Tiba Masa Untuk Santai Dan Lepak Minum Beer – Hazard

Melalui sebuah dokumentari, Eden Hazard memberikan bayangan dirinya akan bersara sebagai pemain bola sepak profesional dalam masa terdekat.

Melalui previu dokumentari yang berjudul ‘Believe’ mengenai skiad kebangsaan Belgium, Hazard berkata: “Perlahan demi perlahan tiba masanya untuk menikmati hidup bersama keluarga dan sagabat handai sambil minum bir Jupiler,” ujar pemain sayap itu seperti dilaporkan ole AS.com.

Ia tidak menghairankan pemain berusia 32 tahun itu sedang mempertimbangkan persaraan selepas tempoh mengecewakan bersama Real Madrid sejak beberapa musim lalu.

Hazard bagaimanapun tetap menyatakan rasa sayangnya terhadap skuad kebangsaan Belgium.

“Saya sentiasa tetap seorang penyokong Red Devils (Belgium). Ia sentiasa satu penghormatan setiap kali memakai lilitan kapten.”

Hazard pernah dianggap sebagai salah seorang pemain penyerang terhebat pada generasinya, tetapi pemain itu sentiasa bergelut dengan konsistensi dan kecederaan sejak meninggalkan Chelsea dan berhijrah ke Real Madrid pada Jun 2019.

Hazard kini adalah ejen bebas selepas dilepaskan oleh kelabnya itu dan berhadapan kesukaran daripada segi mental untuk menyertai mana-mana kelab, dan memilih untuk terus menetap di Madrid pada ketika ini.

Pada usia 32 tahun pemain seperti Hazard sepatutnya masih mampu beraksi beberapa musim lagi di saingan peringkat tertinggi.

Namun perasaan sayang terhadap bola sepak sebagai pemain mungkin sudah mulai luntur buat Hazard.

Realitinya segala-galanya tampak sukar buat pemain yang pernah menjadi bintang utama Premier League ini. Mungkin benar, kini tiba masanya Hazard mengambil keputusan untuk menggantung but.

BACA:  Senarai Kelemahan Utama Yang Ada Pada Liverpool, Chelsea dan Manchester City