Kisah Bintang Muda Juventus Dari Korea Utara Yang Pernah Pernah Curi Perhatian Liverpool Tetapi Tak Kenal Steven Gerrard

Pada 2019, Juventus pernah menandatangani bintang muda dari Korea Utara yang disamakan dengan Cristiano Ronaldo yang mengubah nasib pemain itu.

Sejak dari dulu lagi ramau pemain telah disamakan dengan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu.

Hakikatnya tidak pernah seorang pun daripada mereka mampu menyamai pencapaian pemain dari Portugal itu, walaupun sebahagian daripada mereka masih lagi memiliki karier di dalam bola sepak.

Ini pula kisah Han Kwang-son, yang mana kariernya jelas di luar kawalan dirinya sendiri atas pelbagai sebab walaupun disamakan dengan Ronaldo.

Han berhijrah ke Itali ketika usia remaja pada 2015 melalui satu program pembangunan bakat tajaan kerajaan Korea Utara.

Pemain penyerang itu pada mulanya menyertai akademi Perugia sebelum menandatangani kontrak bersama Cagliari.

Ketika itu Han turut menolak tawaran daripada Liverpool walaupun sudah melakukan pertemuan dengan pencari bakat kelab Merseyside itu, Barry Hunter.

Teruja untuk membawa Han ke Anfield, Hunter menawarkan Han peluang untuk bertemu dengan Steven Gerrard. Malang sekali Han tidak kenal pun siapakah Steven Gerrard.

“Anda kenal Steven Gerrard,” tanya pencari bakat itu. Han hanya sekadar menggelengkan kepala.

Pencari bakat itu amat terkejut. “Bagaimana anda tidak kenal Steven Gerrard?” Buat kali pertama Hunter terpaksa berkongsi gambar Steven Gerrard kepada seorang pemain bola sepak yang tidak mengenali kapten legenda Liverpool itu.

Han kemudiannya melakukan debut untuk Cagliari di Serie A pada usia 19 tahun, dan gol pertamanya terhasil dalam perlawanan menentang Torino pada 2017.

Penjaga gol Torino pada ketika itu adalah bekas penjaga gol Manchester City dan England, Joe Hart.

Selepas bermula dengan Cagliari, Han kemudiannya menyertai Perugia di Serie B secara pinjaman. Prestasi cemerlangnya pada ketika itu mencuri perhatian Juventus yang membawanya ke Turin dengan kontrak secara pinjaman selama dua musim pada 2019.

Tetapi Han lebih kerap beraksi bersama skuad B-23 Juventus di Serie C dan hanya sekali berada di dalam skuad utama Juventus menentang Leece pada Oktober tahun yang sama.

Itu sudah cukup menjadikan Han sebagai pemain Asia pertama berada di dalam skuad Juventus.

Nasib dan karier Han mulai menjadi sukar selepas itu. Juventus membeli Han dengan nilai €3.5 juta pada Januari 2020 sebelum menjualnya kepada kelab Qatar, Al-Duhail enam hari selepas itu dengan nilai €7 juta. Juventus mengaut keuntungan atas angin.

Han sempat membantu Al-Duhail muncul juara liga sebelum segala-galanya berubah pada Mac 2021.

Ini kerana Han menjadi mangsa keadaan politik yang menyelubungi isu program nuklear Korea Utara. Pada Mac tahun itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) melarang warganegara Korea Utara bekerja di luar negara.

Malah UN menganggap perpindahan Han dari Juventus ke Al-Duhail turut melanggar larangan antarabangsa itu menyebabkan kontrak beliau bersama kelab Qatar itu ditamatkan.

Han kemudiannya dihalau dari Qatar dan diletakkan ke dalam penerbangan yang sepatutnya terbang ke Rom. Pada masa yang sama Korea Utara turut menutup semua pintu masuk disebabkan pandemik yang melanda.

Situasi tersebut menyebabkan Han terperangkap dan berada di kedutaan yang tidak diketahui selama beberapa tahun. Dia tidak dibenarkan untuk ditemubual dan kemanakah Han selepas itu turut tidak diketahui.

Sekarang pada usia 25 tahun Han secara tiba-tiba melakukan penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Myanmar pada November lalu.

Dia kini masih tanpa sebarang kelab dan tidak dapat dipastikan sama ada akan turun beraksi menentang Jepun pada Khamis hadapan.

BACA:  Fernando Torres Sah Tinggalkan Atletico Madrid Hujung Musim Nanti