Ini Sebab Pengadil Halang Hazard Ambil Sepakan Penalti Dalam Soccer Aid

Legenda Chelsea, Eden Hazard telah dilarang daripada mengambil penalti sekembalinya ke Stamford Bridge kerana peraturan yang rare dalam aksi amal Soccer Aid.

Pemain Belgium itu bersara daripada bola sepak tahun lalu selepas mengharungi pengalaman yang mengecewakan di Real Madrid.

Tetapi dia kembali di halaman yang pernah menjadi tempat permainannya, Stamford Bridge, Hazard mengingatkan peminat dia masih mempunyai sentuhan memukau yang baik dan benar-benar mengembalikan memori indah peminat.

Dia menjaringkan sepakan percuma melepasi David James dalam Soccer Aid tetapi tidak dapat membantu Rest of the World menang.

England menang 6-3 untuk kemenangan pertama sejak 2018 dengan lebih £15 juta telah dikumpulkan untuk UNICEF.

Hazard dinafikan peluang untuk menjaringkan gol kedua dalam pertembungan itu selepas pasukan Rest Of The World dihadiahkan penalti apabila Bobby Brazier mengasari Patrice Evra.

Peminat hairan kenapa Eden Hazard tidak dibenarkan mengambil penalti itu. Hazard adalah pakar dalam sepakan penalti.

Tetapi Sam Matterface, yang memberikan ulasan untuk ITV, agar peminat memahaminya.

Dia mendakwa peraturan menyatakan bahawa seorang bekas profesional tidak dibenarkan mengambil penalti dan seorang selebriti harus mengambilnya.

Hazard kelihatan berminat untuk mengambil sepakan penalti itu. Jelas sekali dia tidak membaca buku peraturan yang diberikan kepadanya.

Ini telah dimaklumkan kepada Hazard oleh pengadil Rebecca Welch dan oleh sebab itu tugas itu diserahkan kepada pemain freestyle bola sepak Billy Wingrove.

Dia menghantar Paddy McGuinness ke arah yang salah dengan penalti tenang yang menjadikan kedudukan 5-3.

Tetapi England memulihkan kelebihan tiga gol mereka tidak lama selepas itu apabila Theo Walcott menerima hantaran daripada Karen Carney.

Hazard berkongsi padang dengan rakan-rakan bola sepak legenda dan ramai selebriti dari pelbagai negara berbeza.

Salah seorang rakan sepasukannya untuk pertembungan itu, peninju yang tidak terkalahkan, Tommy Fury, menghasilkan detik kelakar ketika dia cuba menggolekkan bola ketika lontaran ke dalam.

https://x.com/The_Forty_Four/status/1799882754454417475

BACA:  Ucapan Penuh Emosi Hazard Mencuri Perhatian Ramai