Kerana Terlalu Fokus Kepada Lilitan Pelangi Punca Jerman Dilibas Pedang Samurai Biru?

Kerana terlalu fokus kepada isu lilitan pelangi telah dikatakan sebagai punca Jerman dilibas pedang Samurai Biru dalam kekalahan yang penuh memalukan juara Piala Dunia 2014 itu.

Pada awalnya Jerman, Belanda, Belgium, Denmark, Perancis, Wales, England dan Switzerland telah bersepakat untuk memakai lilitan pelangi sebagai sokong kepada golongan yang tersakiti.

Namun FIFA telah membuat satu keputusan tegas dengan mengharamkan pemakaian lilitan berwarna pelangi itu dan pemaikai akan berdepan layangan kad kuning.

Semua pasukan akur dengan amaran daripada FIFA itu dan meneruskan perlawanan dengan memakai lilitan kapten tidak melambangkan apa-apa motif.

Di pihak England hanya media mereka yang rakus mengkritik FIFA dan Qatar kerana larangan tersebut namun berlainan pula dengan Jerman.

DFB Heret FIFA Ke CAS

Persatuan bola sepak Jerman atau FA Jerman atau DFB sangat agresif dan serius apabila membawa FIFA ke Mahkamah Timbang Tara Sukan(CAS) atas larangan mereka terhadap pemain memakai lilitan One Love di Piala Dunia.

Pengarah media DFB. Steffen Simon berkata mereka sedang meneroka kedudukan undang-undang mereka mengenai perkara itu.

“FIFA telah melarang kami daripada menggunakan simbol kepelbagaian dan hak asasi manusia,” katanya.

“Mereka menggabungkan ini dengan ancaman besar sekatan sukan tanpa menyatakannya.”

“DFB sedang menyemak sama ada tindakan FIFA ini adalah sah.”

Jadi Isu Kebangsaan

Isu FIFA tidak membenarkan pasukan bertanding memakai lilitan pelangi menjadi isu kebangsaan di Jerman dan mendapat perhatian naib canselor Jerman Robert Habeck dan Menteri dalam negeri Jerman, Nancy Faeser.

Perdebatan One Love semakin hangat, dengan naib canselor Jerman Robert Habeck memberitahu ZDF:

“Saya bukan penasihat media DFB (FA Jerman) dan saya bukan Manuel Neuer tetapi peluang itu ada. Saya seorang ahli politik yang cuba melakukan tugas saya dengan betul, tetapi apakah yang akan berlaku jika ia berlaku sekarang? Saya ingin tahu dan saya akan mengambil peluang saya.”

Sementara itu, Menteri dalam negeri Jerman, Nancy Faeser, dalam lawatan ke acara DFB di Doha, telah menggelar pendirian Fifa dalam isu itu sebagai “kesilapan besar”, sambil menambah:

“Ini tidak baik, bagaimana persekutuan diletakkan di bawah tekanan. Ini bukan jaminan keselamatan yang saya terima daripada menteri dalam negeri [Qatar]. Pada zaman hari ini adalah tidak dapat difahami bahawa Fifa tidak mahu orang ramai secara terbuka bertolak ansur dan menentang diskriminasi. Ia tidak sesuai dengan zaman kita dan ia tidak sesuai dengan orang ramai.”

Pendirian FIFA dalam isu lilitan pelangi yang dilarang bagi menghormati Qatar telah dianggap sebagai satu kesilapan besar dan telah menekan persatuan bola sepak Jerman (DFB).

Seperti FA Inggeris, DFB memutuskan untuk menghidupkan semula keputusannya untuk memakai lilitan pelangi di bawah tekanan daripada Fifa.

Akibatnya Pasar Raya terbesar di Jerman, Rewe telah menamatkan kempen pengiklanan dengan DFB. Ketua eksekutif REWE Lionel Souque menambah:

“Kami menyokong kepelbagaian dan bola sepak adalah kepelbagaian. Tingkah laku skandal FIFA bagi saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang pelbagai, serta peminat bola sepak, sama sekali tidak boleh diterima.”

Tutup Mulut Tanda Protes

Kegigihan DFB tidak berhenti disitu apabila telah melancarkan satu protes kepada FIFA dengan para pemainnya menutup mulut ketika sesi bergambar sebelum perlawanan.

Lantaran itu setiap pemain Jerman menutup mulut mereka dalam gambar pasukan sebelum perlawanan menentang Jepun sebagai protes terhadap pengharaman lilitan pelangi oleh FIFA.

Menurut The Athletic. FA Jerman (DFB) mengesahkan bahawa pasukan itu menghasilkan idea itu.

Dalam catatan di akaun Twitter rasmi mereka, Jerman berkata:

“Ia bukan tentang membuat kenyataan politik – hak asasi manusia tidak boleh dirunding. Tidak patut diambil mudah, tetapi ia masih tidak berlaku. Itulah sebabnya mesej ini sangat penting bagi kami.”

“Menafikan kami lilitan adalah sama seperti menafikan suara kami. Kami tetap dengan pendirian kami.”

“Kami mahu menggunakan lilitan kapten kami untuk mengambil pendirian untuk nilai yang kami pegang dalam pasukan kebangsaan Jerman: kepelbagaian dan saling menghormati. Bersama-sama dengan negara lain, kami mahu suara kami didengari.”

Kesudahannya kerana DFB terlalu fokus kepada isu diluar padang yang langsung tidak berkait dengan bola sepak, Jerman telah menjadi mangsa kebangkitan Jepun.

BACA:  EURO 2020: Jerman 2-2 Hungary