Apa Yang Berlaku Kepada Budak ‘Milo’ Yang Pernah Ditendang Oleh Eden Hazard Pada Tahun 2013 Yang Lalu

Pada 23 Januari tahun 2013 yang lalu telah berlangsungnya perlawanan separuh akhir kedua Capital One Cup yang telah menemukan Chelsea menentang Swansea.

Dalam perlawanan itu telah berlaku satu insiden yang melibatkan pemain bola sepak Eden Hazard dengan seorang budak pengutip bola berusia 17 tahun bernama Charlie Morgan yang menjadi bual bicara para peminat bola sepak seluruh dunia ketika itu.

Kedinginan malam rabu di Selatan Wales menjadi saksi kepada insiden ini. Dalam perlawanan separuh akhir pertama pertemuan mereka, Swansea telah berjaya menewaskan Chelsea dengan kemenangan 0-2 di  Stamford Bridge.

Legenda “one season wonder”, Michu dan Danny Graham telah mencatat nama sebagai penjaring gol untuk pasukan Swansea ketika aksi di Stamford Bridge.

Berbekalkan dua gol dari tempat lawan menambah lagi keyakinan pasukan Swansea untuk melayan kunjungan Skuad The Blues ke halaman mereka.

Kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi mantap dan sangat menghiburkan. Para penonton begitu teruja melihat persembahan yang ditunjukkan oleh mereka.

Peminat Swansea begitu bersemangat untuk merayakan kejayaan pasukan mereka layak ke perlawanan akhir Capital One Cup.

Tambahan pula itu adalah perlawanan akhir pertama mereka dalam tempoh 100 tahun pada ketika itu.

Penantian 30 tahun nak menang Liga pon ada pasukan sambut penuh meriah ini pula penantian 100 tahun, tentulah bergegar stadium dibuatnya.

Tetapi dalam pada aksi hebat yang dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan, telah berlaku satu insiden yang tidak diingini pada minit ke-80 perlawanan.

Ketika bola keluar dan pasukan Swansea mendapat sepakan gol, pemain sayap Chelsea, Eden Hazard menjadi begitu gelojoh dan tidak menyabar untuk mengambil bola di luar padang agar Swansea tidak melengahkan masa.

Tetapi pada ketika itu bola sedang dipegang oleh salah seorang budak milo dalam perlawanan tersebut dan Hazard mencuba untuk merampas bola itu dengan cara kekerasan.

Terlampau nak rebut bola tu dari budak milo, Hazard telah menendang bahagian rusuk kiri budak milo itu hingga beliau menjerit kesakitan.

Morgan yang ketika itu baru berusia 17 tahun menjerit menahan sakit sambil memegang bahagian tulang rusuknya yang ditendang oleh Hazard.

Para pemain Swansea yang melihat kejadian itu di depan mata mereka berasa tidak senang dengan perbuatan Hazard. Para penyokong yang berada di stadium turut bersorak mengeboo Hazard.

Perbuatan tidak matang Hazard itu telah menyebabkan beliau dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan Chris Foy.

Berita ini mula menjadi hangat semula apabila rakaman insiden itu tersiar di seluruh media sosial.

Pemain antarabangsa Belgium itu telah dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan atas tindakannya di The Liberty Stadium pada malam itu.

Tetapi selepas peristiwa luar biasa yang berlaku itu,Morgan ditemubual bersama Ayahnya dan beliau tidak membuat aduan mengenai tindakan yang dilakukan oleh Hazard.

Sementara itu, Hazard terus membuat permohonan maaf secara terbuka kepada remaja lelaki itu dalam satu wawancaranya bersama Chelsea Tv sejurus selepas perlawanan itu tamat.

“Budak lelaki itu melindungi bola dengan meletakkan seluruh tubuhnya keatas bola dan saya hanya cuba menendang bola.”

Menurut Hazard lagi

“Saya fikir saya menendang bola dan bukan budak lelaki itu, saya minta maaf, budak lelaki itu datang ke bilik persalinan dan kami sempat berbual, saya memohon maaf dan budak lelaki itu memohon maaf juga, semuanya sudah selesai.”

Pihak Polis ketika itu mengumumkan bahawa pemain sayap Chelsea itu tidak akan dikenakan sebarang caj, Sementara Charlie memecah kesunyiannya di Twitter dengan memuat naik status tentang apa yang berlaku.

Tiada tindakan selanjutnya diambil dan kemudian semuanya menjadi aman dan tinggal sebagai sejarah.

Tapi apa yang berlaku selepas insiden yang tidak dapat dilupakan itu? Dan apakah yang berlaku kepada Charlie sekarang?

Apa yang berlaku kepada Charles Morgan selepas ditendang oleh Hazard

Beberapa hari bah kan beberapa jam selepas insiden itu, nombor telefon Morgan tersebar luas di media sosial. Berikutan hal itu, pengikutnya di Twitter meningkat kira-kira sebanyak 15,000% kepada lebih daripada 100,000 pengikut.

Malahan sehingga hari ini, bekas pengutip bola Swansea City itu masih tetap terkenal dan diingati walaupon pengikutnya berkurang kepada 36,000.

Charlie, yang berumur 17 tahun pada masa itu, telah menjadi selebriti yang tidak disengajakan.

Beberapa hari selepas insiden itu, beliau telah tampil di dalam beberapa Akhbar Nasional manakala akaun media sosialnya terus mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

Sebelum insiden ini berlaku, remaja itu dikenali ramai sebagai Anak kepada pemegang saham terbesar Swansea City, Martin Morgan dan Isterinya,Louisa.

Ketika insiden itu berlaku beliau masih lagi seorang pelajar, dan dek kerana beliau menjadi populer dengan mendadak, Morgan terus memasang cita-cita untuk memulakan perniagaan.

Dari situlah Morgan terus mencari ilham perniagaan apa yang beliau mahu ceburi. Lalu Morgan bersama sahabat baiknya telah sepakat untuk membuat Vodka berjenama mereka sendiri.

Menurut Morgan dan sahabat baiknya Jackson Quinn, terdapat jurang di dalam pasaran untuk Premium Vodka terutama dalam bentuk botol.

Mereka berdua memutuskan untuk memulakan perniagaan dan membuka syarikat yang diberi nama Au Vodka.

Minuman berjenama Ultra-Premium British yang akhirnya akan memberikan perkhidmatan kepada
orang-orang seperti Selfridges, Harvey Nichols dan Costco.

DJ British, produser dan penyampai TV Charlie Sloth juga merupakan pemilik separa syarikat itu, menurut Morgan.

Nampak lepas kena tendang terus berubah kehidupan dia. Dari orang tak kenal siapa dia terus jadi populer dan dia berjaya memanfaatkan kelebihan dia dengan sesuatu yang positive untuk masa depannya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jenas: Eden Hazard Terlalu Bagus Untuk Chelsea, Sudah Sampai Masa Untuk Berpindah