Kesebelasan Utama Bahrain vs Malaysia

Malaysia memulakan aksi Piala Asia 2023 dengan langkah sumbang apabila tewas kepada Jordan 4-0 dalam saingan kumpulan E dan perlawanan menentang Bahrain menjadi perlawanan wajib menang.

Pada perlawanan menentang Jordan ramai mempertikaikan percaturan yang diterapkan oleh Kim Pan Gon yang cuba bermain di garisan tinggi lalu terhukum dengan begitu sahaja.

Mungkin kerana terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada Harimau Malaya maka ramai yang kecewa dengan kekalahan ini dan mereka lupa Malaysia hanya pernah menang sekali sahaja di 3 edisi Piala Asia sebelum ini vs UAE pada 1980.

Stadium Jassim Bin Hamad bakal menjadi medan hidup mati bukan sahaja Malaysia malahan Bahrain yang tidak pilihan lain lagi kecuali menang selepas tewas kepada Korea Selatan 3-1.

Bahrain tidak tewas dalam lapan pertemuan terakhir mereka dengan Malaysia – termasuk kemenangan 2-1 semasa kelayakan ke Piala Asia AFC 2023 – tetapi ketua jurulatih Juan Antonio Pizzi berkata pasukannya tidak akan mengambil mudah lawan mereka.

β€œPerlawanan menentang Malaysia akan menjadi sangat mencabar; ia tidak akan mudah. Kedua-dua pasukan berkongsi cita-cita yang sama untuk layak ke peringkat kalah mati. Untuk berjaya, kami mesti mengekalkan fokus 100 peratus dan berusaha untuk meraih kemenangan,” kata Pizzi.

β€œBagi saya tidak kira di mana kami bermain, apa yang kami mahu ialah fokus dan mendapatkan tiga mata.”

Setelah melepaskan empat gol menentang Jordan dalam perlawanan pembukaan mereka, ketua jurulatih Kim Pan-gon berdepan satu lagi cabaran dalam mengemudi Malaysia mengatasi Bahrain.

β€œKami akan turun perlawanan esok dengan mentaliti yang sama seperti perlawanan pertama kami. Kami perlu berani dan kami mahu mengawal dan menguasai serta mendahului pihak lawan lebih awal dan membuatkan mereka bergelut. Jika kita tidak berbuat demikian, maka ia bukan cara Malaysia,” kata Kim.

β€œKami telah membuat semakan semula perlawanan menentang Jordan dan kami membantu pemain dengan membetulkan beberapa taktik dan juga meluangkan sedikit masa untuk pulih dari segi fizikal dan mental. Kami sudah pulih sepenuhnya untuk permainan ini.

β€œIa adalah sukar untuk kalah perlawanan pertama. Seluruh pasukan kecewa dengan keputusan itu. Malaysia mempunyai mentaliti yang kuat dan sangat berdaya tahan dan kami percaya pemain akan kembali kuat.”

Dan berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama perlawanan hidup mati Bahrain vs Malaysia.

Penjaga Gol

16. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed – 28 Tahun

Pertahanan

2. Matthew Davies – 29 Tahun
3. Shahrul Mohd Saad – 31 Tahun
6. Dominic Tan – 27 Tahun
21. Dion-johan Cools – 28 Tahun
22. La’vere Lawrence Corbin-ong – 33 Tahun

Tengah

8. Stuart John Wilkin – 26 Tahun
14. Mohamed Syamer Kutty Abba – 27 Tahun

Penyerang

7. Mohamad Faisal Abdul Halim – 26 Tahun
12. Arif Aiman Mohd Hanapi – 22 Tahun
17. Paulo Josue – 35 Tahun

Pemain Simpanan

23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman – 22 Tahun
1. Muhammad Azri Ab Ghani – 25 Tahun
15. Junior Eldstal – 33 Tahun
4. Daniel Sang Ting – 32 Tahun
5. Muhammad Syahmi Safari – 26 Tahun
10. Endrick Dos Santos – 29 Tahun
20. Mohd Afiq Fazail – 30 Tahun
26. Romel Morales – 27 Tahun
18. Brendan Gan – 36 Tahun
24. Natxo Insa – 38 Tahun
11. Muhammad Safawi Rasid – 27 Tahun
13. Mohamadou Sumareh – 30 Tahun
19. Muhammad Akhyar Abdul Rashid – 25 Tahun
9. Darren Lok – 34 Tahun

Jadual perlawanan Malaysia

Bagi saingan Piala Asia 2023, Malaysia telah diundi berada dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan. Kumpulan yang agak keras yang pastinya Harimau Malaya akan melawan.

Harimau Malayatelah terbang ke Doha, Qatar pada Isnin, 1 Januari 2024 dan telah mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang Syria pada Isnin, 8 Januari 2024 sebagai perlawanan tertutup yang menyaksikan keputusan seri 2-2.

Berdasarkan ranking terkini FIFA pada 21 Disember 2023, Malaysia kini di tangga 130, Jordan di tangga 87, Bahrain di tangga 86 manakala Republik Korea di tangga 23 dunia.

1. Malaysia vs Jordan
Isnin, 15 Januari, jam 8.30 malam (1.30 pagi Selasa waktu Malaysia)
Stadium Al Janoub

2. Malaysia vs Bahrain
Sabtu, 20 Januari, jam 5.30 petang (10.30 malam waktu Malaysia)
Stadium Jassim Bin Hamad

3. Malaysia vs Korea Selatan
Khamis,25 Januari 2024, jam 2.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia)
Stadium Al Janoub

Dua pasukan teratas setiap kumpulan iaitu 12 pasukan (Juara dan Naib Juara kumpulan A, B, C, D, E dan F) bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik kumpulan akan layak ke Pusingan 16 Terbaik yang dijadual berlangsung pada 28, 29, 30 dan 31 Januari 2024.

Perlawanan Suku Akhir akan berlangsung pada 2 dan 3 Februari 2024 manakala Separuh Akhir pada 6 dan 7 Februari 2024 manakala Final pada Sabtu, 10 Februari 2024 di Stadium Lusail yang boleh menempatkan 88,000 orang penonton.

BACA:Β  Kepulauan Solomon Pernah 'Reject' Undangan FAM Dengan Alasan Tidak Faham Peraturan FIFA