Pengurus Denmark Tuduh Jerman Menang Kerana Bantuan VAR

Pengurus Denmark, Kasper Hjulmand menganggap Jerman menang kerana bantuan VAR.

Jerman menang 2-0 ke atas Denmark dalam aksi yang sarat kontroversi VAR.

Pertamanya adalah tindakan pengadil membatalkan gol Joachim Andersen,   hanya kerana ada pemain Denmark yang ofsaid ibu jari kakinya.

Kemudian pemain yang sama, Joachim Andersen dihukum oleh VAR kerana handball. Sedangkan pada awalnya Michael Oliver – pengadil perlawanan – menganggap ianya bukan handball. Tetapi selepas menyemak VAR, dia mengubah pendiriannya dan menganggap itu handball dan penalti untuk Jerman.

Ianya telah membuatkan Jerman mendahului menerusi penalti oleh Kai Havertz pada minit ke-53. Pada minit ke-68, Jamal Musiala menambah gol kedua untuk memastikan Jerman menang bergaya dan mara ke suku akhir.

Selepas tamat perlawanan, pengurus Denmark, Kasper Hjulmand mengamuk depan wartawan dengan menganggap pasukan lawan dibantu oleh VAR.

“Perlawanan ini ditentukan oleh dua keputusan VAR yang memihak kepada Jerman. Pertamanya VAR memberikan ofsaid yang hanya 1 sentimeter sahaja.

“Saya dah letih dengan keputusan pengadil yang mengarut ngarut seperti ini. Takkanlah pemain pertahanan berlari dengan tangan mereka di belakang?,” kata pengurus itu yang menganggap pemainnya tidak meletakkan tangan di unnatural position. Maka penalti tidak sepatutnya diberikan.

Seterusnya pengurus Denmark itu menganggap keputusan VAR seperti ini telah membuatkan bola sepak hilang keseronokan.

Dia berkata: “Ianya keputusan yang mengecewakan dan bola sepak tidak seharusnya berjalan seperti ini.”

Ramai peminat dan pundit turut mengecam VAR dalam perlawanan ini yang menurut mereka sangat teruk. Ada yang menulis: “Sekali lagi VAR hanya wujud untuk membantu pasukan besar.”

Mereka merujuk kepada Jerman mendapat kelebihan kerana mereka gergasi bola sepak dunia berbanding Denmark yang merupakan pasukan kerdil.

Pengurus Jerman, Julian Nagelsmann setuju dengan kritikan oleh Hjulmand. Kerana menurutnya, Jerman tak patut mendapat penalti daripada situasi seperti itu.

“Ia bukan handball, pemain Denmark tidak sengaja menyentuh bola dengan tangan. Kalau saya berada di pihak sana, saya pun akan marah. Namun peraturan sudah ditetapkan begitu, maka kena terima sahaja,” tegas pengendali asal Jerman itu.

Selain daripada VAR, perlawanan turut dihiasi dengan keputusan pengadil terpaksa memberhentikan seketika aksi kerana ribut petir yang berlaku di stadium pada hari perlawanan.

Perlawanan ditangguhkan seketika atas faktor keselamatan. Dan kembali disambung semula apabila cuaca kembali ok.

BACA:  Ejen Beri Respon Perkhabaran Klopp Bakal Latih Jerman