Piala Asia 2023: Iraq 2-1 Jepun

Iraq menempah tempat ke pusingan 16 terakhir Piala Asia AFC Qatar 2023 selepas Qatar dan Australia, dua gol separuh masa pertama daripada Ayman Hussein membolehkan pasukan bimbingan Jesus Casas menang 2-1 ke atas juara empat kali Jepun dalam perlawanan kedua Kumpulan E di Stadium Education City.

Ayman Hussein menjaringkan gol melalui tandukan pada separuh masa pertama yang didominasi oleh pasukan Iraq dengan permainan bertenaga, kemenangan ini menghidupkan semula kenangan bersejarah negara yang memenangi Piala Asia AFC 2007.

Kemenangan itu bermakna Iraq, yang mempunyai enam mata selepas memulakan kempen mereka dengan kemenangan 3-1 ke atas Indonesia, Iraq dijamin mara tidak kira keputusan perlawanan terakhir Kumpulan E menentang Vietnam pada Rabu.

Pasukan Iraq mempamerkan aksi yang oenuh meyakinkan dari awal permainan dengan mendominasi bahagian tengah dan terus berada di depan hanya selepas 5 minit permainan.

Kesilapan Takumi Minamino melakukan hantar dari garis tepi kiri pada minit keempat hampir dihukum apabila bola sampai ke kaki Ali Jasim dan percubaan jarak jauhnya ditepis Zion Suzuki dengan aksi yang tidak meyakinkan.

Kurang seminit kemudian, pasukan Iraq mendahului dan sekali lagi Zion Suzuki mempamerkan aksi persis Onana, penjaga gol Jepun itu menepis bola rembatan Ali Jasim ke tengah kotk penalti dan bola tepat ke kepala Ayman Hussein yang terus menanduk ke gawang terbuka.

Jepun tersentak dan mengambil masa terlalu lama untuk mencari rentak mereka. Rembatan lemah Hiroki Ito dari jarak dekat terus ke dakapan Jalal Hassan manakala percubaan tendangan atas kepala Wataru Endo jauh dari sasaran. Percubaan Jepun banyak kelaut.

Iraq menggandakan kelebihan mereka dalam masa kecederaan. Ahmed Yahya berjaya melepasi Yukinari Sugawara berhampiran garisan tepi kanan sebelum masuk ke dalam kotak penalti untuk membuat hantaran silang yang ditanduk sekali lagi oleh kepala Ayman Hussein selepas menewaskan Shogo Taniguchi yang cuba mencabar dalam kotak enam ela.

Rebin Ghareeb menafikan Asano peluang menjaringkan gol dan dalam proses itu Iraq terselamat daripada semakan penalti VAR oleh pengadil Khaled Al Turais. Jepun terus mencuba namun hanya membuat percubaan tersasar.

Kapten Samurai Biru, Endo menjaringkan gol saguhati juga dengan tandukan tiga minit sebelum masa kecederaan tamat untuk memberi harapan namun kemenangan menjadi milik Iraq.

Piala Asia 2023: Jepun 4-2 Vietnam

Wakil Asia Tenggara Vietnam turun beraksi perlawanan pertama Piala Asia 2023 bagi saingan kumpulan D menentang gergasi bola sepak Asia Si Sang Samurai Biru, Jepun.

Jika dilihat di atas kertas sepertinya Vietnam pastinya menjadi lawan mudah buat Vietnam namun itu tidak terjadi apabila Vietnam memberikan segalanya.

Takumi Minamino seakan mahu memulakan pesta dengan jaringan melalui rembatan deras pada minit ke-11.

Namun jaringan itu hanya mampu bertahan selama lima minit, Dinh Bac Nguyen menyamakan kedudukan melalui tandukan ajaib berpunca dari sepakan penjuru ketua pasukan, Hung Dung Do.

Jaringan itu nyata menjadi tonik kepada Vietnam dan berjaya berada di depan pada minit ke-33 melalui Tuan Hai Pham yang deras menyambar bola muntah tandukan Bui Hoang Viet Anh.

Jepun tidak panik apabila Takumi Minamino menjaringkan gol penyamaan dengan penuh ketenangan penyudah.

Di masa kecederaan, Jepun terus melebarkan defisit kepada dua gol dengan rembatan lencong cantik Keito Nakamura yang hanya mampu dilihat Filip Nguyen.

Baki 45 minit permainan tiada gol tambahan di mana Jepun mengendurkan permainan mereka dan cukup untuk mengekang Vietnam dari melakukan kejutan ke atas mereka lagi.

Dalam satu perlawanan kumpulan D, satu lagi wakil Asia Tenggara, Indonesia akan bertemu Iraq.

BACA:  Presiden Amerika Syarikat Puji Pemain Wanita Jepun Mahu Jadi Lelaki