Qatar Juara Piala Asia 2023! Juara Berganda!

AFC Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar telah menemui titik noktahnya dengan perlawanan akhir penutup tirai yang menemukan tuan rumah dan juara bertahan, Qatar dan juga Jordan.

Jordan yang buat pertama kalinya mara ke final kejohanan bola sepak teragung Asia ini boleh diibaratkan sebagai Dark Horse apabila cemerlang menempuh liku perjalanan bagi merebut gelaran juara.

Qatar mengetepikan Iran untuk mara ke pentas final, mereka menyamai pencapaian Australia mara ke perlawanan akhir secara berturut-turut pada 2011 dan 2015. Bagaimanapun Socceroos hanya memenangi satu daripadanya dan pasukan terakhir yang memenangi kejuaraan dalam dua edisi berturut-turut ialah Jepun apabila mereka menjulang gelaran 2000 dan 2004.

Arab Saudi, Iran dan Republik Korea adalah negara-negara lain yang telah meraih kejuaraan berganda. Kemenangan Jordan ke atas Korea pula memastikan mereka menjadi pasukan ke-11 mara ke final sejak format pusingan kalah mati diperkenalkan pada 1972.

Lima negara lain yang muncul di final buat kali pertama akhirnya menjulang trofi: Iran (1972), Arab Saudi (1984), Jepun (1992), Iraq (2007) dan Qatar (2019).

Pasukan yang berjaya muncul juara akan mencipta lebih banyak sejarah. Jordan menyasarkan untuk menjadi juara Piala Asia AFC buat kali pertama dan bakal menjadi negara pemenang ke-10 manakala Qatar sedang berusaha untuk menjadi negara kelima untuk memenangi kejuaraan berturut-turut.

Qatar beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Lusail yang sebelum ini menjadi saksi aksi ajaib Lionel Messi membawa Argentina muncul juara Piala Dunia 2022 bermula garang dengan semangat pemain ke-12 mereka.

Permainan kemas dan garang dipamerkan Qatar terutamanya melalui ayam tambatan mereka, Akram Afif yang telah mengucar kacirkan benteng Jordan dengan aksi liarnya yang sukar dikekang.

Pada minit ke-22 aksi liar Akram Afif mendatangkan faedah apabila dijatuhkan dalam kotak penalti yang disudahkan Akram Afif sendiri dengan rembatan leret deras namati walaupun penjaga gol Jordan, Yazeed Abu Laila.

Permainan terus menjadi milik Qatar dan Jordan mula menyimbangi permainan dan melakukan asakan, peluang terbaik hadir pada penghujung babak pertama namun melambung tinggi.

Bersambung permainan, Jordan terus menekan bagi mencari gol penyamaan, Ehsan melakukan rembatan kencang untuk sepakan percuma yang disusuli dengan percubaan lipat gunting Yazan Al Arab.

Penjaga gol Qatar, Meshaal Barsham telah melakukan penyelamatan berkelas dunia dan Jordan mencuba lagi dengan backheel jahat, Ali Iyad Olwad yang sipi-sipi keluar.

Akhirnya pada minit ke-67, Jordan berjaya menyamakan kedudukan melalui Yazan Al-Naimat yang melakukan kawalan kemas disusuli rembatan deras jarak dekat selepas menerima hantaran lintang cantik dari Ehsan Hadad.

Berbaki 20 minit permainan kembali seimbang dan Qatar terus shutdown sejak separuh masa kedua bersambung. Stadium Lusail kembali bersemarak dengan sorakan 88,000 penyokong.

Pengadil menghentikan perlawanan untuk mencari keadilan melalui VAR kerana ada unsur kecurangan. Pengadil perlawanan, Ning Ma memberi sepakan penalti kepada Qatar selepas Mahmoud Al-Mardi melakukan terjahan tidak masuk akal ke atas Ismaeel Mohammad.

Akram Afif tiada masalah untuk menyempurnakan sepakan untuk gol ketuju kejohanan dalam tujuh perlawanan dan menjadi penjaring terbanyak kejohanan memotong pemain Iraq, Aymen Hussein Ghadhban.

Yazan Al-Naimat selamat dari dilayangkan merah selepas membalas kekasaran Tarek Salman dan hanya dilayangkan kad kuning selepas campur tangan VAR tidak mengubah keputusan awal Ning Ma.

Akram Afif berjaya mendapatkan sepakan penalti ketiga selepas dijatuhkan penjaga gol Jordan, Yazeed Abulaila selepas berjaya lepas perangkap ofsaid.

Hatrik penalti dari Akram Afif dan gol kelapan di Piala Asia 2023. Tiga penalti yang jelas dari Jordan telah membunuh permainan yang berbaki kurang 10 minit di masa kecederaan.

Qatar berjaya mempertahankan kejuaraan 2019 dan menjadi negara kelima meraih gelaran juara secara berturutan selepas Jepun, Arab Saudi, Iran dan Republik Korea.

Jordan : Yazeed Abulaila; Abdallah Nasib, Yazan Al-Arab, Baraa Marei; Ehsan Haddad, Nizar Mahmoud Al-Rashdan, Noor Al-Rawabdeh, Mohammad Ali Hasheesh; Mousa Al-Taamari, Mahmoud Al-Mardi; Yazan Al-Naimat.

Qatar : Meeshal Aissa Barsham; Pedro Miguel, Lucas Mendes, Boualem Khoukhi, Mohammed Waad; Jassem Gaber Abdulsallam, Ahmed Fathy, Hassan Al-Haydos, Homam Ahmed; Almoez Ali, Akram Afif.

BACA:  Bekas Kapten Taeguk Warriors Sejujurnya Gembira Lihat Harimau Malaya Kembali Warnai Piala Asia