Piala Asia: Jepun Hantar Pulang Pemain Sayap Terlibat Dakwaan Seksual

Pemain sayap Jepun, Junya Ito diarahkan meninggalkan kem pasukan itu di Piala Asia selepas pendedahan dakwaan serangan seksual terhadap dua wanita pada tahun lalu.

Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) melalui satu kenyataan berkata perkara itu memerlukan siasatan menyeluruh dan tindakan mengugurkan Ito dilakukan mengambil kira pemain itu kini tidak berada di dalam keadaan mental dan fizikal yang diperlukan.

Wanita tersebut mendakwa mereka dipaksa melakukan hubungan oleh Ito pada tahun lalu. Namun demikian peguam pemain itu menafikan perkara tersebut dan kini turut memfailkan kes untuk dakwaan palsu.

Sumber daripada Jepun pada Rabu lalu mendedahkan pemain berusia 30 tahun itu kini disiasat oleh pihak polis Osaka selepas mendapat laporan daripada mangsa, berikutan pendedahan oleh media di negara itu.

Menurut laporan tersebut Itu yang beraksi bersama negaranya di Piala Dunia 2022 adalah suspek utama serangan seksual terhadap wanita itu yang mabuk di sebuah hotel di Osaka selepas perlawana di antara Jepun dan Peru.

Pendedahan skandal itu pertama kali disiarkan oleh Daily Shincho, beberapa jam sebelum perlawanan pusingan 16 psukan terbaik menentang Bahrain di Doha.

It0 yang beraksi bersama kelab Perancis Stade de Reims berada di bangku pemain simpanan buat kali pertama di pertandingan tersebut dan sekadar menyaksikan Jepun menewaskan lawan mereka itu 3-1 untuk mara ke suku akhir.

Pada masa ini peguam Ito menegaskan dakwaan tersebut tidak mempunyai asas. Walaupun Ito memang ada meluangkan masa dengan kedua-dua wanita tersebut, kenyataan daripada mereka tidak konsisten dan tiada bukti fizikal menyokong dakwaan tersebut.

Ketua Jurulatih Jepun Hajime Moriyasu ketika bercakap kepada wartawan sebelum perlawanan pada Rabu lalu berkata: “Saua tidak mengetahui butiran dakwaan itu. Saya akan membuat keputusan selepas menilai situasi tersebut sepenuhnya.”

BACA:  Jepun Difitnah Hanya Kemaskan Bilik Persalinan Selepas Menang Sahaja