Teori Konspirasi Berkait Kegagalan Fernandes Menyempurnakan Sepakan Penalti

Nama Bruno Fernandes sentiasa menjadi topik perbualan hangat para peminat di media sosial pada ketika ini, selepas kegagalan beliau menyempurnakan sepakan penalti bertemu Aston Villa.

Manchester United mencatatkan kekalahan ketiga mereka dari empat perlawanan terakhir dan ia merupakan kali pertama mereka tewas dalam saingan Premier League musim ini.

Aston Villa menjaringkan gol pada minit ke-88 permainan menerusi Kortney Hause, dan United berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan.

Setan merah dihadiahkan sepakan penalti, dan pakar sepakan penalti mereka, Bruno Fernandes tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Cristiano Ronaldo turut membenarkan Bruno Fernandes untuk mengambil sepakan penalti tersebut walau Emi Martinez meminta agar beliau yang menyepak.

Apa yang mengejutkan para peminat adalah melihat bagaimana teruknya hasil sepakan penalti Fernandes dengan bola rembatan bintang Portugal itu tinggi melepasi gawang gol Martinez.

Hal itu telah menyebabkan timbulnya pelbagai teori konspirasi berkait insiden tersebut dengan ada yang menyatakan bahawa Fernandes sengaja melakukan hal itu agar Ole Gunnar Solskjaer dipecat.

Pertama sekali peminat mengesan teknik yang Fernandes gunakan untuk mengambil sepakan penalti tersebut berbeza dari teknik yang selalu beliau gunakan.

Beliau juga jarang menyasarkan bola ke sudut sebelah atas seperti apa yang beliau lakukan ketika aksi bertemu Villa kemarin.

Fernandes juga dilihat dengan sengaja menendang bola sekuat hati beliau dan hal itu menyebabkan para peminat berfikir bahawa beliau sengaja melakukan hal tersebut.

Peminat turut yakin yang Pogba sebenarnya tahu tujuan Fernandes dan kerana itulah bintang Perancis itu menghalang Ronaldo dari tampil untuk mengambil sepakan tersebut.

Insiden tersebut dikaitkan dengan teori konspirasi para penyokong Liverpool yang menyatakan bahawa Gerrard sengaja menggagalkan sepakan penalti beliau, agar Roy Hodgson dipecat.

Teori konspirasi Gerrard dan Roy Hodgson

Steven Gerrard tidak dinafikan lagi sememangnya legenda terhebat sepanjang zaman Liverpool dan sehingga kini, beliau masih lagi pemain kesayangan di Anfield.

Ya, beliau tidak pernah memenangi Premier League ketika kariernya, namun beliau sudah membuat lebih dari 700 penampilan dalam saingan liga dengan beraksi selama 17 musim untuk Liverpool.

Beliau turut membantu The Reds untuk memenangi dua kali gelaran Piala FA, tiga gelaran League Cup, Community Shield, Champions League, UEFA Super Cup dan UEFA Cup.

Walau bagaimanapun, Gerrard tetap pernah melalui detik kesukaran sepanjang kariernya bersama kelab kesayangannya itu.

Beliau bukanlah sentiasa dikelilingi oleh pemain berkelas dunia dan pada tahun 2009 hingga 2013, Liverpool merupakan pasukan pertengahan liga dan langsung tidak digeruni lawan.

Liverpool pada ketika itu sekadar mengakhiri saingan liga di kedudukan ketujuh, lapan, enam, lapan dan tujuh sepanjang tempoh 2009 hingga 2013 itu.

Berkemungkinan musim paling teruk dibawah kendalian Roy Hodgson yang meninggalkan Liverpool pada Januari 2011, dengan The Reds pada ketika itu hanya empat mata sahaja berada di kedudukan selamat dari penyingkiran.

Terdapat kebimbangan dari kalangan peminat dan pelbagai pihak yang risau gergasi bola sepak Inggeris itu akan tersingkir ke saingan Championship di bawah kendalian Hodgson.

Namun pemain percaya Gerrard tidak membenarkan hal tersebut dengan beliau telah melakukan sesuatu agar Roy Hodgson meninggalkan kelab.

Ketika aksi perlawanan terakhir di bawah kendalian Hodgson, Liverpool mencatatkan kekalahan 3-1 di tangan Blackburn.

Gerrard ketika itu dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti yang Liverpool menangi, dan beliau menendang bola sekuat hatinya sama seperti apa yang dilakukan oleh Fernandes.

Hasilnya, Roy Hodgson benar-benar meninggalkan Liverpool dan penyokong The Reds percaya ia adalah berpunca dari cara Gerrard menunjukkan rasa tidak puas hatinya itu.

Walau bagaimanapun, semua ini hanyalah teori konspirasi dari para peminat, dan hanya tuan punya badan yang tahu apa niat sebenar beliau.

Adakah Fernandes sengaja melakukan hal tersebut? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: GMS

BACA:  Carragher Digantung Sky Sehingga Tamat Musim Ini Berhubung Insiden Meludah Peminat Manchester United