Motivasi Hazard Sebelum Menjaringkan Gol Solo Untuk Menghumban Liverpool Keluar Dari Piala Carabao

Pemain sensasi Chelsea, Eden Hazard mendedahkan motivasi di sebalik gol solo cantik yang dijaringkannya ketika menewaskan Liverpool berpunca dari keinginan beliau untuk membantu N’Golo Kante.

Dalam perlawanan sengit yang berlangsung di Anfield awal pagi tadi, Liverpool terpaksa akur tersingkir dari Piala Carabao di tangan Chelsea di hadapan penyokong sendiri sekaligus meleburkan rekod kemenangan seratus peratus mereka musim ini.

Gol padu dari Hazard menutup mulut peminat You’ll Never Walk Alone

Liverpool terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Daniel Sturridge pada minit ke-59. Namun begitu, tindakan Maurizio Sarri memasukkan Eden Hazard dan N’Golo Kante nyata mengubah perlawanan.

Hasilnya, Chelsea berjaya menyamakan kedudukan menerusi bek kiri, Emerson Palmieri pada minit ke-79 dan tidak lama selepas itu, Hazard pula berjaya menghukum barisan pertahanan Liverpool menerusi gol solo yang sangat menarik.

Hazard berjaya melepasi beberapa pemain Liverpool sebelum melepaskan rembatan padu ke arah gawang Liverpool yang gagal ditepis Simon Mignolet. Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan dan Liverpool mengikut jejak langkah Manchester United tersingkir dari saingan Piala Carabao seawal pusingan ke-3.

Dengan gol tersebut, Hazard kini sudah menjaringkan 6 gol dari 7 penampilan beliau dalam semua pertandingan dan dianggap sebagai pemain paling menonjol di Eropah ketika ini.

Mignolet hanya mampu melihat

Sekiranya perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri selepas 90 minit permainan, ia akan terus pergi ke penentuan penalti. Bukan semua pemain suka mengambil penalti dan itulah motivasi utama Hazard ketika dimasukkan pada separuh masa kedua untuk mencari gol kemenangan.

“Saya bercakap dengan N’Golo Kante di bangku simpanan dan dia beritahu saya yang dia tidak mahu mengambil sepakan penalti. Jadi hanya satu jalan penyelesaian yang ada iaitu saya perlu menjaringkan gol.”

Motivasi Hazard untuk membantu Kante supaya tidak mengambil sepakan penalti telah membawa Chelsea mara ke pusingan seterusnya dan turut memberikan kelebihan dari segi psikologi menjelang ‘rematch’ antara dua pasukan ini dalam Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini.

“Saya pernah menjaringkan gol seperti itu ! Tapi bukan selalu la.”

“Ia mungkin berada di kedudukan tiga teratas sepanjang masa. Saya ingat lagi dua tahun lepas, saya pernah menjaringkan gol yang hampir sama ketika menentang Arsenal di Stamford Bridge.”

“Gol tadi pon antara yang terbaik pernah saya jaringkan. Terutamanya apabila anda menjaringkan gol menentang pasukan besar dan menang perlawanan tersebut. Itu perkara paling mustahak.”

Semangat setia kawan Hazard terhadap Kante berjaya menghasilkan gol bertaraf PUSKAS. Turut kelihatan Jonny Sins yang tersenyum riang

Chelsea akan melayan kunjungan Liverpool pada hari Sabtu nanti dan Hazard berharap Chelsea mampu meraih kemenangan seterusnya memintas kedudukan Liverpool yang kini berada di persada Liga Perdana Inggeris.

“Saya rasa perlawanan tadi lebih kepada untuk mencari keyakinan bagi perlawanan yang akan berlangsung 3 hari yang akan datang.”

“Bagi perlawanan liga itu nanti, kami akan menukar beberapa pemain dan Liverpool juga akan melakukan perkara yang sama. Tetapi kami mahu menang sekali lagi. Terutamanya apabila beraksi di depan penyokong sendiri di Stamford Bridge. Saya berharap ia bakal menjadi hari yang baik buat kami.”

BACA:  Teori Konspirasi Berkait Kegagalan Fernandes Menyempurnakan Sepakan Penalti