Piala Dunia 2022: Belgium 1-0 Kanada

Selepas Maghribi dan Croatia hanya seri untuk perlawanan pembukaan kumpulan, Belgium turun menentang Kanada untuk perlawanan kedua yang berlangsung di Ahmad Bin Ali, Qatar.

Belgium dibarisi beberapa pemain bintang dari sisa pasukan generasi emas mereka yang sudah hampir ke penghujung tidak diletakkan sebagai calon juara namun mampu untuk pergi jauh.

Belgium hadir ke Qatar dengan reputasi yang agak gah selaku pemenang tempat ketiga Piala Dunia Rusia 2018 dibelakang Perancis dan Croatia.

Kanada pula membuat penampilan pertama mereka di Piala Dunia sejak tahun 1986.

Rembatan Tajon Buchanan telah terkena tangan Yannick Carrasco dan penelitian daripada Video Assistant Referee (VAR) menunjukkan kisah sebenar.

Kedudukan tangan Yannick Carrasco jelas terbuka dan rembatan Tajon Buchanan ke arah gol telah dihalang tangan Carrasco, cukup sifat untuk sepakan penalti.

Kesalahannya jelas dan VAR tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan penalti kepada Kanada dan kad kuning kepada Carrasco.

Alphonso Davies tampil menggalas tanggungjawab namun gagal disempurnakan lantaran bacaan tepat telah dilakukan oleh Thibaut Courtois.

Walaupun bola tepisan Courtois melantun kembali kepada Alphonso Davies namun sudut dan posisinya untuk menghasilkan gol adalah mustahil.

Pengadil perlawanan, Janny Sikazwe telah menafikan dua sepakan penalti yang agak jelas pada separuh masa pertama.

Pengadil dari Zambia itu telah mencetuskan kontroveri apabila dua kali meniup wisel penamat sebelum 90 minit permainan di Piala Negara Afrika awal tahun ini.

Michy Batshuayi meletakan Belgium dihadapan pada minit ke-44 selepas menyempurnakan suapan Toby Alderweireld dan menjadi gol tunggal perlawanan.

Kevin De Bruyne berada di kelas tersendiri berbanding rakan sepasukannya di Belgium dengan mendominasi bahagian tengah dan telah menghasilkan beberapa peluang yang sedap.

Malang buat Kevin De Bryune kerana kualiti pemain Belgium tidak setanding dengan rakan sepasukannya di Manchester City untuk melihat lebih banyak gol terhasil.

Kanada menjadi pasukan Piala Dunia pertama sejak 1978 yang telah melakukan sekurang-kurangnya 20 percubaan dan satu penalti namun gagal untuk menjaringkan gol.

Kanada nyata mendominasi perlawanan dengan deretan percubaan yang tidak membuahkan hasil dan lebih malang apabila dinafikan dua sepakan penalti.

Walaupun Kanada pasukan lebih baik namun kemenangan dan tiga mata tidak menjadi milik mereka.

Belgium: Courtois (7), Dendoncker (6), Alderweireld (5), Vertonghen (5), Castagne (6), Carrasco (4), Tielemans (5), Witsel (5), De Bruyne (5), E Hazard (6), Batshuayi (6)

Subs: Onana (5), Meunier (5), Trossard (5), Openda (N/A)

Canada: Borjan (6), Johnston (5), Vitoria (5), Miller (5), Laryea (7), Hoilett (6), Hutchinson (6), Eustaquio (6), Buchanan (6), Davies (6), David (6)

Subs: Larin (5), Kone (5), Adekugbe (5), Osorio (N/A), Millar (N/A)

Maghribi Croatia

Permainan diantara Morocco dan Croatia ini berlangsung seimbang sejak wisel permulaan di mana Croatia dilihat lebih menguasai perlawanan.

Namun dari segi serangan Maghribi dilihat lebih mengancam. Selepas 20 minit Maghribi telah melakukan empat percubaan berbanding Croatia hanya satu.

Maghribi bermain baik dan penuh berdisiplin yang berjaya mengekang gerakan daripada pemain Croatia dengan efektif.

Penghujung babak pertama kekangan Maghribi semakin kendur, Croatia hampir membuka jaringan pembukaan dengan satu gerakan cantik dari kiri hasil umpanan Borna Sosa.

Namun tolakan Nikola Vlasic telah dihadang oleh penjaga gol Maghribi, Bono. Kemudian rembatan padu Modric pula sedikit melewati palang.

Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan dengan hanya satu percubaan tepat saja berjaya dihasilkan melalui Vlasic.

Bersambung permainan, Croatia dilihat terus menguasai permainan tetapi masih gagal untuk menghasilkan sebarang gol begitu juga dengan Maghribi.

Permainan berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Kesebelasan UtamaMOROCCO XI: Bounou, Hakimi, Saiss, Aguerd, Mazraoui, Ounahi, Amrabat, Ziyech, Amallah, Boufal, En-Nesyri.

Pemain Simpanan: Hamdallah, Zaroury, Sabiri, Mohamedi, Chair, Aboukhlal, Ezzalzouli, El Yamiq, Dari, Cheddira, Tagnaouti, El Khannous, Benoun, Attiyat Allah, Jabrane.

Kesebelasan Utama CROATIA XI: Livakovic, Juranovic, Lovren, Gvardiol, Sosa, Modric, Brozovic, Kovacic, Vlasic, Kramaric, Perisic.

Pemain Simpanan: Stanisic, Barisic, Erlic, Majer, Grbic, Livaja, Pasalic, Petkovic, Budimir, Orsic, Vida, Ivusic, Sutalo, Sucic, Jakic.

BACA:Β  Ramalan Wenger Pada 2016, Takuma Asano Bakal Jadi Penyerang Masa Depan Ternyata Benar