Malaysia Ketinggalan 3-0 Kepada Jordan Di Separuh Masa Pertama

Malaysia memulakan saingan Piala Asia 2023 menentang Jordan dengan agak goyah apabila ketinggalan 3-0 di separuh masa pertama dan perlu kembali segera dalam permainan untuk mencari sesuatu.

Jurang permainan jelas kelihatan apabila Jordan mendapat dua gol pantas selepas 12 minit permainan dan sepakan penalti menyusul selepas pemeriksaan Video Assistant Referee (VAR)

Tepat jam 8.30 malam waktu Qatar dan 1.30 pagi waktu Malaysia maka sepak mula perlawanan antara Malaysia dan Jordan berlangsung.

Tempoh 10 minit pertama kedua-dua pasukan saling menyerang dan menguji benteng lawan masing-masing dan ada satu ketika Syihan terpaksa keluar menyelamatkan situasi dan penjaga gol Jordan, Yazeed Abu Laila terpaksa menukar sarung tangan.

Pada minit ke-12 selepas melakukan serangan bertali arus akhirnya Jordan berjaya berada di hadapan melalui bekas pemain Kedah, Mahmoud Al-Mardi yang melakukan satu lencongan cantik.

Ternyata percubaan lencong cantik Mahmoud Al-Mardi jauh dari jangkauan Syihan dan masuk ke penjuru kanan gawang.

Sejurus selepas itu, VAR telah menghentikan perlawanan bagi memeriksa kemungkinan penalti buat Jordan selepas Matthew Davies menjatuhkan Yazan Al-Naimat di dalam kotak.

Dalam tempoh yang singkat Jordan mendahului Malaysia dengan dua gol, kali ini menerusi penyudah sepakan penalti Mousa Sulayman Al-Tamari yang penuh ketenangan.

Harimau Malaya kelihatan masih gagal untuk kembali dalam perlawanan dan tekanan mula menguasai dan pada minit ke-25 Mousa Sulayman Al-Tamari telah menjaringkan gol kedua peribadi dan gol ketiga perlawanan dengan rembatan kencang.

Mujur VAR menjalankan kerjanya dengan penuh keadilan apabila memeriksa semula jaringan itu yang berkemungkinan ada unsur ofsaid ketika pembikinan gol dan gol itu dibatalkan pengadil kerana bahu Ali Iyad Olwan sahaja ofsaid.

Darren Lok menyambut baik hantaran Faisal Halim namun dengan pantas dihimpit pertahanan Jordan dengan percubaan tersasar.

Pada minit ke-26 terus menjadi duri dalam daging apabila menjaring gol ketiga dengan satu tolakan mudah selepas menerima hantaran Yazan Al-Naimat dari sebelah kanan.

Pada minit ke-35 Mahmoud Al-Mardi terpaksa dikeluarkan dan Mohammad Abuhasheesh masuk sebagai pengganti dan Jordan masih giat mencari gol tambahan.

Dengan dua kali penggunaan VAR masa kecederaan 8 minit telah diberikan oleh pengadil. Stuart Wilkin hampir memecahkan kebuntuan dengan rembatan dan percubaan terbaik setakat ini.

Malaysia berjaya meraih sepakan penjuru pertama di hujung permainan sebelum rehat namun dipatahkan dengan serangan balas Jordan yang gagal.

Syihan menafikan percubaan Mohammad Abuhasheesh dari jarak dekat untuk sepakan penjuru dan Jordan terus datang namun Harimau Malaya bertahan hingga tamat separuh masa.

HT Malaysia 0-3 Jordan

12′ 26′ Mahmoud Al-Mardi
18′ Mousa Sulayman Al-Tamari

Kesebelasan Utama Malaysia vs Jordan:

Malaysia: 16. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 2. Matthew Davies, 15. Junior Eldstal, 21. Dion-johan Cools, 22. La’vere Lawrence Corbin-ong, 8. Stuart John Wilkin, 20. Mohd Afiq Fazail,26. Romel Morales, 7. Mohamad Faisal Abdul Halim, 9. Darren Lok, 12. Arif Aiman Mohd Hanapi

Pemain Simpanan: 23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman 1. Muhammad Azri Ab Ghani 3. Shahrul Mohd Saad, 4. Daniel Sang Ting, 5. Muhammad Syahmi Safari, 6. Dominic Tan, 14. Mohamed Syamer Kutty Abba, 18. Brendan Gan, 11. Muhammad Safawi Rasid, 13. Mohamadou Sumareh, 17. Paulo Josue, 19. Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Tidak Tersenarai: 10. Endrick Dos Santos, 24. Natxo Insa, 25. Ahmad Khuzaimi Piee

Jordan: Yazeed Abu Laila, Salem Al Ajalin, Yazan Al-Arab, Abdallah Nasib, Ehsan Haddad, Noor Al Din Rawabda, Nizar Mahmoud Al-Rashdan, Mahmoud Mardi, Ali Iyad Olwan, Mousa Suleiman, Yazan Al-Naimat

Pemain Simpanan: Hamza Al Dardour, Anas Al Awadat, Anas Bani Yaseen, Abdallah Al Fakhouri, Ahmad Juaidi, Mohammad Abuhasheesh, Fadi Awad, Bara Marei, Rajaei Ayed Fadel Rajaei Ayed, Feras Shelbaieh, Saleh Ratib, Mohamed Faisal Sharara

BACA:  Piala AFF 2022: Kesebelasan Utama Malaysia vs Singapura