Harimau Malaya Dirompak Pengadil Lagi

Harimau Malaya sekali dirompak oleh mutu pengadilan yang teruk di Piala AFF 2022 apabila gol kedua Harimau Malaya telah dibatalkan tanpa sebab dan alasan yang jelas dan gol Faisal Halim merupakan jaringan tunggal perlawanan.

Ketika menentang Vietnam Azam Azmi Murad telah dilayangkan kad merah dan Vietnam diberikan sepakan penalti selepas pengadil Jepun, Ryuji Sato terlepas pandang insiden pertama.

Malaysia hanya membawa bekalan satu gol sahaja untuk separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Thammassat Stadium di Phatun Thani, Thailand.

Sejak tahun 2014, skuad Gajah Perang yang sentiasa konsistensi dan lebih kuat dari Harimau Malaya tidak pernah mencatatkan kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil, mampukah mereka menghapuskan badi itu?

Malaysia dan Thailand sebelum ini pernah bertemu sebanyak 112 kali di mana Harimau Malaya telah mencatatkan 41 kemenangan, 37 kekalahan dan 34 kali seri.

Kemenangan terakhir Thailand ke atas Malaysia daripada permainan terbuka adalah pada Kejohanan AFF 2014 (2-0). Pada September 2022, Gajah Perang berjaya mengatasi Harimau Malaya menerusi penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 1-1.

Ini merupakan penampilan pertama Malaysia di separuh akhir Kejohanan AFF sejak 2018, manakala bagi Thailand, ia adalah yang keenam berturut-turut.

Thailand menjaringkan gol terbanyak (13) dalam peringkat kumpulan. Gajah Perang telah mengekalkan tiga rekod bersih dalam enam perlawanan terakhir mereka, manakala Malaysia mempunyai empat dalam tempoh yang sama.

Gajah Perang ternyata garang dan mahukan gol awal secepat mungkin apabila terus menekan dan melancarkan serangan sejak awal dan menghadirkan beberapa percubaan bahaya untuk tempoh 5 minit pertama.

Thailand mempamerkan permainan yang compact menyukarkan Harimau Malaya melakukan gerakan, namun hantaran merentasi padang dari Sharul Nazeem Zulpakar mencari Ruventhiran A/l Vengadesan membelah pertahanan Thailand.

Ruventhiran A/l Vengadesan terus melakukan tandukan ke tengah kotak dan Mohamad Faisal Abdul Halim pantas menyambar dengan satu penyudah jahat menutmeg penjaga gol Thailand, Kittipong Phoothawchuek.

Mohamad Faisal Abdul Halim meraikan jaringan pembukaan pada minit ke-11 dengan keraian β€˜Siu’ sebanyak tiga kali dan laungan β€˜Siu’ ekor Harimau Malaya menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut Asmawi Bakiri, jaringan yang dihasilkan oleh Faisal Halim ini adalah hasil daripada latihan yang diterapkan oleh Kim Pan Gol dan diterjemah sebagai jaringan dalam perlawanan sebenar.

Thailand terus menguasai perlawanan dengn permainan kemas mereka namun kecuali jaringan gol, Safawi Rasid mencuba dari kawasan sendiri selepas melihat Kittipong Phoothawchuek keluar dari posisi namun percubaannnya sedikit tersasar

Minit ke-28 Malaysia hampir menggandakan kedudukan, apabila lorongan cantik Faisal Halim gagal disudahkan oleh Quentin Cheng yang melakukan percubaan melepasi palang ketika hanya berdepan Kittipong Phoothawchuek sahaja.

Thailand terus melancarkan serangan demi serangan untuk mencari gol penyamaan dan hampir saja berkampung di kawasan Malaysia, banyak percubaan namun percubaan tepat terlalu sedikit.

Pemain pertahanan Harimau Malaya bermain penuh berdisiplin mengekang segala asakan yang menjadi Teerasil Dangda sebagai titik serananga dan Ahmad Syihan Azmi juga kental menjadi benteng akhir.

Thailand bermula garang untuk menyamakan defisit apabila hantaran lintang Suphanat Bureerat berjaya ditanduk tajam oleh Teerasil Dangda, mujurlah tiang hadir menafikan ketika Syihan Azmi sudah tertewas.

Darren Lok telah dikasari di tepin bangku simpanan oleh Pansa Hemviboon untuk sepakan percuma yang telah diambil Andrew Lee Tuck.

Cantik sepakan Lee Tuck yang melambungkan bola ke kotak Thailand yang dicabar oleh Darren Lok dan Dominic Tan serta penjaga gol Thailand, Kittipong Phoothawchuek datang menghalang.

Bola berjaya disentuh kepala Dominic Tan dan terus masuk ke gawang terbuka dan ketika Malaysia meraikan gol, aksi panas telah terjadi.

Pengadil telah membatalkan jaringan Dominic Tan itu tanpa diketahui dengan jelas alasannya, penjaga gol masuk mencabar tandukan pemain Malaysia dan situasi itu penjaga gol tiada kelebihan.

Namun pengadil kekal dengan keputusannya menyatakan pemain Malaysia menyiku pemain Thailand, Pansa Hemviboon selepas berbincang dengan semua pembantunya. Mungkin ada insiden yang terlepas pandang.

Syihan Azmi terpaksa bekerja keras menafikan dua percubaan bahaya Thailand secara berturutan dengan permainan tiba-tiba menjadi panas dan fizikal.

Kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid dilihat cuba menenangkan penyokong dari melakukan perbuatan memalukan dengan menyuluh laser dan juga mula membaling barang ke padang.

Muhammad Haqimi Azim Rosli berjaya lepas pertahanan Thailand dan berada satu lawan satu dengan penjaga gol Thailand dari sudut terlalu sempit dan rembatannya agak meliar.

Harimau Malaya hanya menyerapa asakan Thailand dan beberapa kali cuba melakukan serangan balas pantas yang berjaya dipatahkan Gajah Perang.

Untuk separuh akhir pertama, Harimau Malaya menang 1-0 dan tidak memberi gol tempat lawan yang boleh menjadi kelebihan mereka untuk perlawanan kedua.

Kesebelasan utama Malaysia:

Ahmad Syihan Hazmi, Quentin Cheng Jiun-ho, Dominic Tan, Sharul Nazeem Zulpakar, Ruventhiran A/l Vengadesan, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Lee Andrew Tuck, Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok.

Pemain Simpanan:

Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Fazly Mazlan, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Kesebelasan utama Thailand :

20. Kittipong Phoothawchuek, 2. Sasalak Haiprakhon, 4. Pansa Hemviboon, 12. Kritsada Kaman, 15. Suphanat Bureerat, 6. Sarach Yooyen, 11. Bordin Phala, 17. Ekanit Panya, 3. Theerathon Bunmathan, 8. Peeradon Chamrasamee, 10. Teerasil Dangda.

BACA:Β  Malaysia Melakukan Kejutan Terbesar Di Piala Asia 2023