Pengorbanan Brader Cina Dari Melaka Yang Tular, Sanggup Jual Motor Demi Harimau Malaya

Tindakan salah seorang penyokong pasukan negara, atau ‘ekor’ Harimau Malaya yang sanggup melepaskan motosikal kesayangan demi mendapatkan dana untuk terbang ke Qatar nyata berbaloi.

Pasukan negara kendalian Kim Pan-gon gagal ke pusingan kalah mati Piala Asia edisi kali ini selepas ditewaskan Jordan dan Bahrain dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan.

Walaupun demikian, pasukan negara berjaya bangkit di perlawanan terahir sebelum mengikat Korea Selatan yang mempunyai pengalaman beraksi di kejohanan tinggi seperti Piala Dunia dengan jaringan 3-3 untuk pulang dengan satu mata.

Di kalangan ratusan penyokong Malaysia yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Al Janoub semalam, wajah seorang lelaki berambut perang yang gembira dengan tangisan pasti menarik perhatian anda.

Rupanya ada kisah yang menyentuh perasaan di sebalik tangisan beremosi jejaka berbangsa Cina berasal dari Melaka ini.

Mencari dana ke Qatar!

Malaysia Road to Asia! Tumpang lalu adik nak lepaskan motor demi negara tercinta… 1st major tournament in Malaysia's history!

Ade sesiape sudi tolong x? 🤣 Pape roger 🫰🏼

Posted by Derrick Gan on Wednesday, December 27, 2023

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapakah brader yang begitu beremosi ketika memberikan sokongan kepada pasukan negara ini.

Nama brader ini adalah Derrick Gan dan selain daripada penyokong setia pasukan negara, Derrick juga adalah penyokong pasukan Melaka.

Pengorbanan Derrick untuk ke Qatar tidak boleh diperkecilkan kerana sanggup berkorban apa saja untuk memastikan dirinya sentiasa berada di belakang pasukan.

Merupakan seorang peminat tegar bola sepak, Derrick sebelum ini pernah mengiklankan motosikal Yamaha LC5 nya untuk dijual demi mencari dana untuk ke Qatar dan hadir sendiri memberikan sokongan kepada pasukan negara.

Berdasarkan hantaran di Facebook, Derrick telah menjual motosikal Yamaha miliknya dengan harga RM4,500.

Perjuangan pasukan negara di Qatar akhirnya berakhir semalam selepas merekodkan dua kekalahan dan satu seri.

Mengambil kira ini adalah kali pertama pasukan negara layak ke Piala Asia secara merit sejak 43 tahun yang lalu, pencapaian membawa pulang satu mata dan kejayaan mengikat gergasi seperti Korea Selatan seharusnya dianggap sebagai masih membanggakan.

BACA:  [VIDEO]: Ekor Harimau Malaya Mulakan Pencerobohan Di Doha