Malaysia Bermula Langkah Sumbang, Tewas 4-0 Kepada Jordan

Malaysia turun perlawanan pertama di saingan Piala Asia 2023 bagi kumpulan E menentang pasukan di ranking ke-87 dunia, Jordan di Stadium Al Janoub, Qatar dan pastinya kemenangan yang dicari.

Mousa Sulayman Al-Tamari pastinya pemain Jordan yang perlu di awasi kerana mempunyai kadar purata gelecekan berjaya yang tinggi pastinya mampu menghadirkan bahaya.

Pastinya gandingan dan keserasian pemain muda sensasi, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim ditagih untuk menghasilkan sesuatu.

Dari segi sokongan, Malaysia tidak kalah apabila dapat dilihat ekor Harimau Malaya hadir untuk memberi sokongan penuh dan telah melakukan ‘pencerobahan‘ lebih awal di Doha.

Tepat jam 8.30 malam waktu Qatar dan 1.30 pagi waktu Malaysia maka sepak mula perlawanan antara Malaysia dan Jordan berlangsung.

Tempoh 10 minit pertama kedua-dua pasukan saling menyerang dan menguji benteng lawan masing-masing dan ada satu ketika Syihan terpaksa keluar menyelamatkan situasi dan penjaga gol Jordan, Yazeed Abu Laila terpaksa menukar sarung tangan.

Pada minit ke-12 selepas melakukan serangan bertali arus akhirnya Jordan berjaya berada di hadapan melalui bekas pemain Kedah, Mahmoud Al-Mardi yang melakukan satu lencongan cantik.

Ternyata percubaan lencong cantik Mahmoud Al-Mardi jauh dari jangkauan Syihan dan masuk ke penjuru kanan gawang.

Sejurus selepas itu, VAR telah menghentikan perlawanan bagi memeriksa kemungkinan penalti buat Jordan selepas Matthew Davies menjatuhkan Yazan Al-Naimat di dalam kotak.

Dalam tempoh yang singkat Jordan mendahului Malaysia dengan dua gol, kali ini menerusi penyudah sepakan penalti Mousa Sulayman Al-Tamari yang penuh ketenangan.

Harimau Malaya kelihatan masih gagal untuk kembali dalam perlawanan dan tekanan mula menguasai dan pada minit ke-25 Mousa Sulayman Al-Tamari telah menjaringkan gol kedua peribadi dan gol ketiga perlawanan dengan rembatan kencang.

Mujur VAR menjalankan kerjanya dengan penuh keadilan apabila memeriksa semula jaringan itu yang berkemungkinan ada unsur ofsaid ketika pembikinan gol dan gol itu dibatalkan pengadil kerana bahu Ali Iyad Olwan sahaja ofsaid.

Darren Lok menyambut baik hantaran Faisal Halim namun dengan pantas dihimpit pertahanan Jordan dengan percubaan tersasar.

Pada minit ke-26, Mahmoud Al-Mardi terus menjadi duri dalam daging apabila menjaring gol ketiga denga satu tolakan mudah selepas menerima hantaran Yazan Al-Naimat dari sebelah kanan.

Pada minit ke-35 Mahmoud Al-Mardi terpaksa dikeluarkan dan Mohammad Abuhasheesh masuk sebagai pengganti dan Jordan masih giat mencari gol tambahan.

Dengan dua kali penggunaan VAR masa kecederaan 8 minit telah diberikan oleh pengadil. Stuart Wilkin hampir memecahkan kebuntuan dengan rembatan dan percubaan terbaik setakat ini.

Malaysia berjaya meraih sepakan penjuru pertama di hujung permainan sebelum rehat namun dipatahkan dengan serangan balas Jordan yang gagal.

Syihan menafikan percubaan Mohammad Abuhasheesh dari jarak dekat untuk sepakan penjuru dan Jordan terus datang namun Harimau Malaya bertahan hingga tamat separuh masa.

Bersambung permainan, Harimau Malaya cuba kembali dalam permainan dan mempamerkan aksi lebih baik dan Arif Aiman yang seakan hilang untuk 45 minit pertama berjaya melakukan percubaan dengan gerakan solo.

Malaysia tiada pilihan lain lagi dalam perlawanan ini selain menyerang dan menyerang serta tidak dibolosi lagi. Shahrul Mohd Saad masuk menggantikan Darren Lok.

Pada minit ke-63, Kim Pan Gon mengeluarkan Romel Morales dan Arif Aiman dan memasukkan Akhyar Rashid dan Paulo Josue.

Ketika permainan berbaki 10 minit Sumareh dan Safawi Rasid masuk menggantikan Faisal Halim dan Afiq Fazail untuk mencari gol.

Safawi Rasid masuk dan terus melakukan satu rembatan padu dari kaki kirinya dan memaksa penjaga gol Jordan, Yazeed Abu Laila bekerja keras. Sebelum itu Paulo Jouse mencuba.

Disebalik keghairahan Harimau Malaya mengasak, Jordan terus mempamerkan aksi yang efisyen dan ringkas melalui serangan balas mereka melalui Mousa Sulayman Al-Tamari dengan satu sungkitan cantik dan indah.

Gol itu sepertinya telah membunuh permainan dan terus menekan Harimau Malaya. Namun defisit gol harus dikurangkan. Mousa Sulayman Al-Tamari dikeluarkan dan penjaring terbanyak sepanjang zaman Jordan, Hamza Al Dardour masuk.

Mohammad Abuhasheesh hampir menjaringkan gol kelima di masa kecederaan apabila rembatan derasnya diselamatkan tiang. Perlawanan tamat, Malaysia tewas 4-0.

Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu Bahrain pada 20 Januari 2024 jam 10.30 malam.

FT Malaysia 0-4 Jordan

12′ 26′ Mahmoud Al-Mardi
18′ 85′ Mousa Sulayman Al-Tamari

Kesebelasan Utama Malaysia vs Jordan:

Malaysia: 16. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 2. Matthew Davies, 15. Junior Eldstal, 21. Dion-johan Cools, 22. La’vere Lawrence Corbin-ong, 8. Stuart John Wilkin, 20. Mohd Afiq Fazail,26. Romel Morales, 7. Mohamad Faisal Abdul Halim, 9. Darren Lok, 12. Arif Aiman Mohd Hanapi

Pemain Simpanan: 23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman 1. Muhammad Azri Ab Ghani 3. Shahrul Mohd Saad, 4. Daniel Sang Ting, 5. Muhammad Syahmi Safari, 6. Dominic Tan, 14. Mohamed Syamer Kutty Abba, 18. Brendan Gan, 11. Muhammad Safawi Rasid, 13. Mohamadou Sumareh, 17. Paulo Josue, 19. Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Tidak Tersenarai: 10. Endrick Dos Santos, 24. Natxo Insa, 25. Ahmad Khuzaimi Piee

Jordan: Yazeed Abu Laila, Salem Al Ajalin, Yazan Al-Arab, Abdallah Nasib, Ehsan Haddad, Noor Al Din Rawabda, Nizar Mahmoud Al-Rashdan, Mahmoud Mardi, Ali Iyad Olwan, Mousa Suleiman, Yazan Al-Naimat

Pemain Simpanan: Hamza Al Dardour, Anas Al Awadat, Anas Bani Yaseen, Abdallah Al Fakhouri, Ahmad Juaidi, Mohammad Abuhasheesh, Fadi Awad, Bara Marei, Rajaei Ayed Fadel Rajaei Ayed, Feras Shelbaieh, Saleh Ratib, Mohamed Faisal Sharara

BACA:  Harimau Malaya Pintas Tiga Negara Anggota Gabungan UEFA Selepas Tewaskan Republik Kyrgyz