Kejadian seorang lelaki bertindak membakar Al Quran di Sweden baru-baru ini mendapat bantahan daripada komuniti Islam di seluruh dunia.
Di Iraq, perlawanan bola sepak turut digunakan untuk mengecam tindakan tidak bertamadun itu apabila pemain dan pegawai perlawanan membawa senaskah Al Quran ke tengah padang sebelum menjulangnya sebagai tanda protes atas perbuatan tersebut.
Menurut laporan di Al Jazeera, pemain daripada kedua-dua pasukan Al Qasim dan Al Shorta yang berhadapan di antara satu sama lain di Stadium Al-Shaab pada Sabtu lalu untuk saingan minggu ke-34 Liga Iraq sepakat berganding bahu untuk melakukan senario tersebut sebagai tanda protes.
Hal itu kemudiannya turut disertai oleh pengadil perlawanan, pegawai perlawanan lain dan kakitangan kejurulatihan daripada kedua-dua pasukan.
May the protest be everywhere.
Iraq Premier League match between Al Shorta & Al Qasim.#Quran #Quran❤️#quranburning #SwedenIslamophobic pic.twitter.com/qukUhkD33V— Bani Amin Akif (@BaniAminAkif) July 1, 2023
Penonton yang hadir menyaksikan perlawanan itu turut menggantung sepanduk dan digantung di sekeliling stadium mengutuk perbuatan itu.
Al Jazeera turut melaporkan Al Shorta turut melakukan hantaran dengan berkongsi gambar solidariti pemain dan pegawai pasukan di laman Facebook mereka.
Pada hari cuti Hari Raya Idul Adha pada 29 Jun lalu, komuniti Islam di seluruh dunia dikejutkan dengan insiden seorang lelaki dikenali sebagai Salwan Momika membakar Al Quran di luar masjid terbesar di Stockholm.
Salwan Momika, 37, yang melarikan diri ke Sweden beberapa tahun lalu memijak al-Quran di hadapan sekumpulan polis, sebelum membakar beberapa muka surat di hadapan masjid terbesar di Stockholm.
BAKAR AL-QURAN | Lelaki pelarian warga Iraq, Salwan Momika jadi dalang insiden terbaharu bakar al-Quran di Sweden.
Perbuatan biadab itu mencetus kemarahan umat Islam di seluruh dunia, dengan Maghribi antara negara terawal memanggil semula dutanya di Sweden. pic.twitter.com/kiJW9rRCQL
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) June 29, 2023
Polis mengeluarkan permit untuk dia menganjurkan protes terbabit, selaras hak kebebasan bersuara, namun kemudian berkata pihaknya membuka kertas siasatan bagi tindakan membakar al-Quran yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Momika kemudian mengakui dirinya sudah mendapat kebenaran daripada pihak polis Sweden untuk bertindak sedemikian.
Di Iraq aksi protes terhadap tindakan Momika bukan sahaja dilakukan melalui bola sepak. Demonstrasi turut diadakan di Kedutaan Sweden di Baghdad untuk mengutuk kejadian itu.
Pada Januari lalu, seorang pelampau sayap kanan Sweden-Denmark membakar al-Quran, berhampiran Kedutaan Turkiye di Stockholm yang turut mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia