Pemain Belgium dan Real Madrid, Eden Hazard telah mencetuskan kontroversi apabila dengan selambanya menganjing pasukan Jerman kerana Belgium ke Qatar adalah untuk bermain bola bukan untuk membawa mesej politik.
Jawapan agak pedas Hazard ini muncul ketika berbicara mengenai tindakan pasukan Jerman yang menutup mulut ketika sesi bergambar sebagai tanda protes atas pengharaman pemaikaian lilitan pelangi.
Pemain telah diberi amaran supaya tidak memakai lilitan OneLove yang mempromosikan satu golongan pada kejohanan Piala Dunia dan Hazard mengakui dia tidak mahu mengambil risiko menerima kad kuning secara automatik.
Penyerang Real Madrid itu mendakwa bahawa pemenang Piala Dunia empat kali itu mungkin memberi impak yang lebih baik sekiranya mereka lebih fokus untuk memenangi perlawanan daripada membuat kenyataan protes semasa permainan.
“Ya, tetapi selepas itu mereka tewas dalam perlawanan itu,” kata Hazard, ketika ditanya mengenai protes yang dibuat oleh pasukan Jerman menurut RMC Sport.
“Mereka akan melakukan lebih baik untuk tidak melakukannya dan untuk menang. Kami berada di sini untuk bermain bola sepak, saya di sini bukan untuk menghantar mesej politik.”
“Lebih baik serahkan perkara itu kepada orang ramai. Kami mahu fokus kepada bola sepak.”
Eden Hazard on Germany's symbolic pre-match gesture against Japan 🗣️ pic.twitter.com/lrz8fdDicV
— ESPN FC (@ESPNFC) November 24, 2022
FIFA mengancam ketua pasukan dengan kad kuning jika mereka memakai lilitan OneLove, tetapi Hazard mengakui dia mungkin telah mempertimbangkan semula kedudukannya dalam keadaan berbeza.
“Saya tidak senang bercakap mengenainya kerana saya di sini untuk bermain bola sepak,” kata Hazard.
“Kami seperti dilarang… Saya tidak mahu memulakan perlawanan dengan kad kuning, ia akan menjengkelkan sepanjang kejohanan.”
“Kalau saya buat semula, mungkin saya akan pakai lagi.”
🎙️ Eden Hazard on Germany's protest:
"Yeah, but then they lost. They would've been better off not doing it and winning.
We're here to play football, I'm not here to send a political message, there are people better placed for that. We want to focus on football."#FIFAWorldCup pic.twitter.com/q2KS7x64Ui
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) November 24, 2022
Dalam sidang akhbar pada Khamis, kapten Wales Gareth Bale berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan keputusan untuk meninggalkan inisiatif OneLove sambil menambah bahawa tanda protes boleh memakan diri jika pasukan kalah.
“Kami tidak terlalu gembira kerana tidak dapat memakainya,” kata Bale.
“Saya tahu orang berkata ‘Oh, saya sepatutnya memakainya’ tetapi saya akan dibuang padang selepas 25 minit, jadi sudah tentu kami menyokongnya tetapi kami berada di sini untuk bermain bola sepak pada masa yang sama.
🗣 "We weren't too happy about not being able to wear it. People said we should have worn it, I would've been sent off after about 25 minutes."
Gareth Bale on FIFA banning countries from wearing the "OneLove" armband during matches #FIFAWorldCup pic.twitter.com/MSomQdXAmd
— Football Daily (@footballdaily) November 24, 2022
Bale senada dengan Hazard, walaupun menyokong gerakan itu kehadiran mereka di Qatar adalah untuk bermain bola sepak dan mereka mahu fokus kepada tujuan asal.
“Dari segi melakukan sesuatu yang lain, saya rasa apabila pasukan mencuba dan melakukan sesuatu yang lain dan keputusan tidak berjalan dengan betul, maka mereka akan dikritik kerana tidak menumpukan perhatian kepada bola sepak.”
“Bagi kami, saya fikir sekarang kejohanan bermula, kami benar-benar perlu menumpukan perhatian kepada bola sepak sendiri, tetapi di luar permainan, jika ada apa-apa yang boleh kami lakukan untuk meningkatkan kesedaran atau sokongan, maka kami pasti akan melakukannya.”
Beberapa negara Eropah, termasuk England dan Wales, telah bersedia untuk memakai lilitan lengan OneLove pada kejohanan itu namun ditegah FIFA.
Germany’s starting 11 all posed with their right hands in front of their mouths in protest of FIFA’s decision to ban the “OneLove” armband that many European captains had been hoping to wear in Qatar for the World Cup https://t.co/tRrHLrQvWX
— CNN (@CNN) November 23, 2022
Bagi jurulatih Jerman, Hansi Flick berkata ia adalah satu cara untuk menunjukkan protes kepada “FIFA yang membingungkan kami” dan Jerman telah menerima akibatnya.
Kerana terlalu fokus kepada isu lilitan pelangi telah dikatakan sebagai punca Jerman dilibas pedang Samurai Biru dalam kekalahan yang penuh memalukan juara Piala Dunia 2014 itu.
Persatuan bola sepak Jerman atau FA Jerman atau DFB sangat agresif dan serius apabila membawa FIFA ke Mahkamah Timbang Tara Sukan(CAS) atas larangan mereka terhadap pemain memakai lilitan One Love di Piala Dunia.
Pengarah media DFB. Steffen Simon berkata mereka sedang meneroka kedudukan undang-undang mereka mengenai perkara itu.