Piala Asia 2023: Vietnam 0-1 Indonesia

Indonesia mendapat nafas baharu dalam kempen Kumpulan D di sainga Piala Asia AFC Qatar 2023 selepas berjaya menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Abdullah Bin Khalifa, hasil gol tunggal sepakan penalti Asnawi Mangkualam.

Kemenangan itu membawa Indonesia ke tangga ketiga dalam kumpulan D, berkongsi mata dengan Jepun menjelang pertemuan terakhir mereka pada hari Rabu, ketika Garuda menamatkan enam perlawanan tanpa kemenangan menentang pesaing hebat Asia Tenggara, Vietnam yang pastinya kecewa teruk.

Indonesia pastinya ketar ketir, goyang dik goyang turun bertemu Vietnam yang mempamerkan aksi meyakinkan walaupun tewas 4-2 kepada Jepun dan Indonesia tumpas 3-1 kepada Iraq dalam perlawanan pertama.

Kedua-dua pasukan memilih untuk membuat dua pertukaran dalam kesebelasan utama dengan Nguyen Quang Hai dan Nguyen Van Tung masuk untuk Vietnam manakala Sandy Walsh dan Egy Maulana Vikri diberi peluang permulaan untuk Indonesia.

Indonesia yang bermula lebih meyakinkan, Ivar Jenner menyuap Rafael Struick untuk gol pembukaan pada minit pertama tetapi penjaga gol Vietnam, Nguyen Filip lebih bersedia, beberapa minit kemudian, Struick sekali lagi datang dengan rembatan yang hanya melepasi tiang.

Bermula perlahan tetapi trio tengah Vietnam iaitu Quang Hai, Nguyen Tuan Anh dan Nguyen Thai Son mula mendapat lebih banyak bola dan pada pertengahan separuh masa, menghasilkan percubaan pertama mereka menemui sasaran menerusi tandukan Pham Xuan Manh tetapi ia tepat ke arah penjaga gol Indonesia, Ernando Ari.

Nguyen Filip terus berwaspada untuk menafikan satu lagi peluang Indonesia apabila Justin Hubner membuat hantaran ke tiang jauh untuk Walsh menangguk di gawang, bagaimanapun, Nguyen Filip berjaya menolak bola ke kawasan yang selamat tidak seperti Onana.

Tiga minit sebelum rehat, Indonesia akhirnya berjaya mendahului apabila kapten, Asnawi Mangkualam menyempurnakan sepakan penalti selepas Nguyen Thanh Binh dihukum kerana menarik jersi Struick. Taktik kotor Vietnam tidak berkesan di Piala Asia ditambah pula dengan kehadiran VAR yang teliti memantau.

Ketua jurulatih Vietnam, Philippe Troussier melakukan dua pertukaran pada awal separuh masa kedua dengan memasukkan Khuat Van Khang dan Le Pham Thanh Long masing-masing menggantikan Pham Tuan Hai dan Thai Son, dan ia hampir membayar dividen serta-merta.

Vietnam mula menghujani percubaan demi percubaan ke gawang Indonesia dengan rembatan kencang Van Khang dari kiri memaksa Ernando Ari melakukan penyelamatan demi penyelamatan dengan baik, kemudian Tuan Anh lolos ke dalam kotak tetapi merembat bola tepat di atas palang.

Permainan dihentikan hampir lima minit pada minit ke-64 selepas Jordi Amat mengalami kecederaan di kepala berikutan pergelutan di udara dengan Van Tung dan akhirnya Jordi Amat tidak dapat meneruskan permainan terpaksa digantikan oleh Rizky Ridho.

Disebalik tekanan memuncak, Vietnam terus mendesak untuk gol penyamaan tetapi nasib tidak menyebelahi untuk mengulangi pencapaian suku akhir Piala Asia UAE 2019 apabila 10 pemain pada masa kecederaan selepas Thanh Long mengutip kuning kedua dalam permainan.

Indonesia hanya perlu menang menentang Jepun pada hari Rabu untuk mara ke saingan peringkat kalah mati manakala Vietnam akan bermain mencari ole-ole menentang Iraq yang sudah pun layak.

Piala Asia 2023: Jepun 4-2 Vietnam

Wakil Asia Tenggara Vietnam turun beraksi perlawanan pertama Piala Asia 2023 bagi saingan kumpulan D menentang gergasi bola sepak Asia Si Sang Samurai Biru, Jepun.

Jika dilihat di atas kertas sepertinya Vietnam pastinya menjadi lawan mudah buat Vietnam namun itu tidak terjadi apabila Vietnam memberikan segalanya.

Takumi Minamino seakan mahu memulakan pesta dengan jaringan melalui rembatan deras pada minit ke-11.

Namun jaringan itu hanya mampu bertahan selama lima minit, Dinh Bac Nguyen menyamakan kedudukan melalui tandukan ajaib berpunca dari sepakan penjuru ketua pasukan, Hung Dung Do.

Jaringan itu nyata menjadi tonik kepada Vietnam dan berjaya berada di depan pada minit ke-33 melalui Tuan Hai Pham yang deras menyambar bola muntah tandukan Bui Hoang Viet Anh.

Jepun tidak panik apabila Takumi Minamino menjaringkan gol penyamaan dengan penuh ketenangan penyudah.

Di masa kecederaan, Jepun terus melebarkan defisit kepada dua gol dengan rembatan lencong cantik Keito Nakamura yang hanya mampu dilihat Filip Nguyen.

Baki 45 minit permainan tiada gol tambahan di mana Jepun mengendurkan permainan mereka dan cukup untuk mengekang Vietnam dari melakukan kejutan ke atas mereka lagi.

Dalam satu perlawanan kumpulan D, satu lagi wakil Asia Tenggara, Indonesia akan bertemu Iraq.

BACA:  Harimau Malaya Dirompak Pengadil?