Budak Milo Ditendang Hazard Kini Bergelar Jutawan

Budak milo atau ball boy Swansea City yang pernah ditendang oleh Eden Hazard kini selepas lebih sedekad sudah bergelar seorang jutawan dan dilaporkan sudah mempunyai anggaran nilai bersih sebanyak £40 juta (RM240.83 juta).

Bertarikh Pada 23 Januari tahun 2013 telah berlangsungnya perlawanan separuh akhir kedua Capital One Cup atau EFL Cup atau Piala Liga yang telah menemukan Chelsea menentang Swansea City.

Dalam perlawanan itu telah berlaku satu insiden yang melibatkan pemain legenda Chelsea, Eden Hazard dengan seorang budak pengutip bola berusia 17 tahun bernama Charlie Morgan yang menjadi bualan para peminat bola sepak seluruh dunia ketika itu.

Kedinginan malam rabu di Selatan Wales menjadi saksi kepada insiden ini. Dalam perlawanan separuh akhir pertama pertemuan mereka, Swansea telah berjaya menewaskan Chelsea dengan kemenangan 0-2 di Stamford Bridge.

Berbekalkan dua gol dari tempat lawan menambah lagi keyakinan pasukan Swansea untuk melayan kunjungan Skuad The Blues ke halaman mereka.

Peminat Swansea begitu bersemangat untuk merayakan kejayaan pasukan mereka layak ke perlawanan akhir EFL Cup yang bakal menjadi perlawanan akhir pertama mereka dalam tempoh 100 tahun pada ketika itu.

Pada minit ke-80 perlawanan, ketika bola keluar dan pasukan Swansea mendapat sepakan gol, pemain sayap Chelsea, Eden Hazard menjadi begitu gelojoh dan tidak menyabar untuk mengambil bola di luar padang agar Swansea tidak melengahkan masa permainan.

Tetapi pada ketika itu bola sedang dipegang oleh salah seorang budak milo yang bernama Charlie Morgan dan Hazard cuba untuk merampas bola itu dengan menggunakan kekerasan.

Terlampau nak rebut bola tu dari budak milo, Hazard seakan dirasuk setan telah menendang bahagian rusuk kiri budak milo itu hingga beliau menjerit kesakitan.

Charles Morgan yang ketika itu baru berusia 17 tahun menjerit menahan sakit sambil memegang bahagian tulang rusuknya yang ditendang oleh Hazard.

Para pemain Swansea yang melihat kejadian itu di depan mata mereka berasa tidak senang dengan perbuatan Hazard. Para penyokong yang berada di stadium turut bersorak mengeboo Hazard.

Perbuatan tidak matang Hazard itu telah menyebabkan beliau dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan Chris Foy.

Hazard Meminta Maaf

Seluruh dunia telah mengecam Hazard dan menzahirkan rasa simpati kepada mangsa, pemain antarabangsa Belgium itu telah dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan atas tindakannya di The Liberty Stadium pada malam itu.

Tetapi selepas peristiwa luar biasa yang berlaku itu, Morgan yang ditemubual bersama Ayahnya tidak membuat sebarang aduan mengenai tindakan ganas yang dilakukan oleh Hazard.

Sementara itu, Hazard terus membuat permohonan maaf secara terbuka kepada remaja lelaki itu dalam satu wawancaranya bersama Chelsea Tv sejurus selepas perlawanan itu tamat.

“Budak lelaki itu melindungi bola dengan meletakkan seluruh tubuhnya keatas bola dan saya hanya cuba menendang bola.”

Menurut Hazard lagi:

“Saya fikir saya menendang bola dan bukan budak lelaki itu, saya minta maaf, budak lelaki itu datang ke bilik persalinan dan kami sempat berbual, saya memohon maaf dan budak lelaki itu memohon maaf juga, semuanya sudah selesai.”

Pihak Polis ketika itu mengumumkan bahawa pemain sayap Chelsea itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan, Sementara Charlie memecah kesunyiannya di Twitter dengan memuat naik status tentang apa yang berlaku.

Charles Morgan Meraih Populariti

Beberapa jam selepas insiden itu, entah bagaimana nombor telefon Charles Morgan telah tersebar luas di media sosial. Berikutan hal itu, pengikutnya di Twitter meningkat secara menggila kira-kira sebanyak 15,000% kepada lebih daripada 100,000 pengikut dalam tempoh yang sinkat.

Malahan sehingga hari ini, bekas pengutip bola Swansea City itu masih tetap terkenal dan diingati walaupon pengikutnya berkurang kepada 32,000.

Charlie, yang berumur 17 tahun pada masa itu, telah menjadi selebriti yang tidak disengajakan apabilatampil di dalam beberapa Akhbar Nasional manakala akaun media sosialnya terus mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

Sebelum insiden ini berlaku, remaja itu dikenali ramai sebagai Anak kepada pemegang saham terbesar Swansea City, Martin Morgan dan Isterinya,Louisa.

Ketika insiden itu berlaku beliau masih lagi seorang pelajar dan dek kerana beliau menjadi popular dengan mendadak, Morgan terus memasang cita-cita untuk memulakan perniagaan.

Bergelar Jutawan

Bermula dari insiden yang telah memberi publisiti kepada dirinya, Charles Morgan terus mencari ilham perniagaan apa yang beliau mahu ceburi dan kini telah berjaya bergelar seorang jutawan.

Charles Morgan bersama sahabat baiknya, Jackson Quinn telah menemui apa yang boleh mereka dagangkan lalu telah sepakat untuk membuat minuman keras, Vodka berjenama mereka sendiri.

Menurut Morgan dan Jackson Quinn daripada kajian pasaran dan dapatan pemantauan yang dilakukan mereka, terdapat jurang ketara di dalam pasaran untuk Premium Vodka terutama dalam bentuk botol.

Bagi mengisi jurang itu yang dilihat sebagai peluang mereka meraih keuntungan lalu mereka berdua memutuskan untuk memulakan perniagaan dan membuka syarikat yang diberi nama Au Vodka.

Sebagai permulaan, mereka mengeluarkan 2,000 botol sehari dibekalkan ke bar tempatan di Swansea tetapi pertumbuhan luar biasa syarikat telah menyaksikan angka itu meningkat kepada 35,000 botol sehari dan Au boleh didapati di 40 negara di seluruh dunia.

Ronaldinho dan Floyd Mayweather ialah beberapa selebriti terkenal yang menyokong Au, manakala DJ dan hos radio Charlie Sloth ialah rakan kongsi perniagaan dan pelabur.

The Spirits Business menamakan Au sebagai jenama vodka paling popular di internet dan The Times menamakan Au sebagai syarikat yang perlu diberi perhatian pada 2023.

Mereka kini mempunyai lebih daripada 50 kakitangan di ibu pejabat mereka, serta 630,000 pengikut di media sosial.

Dalam ‘senarai Orang Kaya’, kedua-dua Charlie dan Jackson diletakkan di tempat ke-24 dan sasaran seterusnya untuk pasangan itu adalah untuk memecah masuk ke pasaran Amerika selepas menandatangani perjanjian dengan Total Wine Liquor.

Bekas pemain sayap Real Madrid dan Chelsea, Eden Hazard dikatakan mempunyai nilai bersih £85 juta tetapi kini selepas 11 tahun selepas insiden memalukan itu, Charles Morgan mengekor rapat dengan kekayaan £40 juta.

Siapa nak kaya suruh Hazard rembat rusuk korang.

BACA:  Eden Hazard Mahu Capai Tahap Lionel Messi & Cristiano Ronaldo