Mancini Beri Alasan Silap Kira Jumlah Sepakan Punca Tinggalkan Pasukan Ketika Arab Saudi Masih Bertarung Penalti

Bekas jurulatih Itali Roberto Mancini bertindak meninggalkan pasukannya apabila meluru ke terowong pemain ketika Arab Saudi disingkirkan daripada kejohanan Piala Asia oleh Korea Selatan.

Jurulatih yang memenangi EURO 2020 itu meninggalkan skuad Azzuri secara mengejut pada Ogos lalu sebelum menerima tawaran lumayan untuk mengendalikan Arab Saudi.

Sepanjang perlawanan Arab Saudi dilihat bakal melayakkan diri ke suku akhir selepas jaringan Abdullah Radif, namun Korea Selatan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-99 melalui Cho Gue-sung.

Pemenang kemudiannya terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti, dan kontroversi turut timbul ketika itu setelah Mancini mengarahkan semakan VAR dilakukan selepas jurulatih itu mempersoalkan kaki penjaga gol Korea Selatan tidak berada di garisan gol ketika sepakan Sami Al-Najei.

Mancini kemudian bertindak meninggalkan pasukannya sebelum penentuan sepakan penalti tamat di mana sepakan terakhir oleh Abdulrahman Ghareev diselamatkan.

Mancini bagaimanapun selepas itu berkata dia tersilap kira jumlah sepakan yang diambil dan menyangka semuanya sudah tamat – menjadi punca dia berbuat demikian.

Sebelum saingan kalah mati, Arab Saudi dengan mudah muncul juara kumpulan dengan menewaskan Oman 2-1, Krygystan 2-0 sebelum seri 0-0 menentang Thailand.

Perlawanan akhir Piala Asia akan diadakan pada 12 Februari.

BACA:  Roberto Mancini Anggap Jerman Lebih Layak Untuk Mara Lebih Jauh Berbanding England Dalam Saingan Euro 2020