Malaysia Cipta Sejarah Bolot Kejuaraan Berganda Dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Skuad Sepak Takraw Malaysia mencipta sejarah apabila menjadi juara dunia berganda dalam Piala Dunia 2024.

Kejuaraan berganda itu dicatatkan oleh pasukan regu dan beregu Malaysia yang menang ke atas Thailand dalam kedua dua acara tersebut.

Dalam pertandingan yang dilangsungkan di Stadium Titiwangsa di hadapan kira kira 3,000 penyokong, Malaysia mempamerkan aksi luar biasa untuk mengatasi musuh tradisi yang seringkali menjadi badi untuk Malaysia iaitu Thailand.

Skuad negara Gajah Putih itu memang sinonim dengan kejuaraan dunia sepak takraw dan seringkali menghasilkan revolusi tersendiri dari segi teknik permainan.

Mereka juga memiliki ramai pemain berkelas dunia di semua peringkat.

Namun kali ini Thailand terpaksa pulang dengan hampa apabila mereka berjaya ditewaskan oleh Malaysia.

Dalam acara regu, trio Malaysia diperkuatkan oleh Farhan Adam, Syahir Rosdi, Azlan Alias (Haziq Hairul Nizam) yang berjaya menewaskan pasukan Thailand yang dibarisi Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, Varayut Jantarasena (Siriwat Sakha).

Malaysia menang dengan kutipan mata 15-8, 15-12. Kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand dalam acara regu adalah pada Siri Super ISTAF di Melaka pada 2015. Dan kini ianya dilakukan di pentas yang lebih besar.

Dalam acara beregu, gandingan Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Mohd Nordin berjaya bergelar juara dunia kategori yang mulai diperkenalkan pada 2011.

Aidil dan Noraizat dan pemain simpanan Baihakki A’ripin berjaya membuatkan Malaysia bangga menewaskan aksi daripada Thailand.

Pada satu ketika Malaysia mendahului sehingga 10-3 ke atas Thailand. Ianya menguatkan semangat dan motivasi mereka untuk memastikan kemenangan mutlak dicipta pada set berikutnya.

Malaysia menang 17-16 dan 15-13.

Ini adalah sejarah dalam sukan Sepak Takraw Malaysia yang menamatkan kejuaraan dengan status Doubles atau Juara Berganda.

Syabas kepada skuad Malaysia!

Peminat sepak takraw tanah air meraikan kejayaan tersebut dengan gembira sekali. Di mana Malaysia berjaya menamatkan kejuaraan dunia dengan dominasi kejuaraan berganda buat pertama kali sejak format itu diperkenalkan pada 2011 yang lalu.

BACA:  AFF Bawah-23: Malaysia 1-2 Laos