Belgium pasukan yang agak konsisten dalam kejohanan besar untuk tempoh sedekad ini telah mengumumkan senarai skuad rasmi 26 Setan Merah untuk membawa cabaran Belgium ke Piala Dunia 2022.
Sebelum ini Belgium telah memegang sebagai pasukan nombor satu dunia dari September 2018 sehingga Februari 2021, lantaran konsistensi mereka.
Setan Merah merupakan pemenang tempat ketiga di Piala Dunia 2018 dan mampukah generasi emas sudah memasuki usia senja mampu bergelar juara dunia?
Untuk Piala Dunia 2020, Belgium masih dianggap sebagai Dark Horse kerana kebarangkalian mereka untuk menang itu wujud walaupun dalam kesamaran.
Belgium reveal their squad for the World Cup. This team hits different. ๐ฅ๐ง๐ช pic.twitter.com/K3Ecf10Ty7
โ CBS Sports Golazo โฝ๏ธ (@CBSSportsGolazo) November 10, 2022
Romelu Lukaku turut dipilih walaupun penyerang itu mengalami kecederaan paha kiri dan hanya bermain lima perlawanan untuk Inter Milan musim ini.
Jurulatih Belgium Roberto Martinez berkata dia bersedia untuk memanggil Lukaku, penjaring rekod pasukan kebangsaan dengan 68 gol, asalkan dia boleh bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan di peringkat kumpulan.
Lukaku terlepas dua bulan pada permulaan musim kerana kecederaan hamstring dan kemudian cedera paha dua perlawanan sebelum kembali ke Inter, di mana dia berada dalam tempoh kedua selepas menyertai secara pinjaman dari Chelsea.
Belgium telah diundi untuk berada dalam Kumpulan F bersama Kanada, Maghribi dan Croatia, Setan Merah dilihat sebagai pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya.
11,59 million Belgians. 26 Devils. 1 goal. ๐ #DEVILTIME pic.twitter.com/wwCAMvlU6k
โ Belgian Red Devils (@BelRedDevils) November 10, 2022
Dengan ucapan โ11.59 juta rakyat Belgium, 26 Setan, 1 matlamatโ #DevilTime, inilah skuad Belgium untuk Piala Dunia 2022:
Penjaga Gol:
Koen Casteels (Wolfsburg)
Thibaut Courtois (Real Madrid)
Simon Mignolet (Club Brugge).
Pertahanan:
Toby Alderweireld (Royal Antwerp)
Zeno Debast (Anderlecht)
Leander Dendoncker (Aston Villa)
Wout Faes (Leicester)
Arthur Theate (Rennes)
Jan Vertonghen (Benfica)
Thomas Meunier (Borussia Dortmund)
Timothy Castagne (Leicester)
Tengah:
Kevin De Bruyne (Manchester City)
Amadou Onana (Everton)
Youri Tielemans (Belgium)
Hans Vanaken (Club Brugge)
Axel Witsel (Borussia Dortmund)
Yannick Carrasco (Atletico Madrid)
Thorgan Hazard (Borussia Dortmund)
Penyerang:
Michy Batshuayi (Fenerbahce)
Charles De Ketelaere (AC Milan)
Jรฉrรฉmy Doku (Rennes)
Eden Hazard (Real Madrid)
Romelu Lukaku (Inter Milan)
Dries Mertens (Galatasaray)
Loรฏs Openda (Lens)
Leandro Trossard (Brighton)
Your Red Devils #WorldCup squad. ๐ #DEVILTIME pic.twitter.com/iwvgrlp3EB
โ Belgian Red Devils (@BelRedDevils) November 10, 2022
Charles De Ketelaere, Amadou Onana, Loรฏs Openda, Zeno Debast, Arthur Theate dan Wout Faes akan membuat debut di kejohanan antarabangsa pertama masing-masing.
Sementara itu, Belgium juga telah mengumumkan bahawa Bryan Heynen, Alexis Saelemaekers, Dodi Lukebakio dan Jason Denayer berada dalam senarai bersedia sehinggalah kejohanan bermula.
Kelibat Thomas Vermaelen dalam skuad Belgium masih ada tetapi bukan sebagai pemain tetapi sebagai pembantu jurulatih.
Thomas Vermaelen mengumumkan persaraan sebagai pemain pada 21 Januari 2022 dan terus diserap dalam pasukan kejurulatihan Belgium.
Skuad Piala Dunia 2022 Perancis
Didier Deschamps telah mengumumkan senarai nama pemain skuad Perancis yang akan menggalas tanggungjawab di Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar pada musim sejuk ini.
FIFA telah membenarkan maksima 26 orang pemain untuk dibawa ke Qatar namun Didier Deschamps memilih untuk membawa hanya 25 orang pemain sahaja.
Paling menarik apabila pemain pertahanan Manchester United, Raphael Varane turut dipilih walaupun mengalami kecederaan Hamstring ketika menentang Chelsea dua minggu lalu.
Raphael Varane kelihatan menangis dan sebak apabila terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan menentang Chelsea itu yang memberi petanda tiada aksi Piala Dunia baginya namun tetap terpilih.
๐๐ ๐ก๐๐จ๐ฉ๐ des 2๏ธโฃ5๏ธโฃ Bleus retenus pour
๐ก๐ ๐พ๐ค๐ช๐ฅ๐ ๐๐ช ๐๐ค๐ฃ๐๐ ๐#FiersdetreBleus pic.twitter.com/RpQ0ddN3heโ Equipe de France โญโญ (@equipedefrance) November 9, 2022
Penjaga gol Spurs dan West Ham, Hugo Lloris dan Alphonse Areola menyertai William Saliba, Ibrahima Konate serta Raphael Varane sebagai wakil pemain yang berpangkalan di Liga Perdana dalam pasukan Perancis.
Sudah pasti William Saliba menjadi prospek paling menarik dengan karier penuh sensasi sejak kembali bersama Arsenal selepas cemerlang ketika dipinjamkan ke Marseille musim lalu.
William Saliba menjadi tonggak penting Arsenal dan benteng kebal skuad London itu yang kini gaya di puncak Premier League.
Kecemerlangan William Saliba telah membuka mata Deschamps untuk menyenarai dan membawanya ke Qatar.
William Saliba could be set to not only start but become a key player for France at the World Cup. Few are better 1v1. PL CBs (500mins+) best % of dribblers tackled (FBRef):
๐ซ๐ท 91.7 | William Saliba (Arsenal)
๐ด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ 88.9 | Ezri Konsa (Aston Villa)
๐จ๐ญ 84.9 | Manuel Akanji (Man. City)โ Get French Football News (@GFFN) November 8, 2022
Olivier Giroud yang tersisih dari skuad Perancis sepanjang tahun 2022 kerana saingan sengit dari Kylian Mbappe, Antoine Griezmann dan Karim Benzema kembali semula.
Pemain veteran berusia 36 tahun itu telah diberi peluang untuk permulaan positif musim ini di mana dia telah menjaringkan sembilan gol dalam 18 perlawanan untuk AC Milan dalam Serie A dan Liga Juara-Juara.
Giroud berpeluang menjadi penjaring terbanyak Perancis sepanjang zaman Perancis bersama bekas Penyerang Arsenal hanya dua gol di belakang rekod 51 gol dicipta Thierry Henry.
Sementara itu, kemasukan Ibrahima Konate ke dalam pasukan Les Blues adalah satu kejutan dan menimbulkan persoalan memandangkan dia hanya bermain dua kali bersama Perancis dan hanya beraksi dalam empat perlawanan dalam semua pertandingan untuk Liverpool musim ini.
Konate ๐ค Saliba
France have their future CB duo set ๐ซ๐ท pic.twitter.com/lL40gwjeYu
โ ESPN FC (@ESPNFC) November 6, 2022
Dah la jarang bermain, Liverpool pula langsung tidak hebat musim ini tapi Deschamps dah pilih hadap jela. dan ini senarai 25 pemain Perancis ke Piala Dunia:
Penjaga Gol:
Hugo Lloris (Tottenham Hotspur)
Alphonse Areola (West Ham)
Steve Mandanda (Rennes)
๐๐๐ ๐๐ผ๐๐ฟ๐๐๐๐ ๐งค#FiersdetreBleus pic.twitter.com/WVsg6HGlgD
โ Equipe de France โญโญ (@equipedefrance) November 9, 2022
Pertahanan:
Lucas Hernardez (Bayern Munich)
Theo Hernandez (AC Milan)
Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain)
Ibrahima Konate (Liverpool)
Jules Kounde (Barcelona)
Benjamin Pavard (Bayern Munich)
William Saliba (Arsenal)
Dayot Upamencano (Bayern Munich)
Raphael Varane (Manchester United)
๐๐๐ ๐ฟ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ช#FiersdetreBleus pic.twitter.com/z7BH33fmWk
โ Equipe de France โญโญ (@equipedefrance) November 9, 2022
Tengah:
Eduardo Camavinga (Real Madrid)
Youssouf Fofana (Monaco)
Matteo Guendouzi (Marseille)
Adrien Rabiot (Juventus)
Aurelien Tchouameni (Real Madrid)
Jordan Veretout (Marseille)
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ โ๏ธ#FiersdetreBleus pic.twitter.com/e0VDOYiVrg
โ Equipe de France โญโญ (@equipedefrance) November 9, 2022
Penyerang:
Karim Benzema (Real Madrid)
Kinglsey Coman (Bayern Munich)
Ousmane Dembele (Barcelona)
Olivier Giroud (AC Milan)
Antoine Griezmann (Atletico Madrid)
Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
Christopher Nkunku (RB Leipzig)
๐๐๐ ๐ผ๐๐๐ผ๐๐๐ผ๐๐๐ ๐ฅ#FiersdetreBleus pic.twitter.com/Hr0f1rCxgC
โ Equipe de France โญโญ (@equipedefrance) November 9, 2022
Bercakap mengenai pemilihan skuadnya, Deschamps mengakui berdepan kesukaaran lantaran Perancis dibarisi pemain-pemain yang padu:
โSejujurnya, ini bukanlah pemilihan yang paling mudah.โ
โIa adalah sama untuk semua pengurus pasukan kebangsaan yang lain. Pemain yang pulih daripada kecederaan, pemain yang cedera malam tadi, yang boleh cedera malam ini.โ
Perancis memulakan kempen Piala Dunia mereka pada 22 November menentang Australia, sebelum berdepan Denmark pada 26 November dan Tunisia pada 30 November.
โณ pic.twitter.com/5AGPkUt718
โ Equipe de France โญโญ (@equipedefrance) November 9, 2022
Les Blues merupakan juara bertahan Piala Dunia selepas menewaskan Croatia dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2018, Rusia dan telah diangkat sebagai pasukan pilihan dan diramal mampu mengekalkan gelaran juara.
Namun ini Piala Dunia yang sentiasa menjanjikan kejutan, dalam sejarah Piala Dunia hanya Itali (1934, 1938) dan Brazil (1958, 1968) sahaja berjaya mengekalkan kejuaraan mereka dengan kemenangan dua kali berturut-turut.
Selepas Piala Dunia 1968 tiada lagi pasukan berjaya mempertahankan kejuaraan.