Morales Tutup Mulut Intan Serah Yang Acah Guardiola

Intan Serah mencetuskan kemarahan penyokong Harimau Malaya apabila mempersoalkan taktikal Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon ketika pasukan negara berhadapan Korea Selatan di perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Asia semalam.

Pemain bola sepak wanita negara itu mempersoalkan tindakan Pan-gon menggantikan penyerang utama Darren Lok dan memasukkan pemain naturalisasi Romel pada separuh masa kedua perlawanan.

Menurut Intan, pilihan Pan-gon itu adalah bodoh. Malah dia berpendapat jurulatih dari Korea Selatan itu sepatutnya memasukkan Safawi Rasid pada ketika itu.

Komen tersebut dilakukan oleh Intan melalui aplikasi X. “Another stupid sub from KPG. Masukkanlah Pawi,” tulis Intan Serah.

Walaupun hantaran itu kemudiannya dipadam, ia mungkin sudah terlambat apabila warganet bertindak lebih pantas menjadikannya tular.

Morales dan Kim Pan-gon bagaimanapun membuktikan pendapat Intan Serah itu sebenarnya salah.

Ini kerana pemain Kuala Lumpur City FC itu kemudiannya menjadiwira negara menjaringkan gol penyamaan pasukan negara untuk mengikat Korea Selatan 3-3.

Jaringan tersebut sekaligus menyelamatkan Malaysia daripada pulang daripada Qatar tanpa sebarang mata.

Ia juga bukti jelas Kim Pan-gon tahu apa yang sepatutnya dilakukan pada ketika itu selain memiliki gambaran jelas untuk menghukum benteng Korea Selatan.

Menyedari kesilapan yang dilakukannya, Intan Serah kemudiannya melakukan satu hantaran dengan nada berbeza.

“KPG pandai guys. Sebab tu bukan saya yang jadi national coach.Woohoooooo in KPG we trust,” katanya selepas itu.

BACA:  Aksi Gelecekan Genius Yang Tidak Masuk Akal De Paula