Syed Saddiq: Gaji Lim Teong Kim RM 175,000 Sebulan

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai ‘Bro’ Saddiq mendedahkan Lim Teong Kim menerima gaji berjumlah RM 175,000 setiap sebulan sejak mula dilantik menjadi Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada bulan Ogos 2013.

Saddiq berkata gaji yang diterima Teong Kim perlu dinilai kembali memandangkan isu kewangan yang melanda Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) ketika ini.

Gaji tinggi tapi keputusan tidak seberapa

Teong Kim yang dipertanggungjawab untuk membimbing skuad bawah 16 tahun (B-16) Malaysia mara ke Piala Dunia B-17 2019 telah gagal dalam mancapai sasaran tersebut selepas tersingkir seawal peringkat kumpulan dalam Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-16 yang baru sahaja berakhir hari ini.

Skuad B-16 Malaysia dibentuk sepenuhnya menerusi program NFDP dan jutaan riggit telah dilaburkan untuk merealisasikan impian seluruh rakyat melihat Malaysia beraksi di Piala Dunia suatu hari nanti.

Namun demikian, impian tersebut kini hanya tinggal mimpi. Skuad muda negara tewas dua dari tiga perlawanan peringkat kumpulan kepada Thailand dan Japan walaupun beraksi di tempat sendiri. Malaysia hanya menang ke atas Tajikistan pada perlawanan pertama yang berlangsung dalam keadaan hujan dan padang yang dipenuhi air.

Malaysia perlu menang ke atas Jepun untuk memastikan tempat ke pusingan kalah mati. Walau bagaimanapun, ia tidak berlaku kerana Jepun berjaya menjinakkan barisan muda Malaysia 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Teong Kim dilucutkan serta merta dari jawatannya selaku pengendali skuad B-16 negara

Susulan kegagalan skuad B-16 negara mara ke Piala Dunia B-17 yang bakal berlangsung di Peru tahun hadapan, Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengambil langkah drastik dengan melucutkan jawatan Teong Kim selaku pengendali skuad B-16 Malaysia

Walau bagaimanapun,Teong Kim masih lagi bersama program NFDP kerana kontraknya hanya akan tamat pada tahun 2020 nanti.

Berikutan kekalahan tersebut, Saddiq berkata seluruh program NFDP akan dinilai semula termasuk pakej gaji Teong Kim yang dianggap terlalu tinggi dalam keadaan semasa.

“Saya dimaklumkan pakej gaji Teong Kim setiap bulan mencecah RM 175,000 yang dibiayai sepenuhnya Majlis Sukan Negara (MSN). Kontrak beliau dan pengurusan NFDP yang lain juga akan dilihat kembali.”

Saddiq berkata Teong Kim perlu bertanggungjawab dengan kekalahan tersebut kerana beliau sendiri yang meletakkan sasaran untuk layak ke Piala Dunia B-17 2019 ketika mengambil alih skuad B-16 negara.

Detik yang menjadi punca kekalahan Malaysia di tangan Thailand tempoh hari

“Kita tidak boleh hentikan program NFDP kerana ini adalah program yang bagus. Ia memang program akar umbi yang tersusun tetapi ia perlu pengstrukturan semula.”

“Selepas berpuluh juta ringgit kita belanjakan, bola sepak masih lagi di sini (takuk lama). Memang akan ada pengsturukturan semula dan kita boleh anggap kita berada dalam keadaan selamat atau selesa.”

BACA:  Harimau Malaya Pintas Tiga Negara Anggota Gabungan UEFA Selepas Tewaskan Republik Kyrgyz