sabtu lalu.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan betapa saya amat menghargai dia.

“Ia penting untuk kami dirinya berasa dihargai.”

Courtois dilaporkan bertegang urat dengan beberapa rakan sepasukan yang lain di bilik persalinan selepas tamat perlawanan menentang Austria.

Dalam perlawanan tersebut, Lukaku menjaringkan gol penyamaan untuk mengelakkan Belgium dimalukan.

Penjaga gol Real Madrid itu turut dilaporkan mengalami sedikit kecederaan namun laporan daripada akhbar yang sama berkata Tedesco tidak tahu mengenai perkara itu.

Tidak jelas bagaimana Tedesco akan mengambil respon terhadap kejadian ini. Sidang media sebelum perlawanan menentang Estonia pada hari ini sepatutnya menjelaskan lagi perkara sebenar.

Tanpa Courtois, Belgium masih lagi memiliki penjaga gol lain seperti Matz Sels yang merupakan bekas penjaga gol simpanan Newcastle United.

BACA:  Bagaimana Karier Eden Hazard Dimusnahkan Oleh Rakan Senegaranya Sehingga Bersara