5 Kekalahan Terburuk Jerman Dalam Sejarahnya

Jerman hampir dikejutan oleh Hungary pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Eropah 2020. Namun Leon Goretzka menjadi penyelamat pasukan bekas juara dunia itu melalui jaringan penyamaannya ketika perlawanan berbaki 6 minit.

Piala Eropah kali ini merupakan tugasan terakhir Joechim Low selepas berkhidmat hampir 15 tahun. Selepas Piala Dunia 2018 prestasi Jerman agak buruk, mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah bola sepaknya.

Jerman juga hanya meraih 7 kemenangan pada 16 perlawanan terakhirnya. Bukan statistik yang baik bagi pasukan besar eropah. Berikut 5 kekalahan terbesar yang pernah dialami Jerman, bakal lawan Jerman di pusingan ke-2 Piala Eropah 2020, England antara pasukan yang membelasah Jerman.

2020: Sepanyol 6-0 Jerman (UEFA Nations League 2020/21)

Kekalahan terbesar dalam perlawanan kompetitif Jerman hadir pada November tahun lepas. Jerman yang merupakan juara dunia 2014 dilanyak oleh juara dunia 2010, Sepanyol dalam kejohanan UEFA Nations League peringkat kumpulan.

Sepanyol yang juga dikenali pakar possession menguasai keseluruhan permainan. Ferran Torres meledak hatrik dan ditambah dengan jaringan dari Alvaro Morata, Rodri dan Mikel Oyarzabal.

Jerman tidak mampu bermain bola sepak apabila Sepanyol langsung tidak memberi peluang dan ruang. 70% bola milik Sepanyol dan membuat 23 percubaan dan Jerman hanya sempat melakukan 2 percubaan.

Kemenangan Sepanyol membawa pasukan itu mara ke peringkat separuh akhir. Sepanyol akan bertemu Itali pada Oktober tahun ini. Sementara itu Jerman kekal dalam League A: UEFA Nations League selepas menamatkan peringkat kumpulan ditangga ke-2.

Kekalahan tersebut meneruskan prestasi buruk Jerman selepas Piala Dunia 2018. Lebih banyak keputusan terkejut dari kagum sama seperti yang berlaku dalam Piala Eropah 2020 sekarang -hampir dikejutkan oleh Hungary.

Kesebelasan utama: Neuer; Ginter, Max, Sule, Koch; Gundogan, Kroos, Goretzka; Sane, Werner, Gnabry

Gantian: Tah, Neuhaus, Henrichs, Waldschmidt

2001: Jerman 1-5 England (Kelayakan Piala Dunia 2002)

England hadir ke Munich untuk berdepan dengan Jerman dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2002. Sejak 35 tahun sebelumnya -England tidak pernah menang apabila bertemu Jerman. Pada perlawanan pertama di Wembley England kalah 0-1 hasil jaringan Dietmar Hamann.

Namun malam di Berlin menjadi perkara paling buruk untuk Jerman. Jerman dibelasah 5-1 oleh skuad yang dibimbing oleh Sven Goran Eriksson.

Pada awal babak permainan, seperti Jerman akan meneruskan rekod cemerlangnya apabila bertemu England. Jerman mendahului seawal minit ke-6 melalui Carsten Jancker. Tetapi Michael Owen menampilkan persembahan terbaik dalam kariernya.

Penyerang Liverpool itu mencatat hatrik serta jaringan Steven Gerard dan Emile Heskey menghumbang Jerman dalam keaiban besar. Pada akhirnya kedua-dua pasukan layak ke Piala Dunia 2002.

Jerman menewaskan Ukraine 5-2 (agregat) di pusingan playoff. Di pusingan akhir Piala Dunia, Jerman mara ke final sebelum kecundang 0-2 ditangan Brazil. England pula tersingkir di peringkat suku akhir, juga ditewaskan Brazil 1-2.

Kesebelasan utama: Kahn; Rehmer, Linke, Nowotny, Wörns, Böhme; Hamann, Ballack, Deisler, Jancker; Neuville

Gantian: Kehl; Asamoah; Klose

3 perlawanan lain

Disebabkan 3 lagi kekalahan terburuk Jerman berlaku sebelum kita dilahirkan sudah tentu kita tak tengok game tersebut. Jadi lebih afdal tulis keputusan sahaja.

1958: Perancis 6-3 Jerman Barat (Piala Dunia 1958)

1954: Hungary 8-3 Jerman Barat (Piala Dunia 1954)

1931: Austria 6-0 Jerman (Persahabatan)

BACA:  Hummels: Sane Belum Lagi Capai 'Level' Muller & Ozil Dalam Skuad Jerman