Malaysia turun menentang Bahrain dalam perlawanan kedua kumpulan F untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam saingan Piala Asia Qatar 2023 selepas perlawanan antara Jordan dan Korea Selatan berakhir seri 2-2.
Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon membuat empat perubahan dikesebelasan utama dengan memasukkan Dominic Tan, Syamer Kutty Abba, Paulo Josue dan Sharul Saad dengan merehatkan Junior Eldstal, Afiq Fazail, Romel Morales dan Darren Lok.
Stadium Jassim Bin Hamad bakal menjadi medan hidup mati bukan sahaja Malaysia malahan Bahrain yang tidak pilihan lain lagi kecuali menang selepas tewas kepada Korea Selatan 3-1.
Bahrain tidak tewas dalam lapan pertemuan terakhir mereka dengan Malaysia – termasuk kemenangan 2-1 semasa kelayakan ke Piala Asia AFC 2023 – tetapi ketua jurulatih Juan Antonio Pizzi berkata pasukannya tidak akan mengambil mudah lawan mereka.
Here they come. It's time to stand up and be counted!
📺 Watch Live: https://t.co/Wvc1BBMMBe#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #BHRvMAS pic.twitter.com/UxL0E8N1Zz
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 20, 2024
Kim Pan Gon tidak setenang biasa apabila kelihatan garang dan tegas dengan tindaka pemainnya di padang sejak awal permainan lagi supaya tidak dihukum dengan kesilapan seperti bertemu Jordan tidak berulang lagi.
Bahrain tampak mendominasi dari awal dan pada minit keenam Dion Cools melakukan percubaan pertama namun terlalu gopoh untuk melakukan rembatan ke gawang Bahrain menyaksikan bola ke langit ketujuh.
Pada minit ke-16, peluang terbaik Malaysia hadir, Paulo Josue gagal merembat tolakan cantik Faisal Halim dan bola sampai kepada Arif Aiman yang terus merembat namun berjaya ditepis penjaga gol Bahrain, Ebrahim Lutfalla untuk sepakan penjuru.
20 minit permainan berlangsung masih lagi tanpa jaringan. Bahrain terus mendominasi namun Malaysia lebih bahaya, Paulo Josue melakukan hantaran cantik yang gagal disambar Arif Aiman dan bola hanya lalu di depan gol.
Malaysia sejauh ini mampu menahan gempuran Bahrain. Beberapa peluang emas gagal dimanfaatkan oleh striker Arif Aiman.
Kalian dukung Malaysia atau Bahrain nih lob?#BolalobFootball pic.twitter.com/rm5ev6cBMd
— Bolalob.com (@Bolalob) January 20, 2024
Hantaran lintang tidak kemas Matthew Davies hampir memerangkap Ebrahim Lutfalla apabila bola sedikit tinggi melepasi paling dan Bahrain membalas dengan percubaam terkena tiang.
Hantaran terus Ebrahim Lutfalla berjaya menemui Kamil Al Aswad yang berjaya lolos. Cools membentes dan gol sendiri hampir terhasil namun Dominic pantas menyelamatkan keadaan.
Harimau Malaya terus mempamerkan permainan penuh berdisiplin dan solid sehingga tamat 45 minit pertama membuatkan Bahrain mati kutu untuk masuk ke kotak penalti tanpa sebarang percubaan tepat dengan 65 peratus penguasaan.
Separuh Masa
Kumpulan E, Piala Asia 2023 | Sabtu, 20 Januari 2024
BAHRAIN 🇧🇭 0-0 🇲🇾 MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya #AsianCup2023 pic.twitter.com/TMmwyYLnDP
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 20, 2024
Bersambung permainan Syameer Kutty yang bermain persis Genaro Gattuso dikeluarkan dan Natxso Insa masuk. Mungkin kerana sudah mengutip satu kad kuning. Pastinya aksi Insa akan menjadi tumpuan.
Ekor Harimau Malaya melaung VAR selepas bola terkena tangan pemain Bahrain namun tidak diendahkan. Pemain gantian Bahrain, Abdulla Yusuf hampir memberi impak segera namin sundulannya sedikit saja tersasar.
Banyak kesilapan mudah dan tidak perli dilakukan pemain Malaysia ketika Bahrain semakin kemas permainan mereka selepas membuat pertukaran mungkin atas faktor keletihan selepas 60 minit bermain dengan sangat padu.
Minit ke-74, Kim Pan Gon mengeluarkan Arif Aiman dan Paulo Josue, Romel Morales dan Akhyar Rashid masuk bagi menambah tenaga baru di barisan serangan.
Faisal Halim digantikan Mohammadou Sumareh dan Bahrain terus menguasai permainan dan berjaya membolosi pertahanan Malaysia tetapi masih gagal mencari gol pembukaan.
Hantaran jauh Akhyar Rashid berjaya menemui Davies untuk satu first timer cantik. Bola sekali lagi sedikit melepasi palang. Bahrain membalas melalui Ali Hassan, Syihan Hazmi tampil menafikan.
Ali Hassan datang lagi untuk meluruhkan jantung ekor Harimau Malaya tetapi percubaannya di keluarkan untuk sepakan penjuru.
Berpunca dari sepakan penjuru, Ali Madan berjaya memecahkan kebuntuan dengan rembatan dari celahan kaki pemain yang berkampung.
FT Bahrain 0-1 Malaysia
95′ Ali Madan
Keputusan Masa Penuh
Kumpulan E, Piala Asia 2023 | Sabtu, 20 Januari 2024
BAHRAIN 🇧🇭 1-0 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Ali Madan 90'+5#FAM #HarimauMalaya #AsianCup2023 pic.twitter.com/HnXOsgu2JI
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 20, 2024
Kesebelasan Utama Malaysia vs Bahrain:
Malaysia: 16. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 2. Matthew Davies, 3. Shahrul Mohd Saad, 21. Dion-johan Cools, 22. La’vere Lawrence Corbin-ong, 6. Dominic Tan, 8. Stuart John Wilkin, 14. Mohamed Syamer Kutty Abba, 17. Paulo Josue, 7. Mohamad Faisal Abdul Halim, 12. Arif Aiman Mohd Hanapi
Pemain Simpanan:1. Muhammad Azri Ab Ghani, 15. Junior Eldstal, 4. Daniel Sang Ting, 5. Muhammad Syahmi Safari, 20. Mohd Afiq Fazail, 26. Romel Morales, 18. Brendan Gan, 11. Muhammad Safawi Rasid, 13. Mohamadou Sumareh, 24. Natxo Insa, 9. Darren Lok, 19. Muhammad Akhyar Abdul Rashid.
Tidak Tersenarai: 23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, 10. Endrick Dos Santos, 25. Ahmad Khuzaimi Piee
Malaysia Tewas 4-0 Kepada Jordan
Malaysia turun perlawanan pertama di saingan Piala Asia 2023 bagi kumpulan E menentang pasukan di ranking ke-87 dunia, Jordan di Stadium Al Janoub, Qatar dan pastinya kemenangan yang dicari.
Mousa Sulayman Al-Tamari pastinya pemain Jordan yang perlu di awasi kerana mempunyai kadar purata gelecekan berjaya yang tinggi pastinya mampu menghadirkan bahaya.
Pastinya gandingan dan keserasian pemain muda sensasi, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim ditagih untuk menghasilkan sesuatu.
Kita bakal ceritakan tentang hari ini kepada anak-anak kita satu hari nanti.
Ayuh Malaysia! 🇲🇾#AsianCup2023 #DemiMalaysia pic.twitter.com/NwoyqRncZq
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 15, 2024
Dari segi sokongan, Malaysia tidak kalah apabila dapat dilihat ekor Harimau Malaya hadir untuk memberi sokongan penuh dan telah melakukan ‘pencerobahan‘ lebih awal di Doha.
Tepat jam 8.30 malam waktu Qatar dan 1.30 pagi waktu Malaysia maka sepak mula perlawanan antara Malaysia dan Jordan berlangsung.
Tempoh 10 minit pertama kedua-dua pasukan saling menyerang dan menguji benteng lawan masing-masing dan ada satu ketika Syihan terpaksa keluar menyelamatkan situasi dan penjaga gol Jordan, Yazeed Abu Laila terpaksa menukar sarung tangan.
Kedudukan semasa: 🇲🇾 0 -1 🇯🇴
Gol!
Mahmoud Al-Mardi 12' #DemiMalaysia pic.twitter.com/re5kQnfYOY— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 15, 2024
Pada minit ke-12 selepas melakukan serangan bertali arus akhirnya Jordan berjaya berada di hadapan melalui bekas pemain Kedah, Mahmoud Al-Mardi yang melakukan satu lencongan cantik.
Ternyata percubaan lencong cantik Mahmoud Al-Mardi jauh dari jangkauan Syihan dan masuk ke penjuru kanan gawang.
Sejurus selepas itu, VAR telah menghentikan perlawanan bagi memeriksa kemungkinan penalti buat Jordan selepas Matthew Davies menjatuhkan Yazan Al-Naimat di dalam kotak.
Dalam tempoh yang singkat Jordan mendahului Malaysia dengan dua gol, kali ini menerusi penyudah sepakan penalti Mousa Sulayman Al-Tamari yang penuh ketenangan.
Kedudukan semasa: 🇲🇾 0 -2 🇯🇴
Gol!
Musa Al-Taamari 18' #DemiMalaysia pic.twitter.com/PuGxnP7W1O— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 15, 2024
Harimau Malaya kelihatan masih gagal untuk kembali dalam perlawanan dan tekanan mula menguasai dan pada minit ke-25 Mousa Sulayman Al-Tamari telah menjaringkan gol kedua peribadi dan gol ketiga perlawanan dengan rembatan kencang.
Mujur VAR menjalankan kerjanya dengan penuh keadilan apabila memeriksa semula jaringan itu yang berkemungkinan ada unsur ofsaid ketika pembikinan gol dan gol itu dibatalkan pengadil kerana bahu Ali Iyad Olwan sahaja ofsaid.
Darren Lok menyambut baik hantaran Faisal Halim namun dengan pantas dihimpit pertahanan Jordan dengan percubaan tersasar.
Pada minit ke-26, Mahmoud Al-Mardi terus menjadi duri dalam daging apabila menjaring gol ketiga denga satu tolakan mudah selepas menerima hantaran Yazan Al-Naimat dari sebelah kanan.
Kedudukan semasa: 🇲🇾 0 -3 🇯🇴
Gol!
Mahmoud Al-Mardi 32' #DemiMalaysia pic.twitter.com/IsbxaAOQ5A— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 15, 2024
Pada minit ke-35 Mahmoud Al-Mardi terpaksa dikeluarkan dan Mohammad Abuhasheesh masuk sebagai pengganti dan Jordan masih giat mencari gol tambahan.
Dengan dua kali penggunaan VAR masa kecederaan 8 minit telah diberikan oleh pengadil. Stuart Wilkin hampir memecahkan kebuntuan dengan rembatan dan percubaan terbaik setakat ini.
Malaysia berjaya meraih sepakan penjuru pertama di hujung permainan sebelum rehat namun dipatahkan dengan serangan balas Jordan yang gagal.
Syihan menafikan percubaan Mohammad Abuhasheesh dari jarak dekat untuk sepakan penjuru dan Jordan terus datang namun Harimau Malaya bertahan hingga tamat separuh masa.
Bersambung permainan, Harimau Malaya cuba kembali dalam permainan dan mempamerkan aksi lebih baik dan Arif Aiman yang seakan hilang untuk 45 minit pertama berjaya melakukan percubaan dengan gerakan solo.
Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara — Dollah Sallehhttps://t.co/TlWb7wOsW5
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 15, 2024
Malaysia tiada pilihan lain lagi dalam perlawanan ini selain menyerang dan menyerang serta tidak dibolosi lagi. Shahrul Mohd Saad masuk menggantikan Darren Lok.
Pada minit ke-63, Kim Pan Gon mengeluarkan Romel Morales dan Arif Aiman dan memasukkan Akhyar Rashid dan Paulo Josue.
Ketika permainan berbaki 10 minit Sumareh dan Safawi Rasid masuk menggantikan Faisal Halim dan Afiq Fazail untuk mencari gol.
Safawi Rasid masuk dan terus melakukan satu rembatan padu dari kaki kirinya dan memaksa penjaga gol Jordan, Yazeed Abu Laila bekerja keras. Sebelum itu Paulo Jouse mencuba.
Kedudukan semasa: 🇲🇾 0 -4 🇯🇴
Gol!
Musa Al-Taamari 85' #DemiMalaysia pic.twitter.com/X5Ess8ZOun— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 15, 2024
Disebalik keghairahan Harimau Malaya mengasak, Jordan terus mempamerkan aksi yang efisyen dan ringkas melalui serangan balas mereka melalui Mousa Sulayman Al-Tamari dengan satu sungkitan cantik dan indah.
Gol itu sepertinya telah membunuh permainan dan terus menekan Harimau Malaya. Namun defisit gol harus dikurangkan. Mousa Sulayman Al-Tamari dikeluarkan dan penjaring terbanyak sepanjang zaman Jordan, Hamza Al Dardour masuk.
Mohammad Abuhasheesh hampir menjaringkan gol kelima di masa kecederaan apabila rembatan derasnya diselamatkan tiang. Perlawanan tamat, Malaysia tewas 4-0.
Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu Bahrain pada 20 Januari 2024 jam 10.30 malam.
FT Malaysia 0-4 Jordan
12′ 26′ Mahmoud Al-Mardi
18′ 85′ Mousa Sulayman Al-Tamari
Kesebelasan Utama Malaysia vs Jordan:
Malaysia: 16. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 2. Matthew Davies, 15. Junior Eldstal, 21. Dion-johan Cools, 22. La’vere Lawrence Corbin-ong, 8. Stuart John Wilkin, 20. Mohd Afiq Fazail,26. Romel Morales, 7. Mohamad Faisal Abdul Halim, 9. Darren Lok, 12. Arif Aiman Mohd Hanapi
Pemain Simpanan: 23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman 1. Muhammad Azri Ab Ghani 3. Shahrul Mohd Saad, 4. Daniel Sang Ting, 5. Muhammad Syahmi Safari, 6. Dominic Tan, 14. Mohamed Syamer Kutty Abba, 18. Brendan Gan, 11. Muhammad Safawi Rasid, 13. Mohamadou Sumareh, 17. Paulo Josue, 19. Muhammad Akhyar Abdul Rashid.
Tidak Tersenarai: 10. Endrick Dos Santos, 24. Natxo Insa, 25. Ahmad Khuzaimi Piee
Jordan: Yazeed Abu Laila, Salem Al Ajalin, Yazan Al-Arab, Abdallah Nasib, Ehsan Haddad, Noor Al Din Rawabda, Nizar Mahmoud Al-Rashdan, Mahmoud Mardi, Ali Iyad Olwan, Mousa Suleiman, Yazan Al-Naimat
Pemain Simpanan: Hamza Al Dardour, Anas Al Awadat, Anas Bani Yaseen, Abdallah Al Fakhouri, Ahmad Juaidi, Mohammad Abuhasheesh, Fadi Awad, Bara Marei, Rajaei Ayed Fadel Rajaei Ayed, Feras Shelbaieh, Saleh Ratib, Mohamed Faisal Sharara