Carragher Digantung Sky Sehingga Tamat Musim Ini Berhubung Insiden Meludah Peminat Manchester United

Bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher telah digantung Sky sehingga tamat musim bolasepak ini selepas dirakam meludah seorang budak perempuan yang juga peminat Manchester United.

Carragher merupakan penganalisa tetap di Skysports dan sering muncul di kaca televisyen bersama rakan baiknya, Gary Nevilla dan Thierry Henry.

Carragher direhatkan Sky selepas menerima desakan khalayak ramai

Carragher berbuat demikian selepas diperli bapa kepada remaja terbabit berikutan kekalahan 2-1 Liverpool di tangan Manchester United Sabtu lalu.

Ketika kejadian tersebut, kereta Range Rover yang dipandu Carragher bergerak perlahan di atas jalan raya berikutan peminat berpusu-pusu pulang selepas tamat perlawanan di Old Trafford.

Menyedari kelibat Carragher di sebelah keretanya, bapa remaja terbabit mengambil peluang tersebut untuk memerli Carragher berkenaan kekalahan Liverpool di tangan United.

Dalam video yang dirakam remaja terbabit, Carragher menurunkan cermin keretanya dan meludah ke arah perakam video selepas bapa remaja tersebut berkata,

“Unlucky Jamie lad” – “2-1!”

Semoga kesilapan Carragher dapat dimaafkan Skysports. Kalau tak siapa nak teman Gary Neville

Bekas pemain antarabangsa England dan Liverpool ini akan menjalani penggantungan dari kerjanya sebagai pengulas bolasepak sehingga tamat musim ini, iaitu sekitar bulan Julai. Satu laporan akan dilakukan sebelum bermulanya kalendar bolasepak musim hadapan untuk menentukan sama ada Carragher layak untuk kembali bekerja atau tidak.

Pihak Sky pada mulanya mengambil sikap berdiam diri apabila video Carragher meludah dari dalam keretanya viral dalam media sosial. Tetapi Sky telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berhubung kejadian tersebut dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Carragher sambil menyatakan kekecewaan mereka terhadap Carragher.

“Hasil siasatan dalaman kejadian tersebut, Sky telah mengambil keputusan untuk menggantung Jamie Carragher sehingga tamat kalendar bolasepak musim  ini.”

“Jamie juga telah mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas perbuatannya itu dan kami akan memastikan beliau menerima pertolongan yang diperlukan bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang lagi pada masa hadapan.”

“Sebelum bermulanya aksi bolasepak musim hadapan, kami akan duduk berbincang sekali lagi bersama Jamie bagi menentukan sama ada beliau bersedia untuk kembali menggalas tugasnya di Skysports.”

Phuiiiiiiii. Detik ketika Carragher melancarkan serangan air liurnya terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun

Dalam kejadian Sabtu lalu, Carragher gagal menahan kemarahannya apabila diprovokosi berkali-kali oleh seorang peminat Manchester United yang tidak berapa matang, lalu meludah ke arah kereta peminat tersebut.

Menyedari tindakan beliau dirakam dan telah diviralkan, Carragher menerusi laman Twitter beliau telah membuat permohonan maaf terhadap keluarga terbabit dan menyesali tindakannya.

“Saya ingin membuat permohonan maaf berkenaan tindakan saya meludah remaja terbabit dimana pada ketika itu saya telah hilang pertimbangan.”

“Apa yang saya lakukan memang tidak wajar dan saya secara peribadi sudah meminta maaf kepada keluarga terbabit.”

Carragher menambah lagi yang beliau telah diprovokasi sebanyak 3,4 kali sepanjang perjalanan pulang dari Old Trafford.

“Saya secara berterusan telah diprovokasi dan diejek berkali-kali. Mereka juga telah merakam perbuatan itu sepanjang trafik yang bergerak perlahan. Saya sangat menyesali tindak balas saya dalam kejadian tersebut.”

Berikutan insiden memalukan itu, Carragher berdepan risiko dipecat dari kerjaya beliau selaku penganalisa bolasepak di Skysports.

Polis juga boleh mendakwa Carragher atas kesalahan meludah atau bertindak di luar batasan di kawasan umum.

Dalam satu temuramah bersama bapa remaja yang diludah Carragher, beliau mendakwa tidak melakukan sebarang provokasi terhadap Carragher seperti yang didakwa legenda Liverpool itu.

“Apabila saya melihat kelibat Carragher di dalam kereta, saya hanya menjerit nama beliau sahaja. Saya tidak bertindak aggresif mahupun kurang ajar.”

BACA:  Kane Yakin Mampu Atasi Salah Dalam Persaingan Merebut Kasut Emas EPL