Pemain Sweden Dan Belgium Dikunci Di Dalam Stadium Selepas Serangan Pengganas

Pemain kedua-dua pasukan Sweden dan Belgium yang terlibat dalam perlawanan diantara kedua-dua pasukan terpaksa dikunci di dalam stadium untuk keselamatan selepas serangan pengganas di Brussel pada awal pagi tadi.

Dua penyokong bola sepak Sweden ditembak mati sejurus sebelum sepak mula perlawanan dan sehingga kini penembak tersebut masih lagi bebas. Insiden tersebut turut memaksa pihak berkuasa tempatan mengurung penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut di stadium.

Brussels diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas seorang penembak rambang yang mendakwa diri anggota ISIS melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penyokong. Seorang lagi mangsa turut dilaporkan parah.

Penembak tersebut dilaporkan melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penyokong Sweden yang sedang melalui Boulevard d’Ypres tidak jauh daripada Grand Plaza.

Pemain pertahanan Totenham Dejan Kulusevski, bintang Manchester Unuted Victor Lindelof dan pemain tengah Aston Villa Youri Tielemans adalah antara pemain Premier League yang beraksi di dalam perlawanan tersebut.

Pasukan Belgium dan Sweden berkongsi mesej yang sama melalui X untuk menjelaskan situasi tersebut.

“Disebabkan insiden yang berlaku di Brussel pada awal malam ini, perlawanan terpaksa ditangguhkan. Doa kami kepada keluarga mangsa dan mereka yang terkesan.”

Sweden pula menulis: ‘Mesej ini adalah untuk penyokong Sweden yang kini berada di Brussels: Pihak polis meminta anda untuk terus berada di dalam arena untuk keselamatan. Ambil maklum arahan pegawai, pihak berkuasa dan kakitangan yang berada di lapangan.”

Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selepas pemain kedua-dua pasukan enggan meneruskan babak kedua perlawanan perlawanan selepas rehat yang berlangsung di Stadium King Baudoin.

UEFA melalui satu kenyataan turut mengesahkan perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selepas melakukan rundingan dengan pengurusan kedua-dua pasukan.

Perlawanan kelayakan Euro 2024 itu menyaksikan Sweden mendahului perlawanan melalui Viktor Gyokeres sebelum Romelu Lukaku menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti.

Turut beraksi dalam perlawanan tersebut adalah pemain Fulham Timothy Castagne, bekas pemain Tottenham Jan Vertoghen dan pemain pertahanan Leicester Woit Faes.

Bintang baharu Man City Jeremy Doku dan pemain Luton Town Thimas Kaminski berada di bangku pemain simpanan Beligium bersama-sama bekas penyerang Chelsea, Michy Batshuayi.

Skuad Sweden turut menampilkan pemain Aston Villa Robin Olsen dan penyerang Nottingham Forest Anthony Elanga.

BACA:  Hazard Mahu Tahu Siapa Pengurus Chelsea Musim Depan Sebelum Tentukan Masa Depan