Tarikh Perbicaraan Dakwaan 115 Salah Laku Kewangan Man City Akan Dimulakan Tahun Hadapan

Perbicaraan kes 155 dakwaan salah laku kewangan oleh Manchester City dijadualkan akan bermula pada lewat tahun hadapan.

Premier League dan Manchester City akhirnya mencapai persetujuan untuk perbicaraan di hadapan satu jawatankuasa panel bebas dan ia dianggap sebagai perbicaraan terbesar di dalam sejarah bola sepak.

Premier League mendakwa City telah melanggar 115 peraturan kewangan pertandingan pada Februari lalu selepas siasatan dilakukan sejak 2018.

Pada masa ini kedua-dua pihak turut mengunci mulut dan enggan memberikan komen ketika dihubungi media Britain berkaitan kes tersebut.

Mail Sports bagaimanapun mendedahkan tarik perbicaraan telah dipersetujui kedua-dua pihak, dan akan bermula pada akhir 2024.

Pemerhati bagaimanapun tiada keputusan mengenai perbicaraan tersebut akan diumumkan sehingga selepas musim 2024-25 berakhir.

Kebetulan kontrak sedia ada Pep Guardiola bersama Manchester City juga akan tamat pada ketika itu.

Difahamkan semua proses perbicaraan akan dilakukan secara sulit, dan pada ketika ini kenyataan daripada saksi sedang dikumpul dan ia akan berterusan sehingga pertengahan tahun hadapan.

Dan sekiranya semua proses berjalan lancar nasib Manchester City dijangka akan diumumkan pada musim panas 2025.

Sebarang penangguhan hanya akan membuatkan prosiding terus berpanjangan. Apa-apa pun keputusan akhir oleh panel bebas pemerhati turut menjangkakan kedua-dua pihak akan membuat rayuan terhadap kepitisan dibuat. Senario tersebut juga akan memanjangkan lagi kes ini.

City tidak boleh membawa kes ini ke Mahkamah Timbangtara Antarabangsa (CAS) selepas kes yang sama dibicarakan ketika berhadapan dengan dakwaan UEFA.

City didakwa melakukan 115 kesalahan kewangan sepanjang tempoh 14 musim bermula 2009-10.

Dakwaan tersebut termasuk pemalsuan laporan kewangan dan keenganan bekerjasama dengan Premier League untuk membenarkan siasatan. City bertegas mereka tidak melanggar sebarang kesalahan.

Pada Mac lalu Everton turut didakwa melakukan kesalahan kewangan, sebulan selepas dakwaan terhadap City didedahkan. Dan pada awal bulan ini kelab itu dijatuhkan hukuman pemotongan 10 mata, dan kini sedang berada dalam proses rayuan.

Guardiola baru-baru ini juga mendakwa semua pihak di luar City mahu melihat kelab itu dihukum atas pendakwaan itu.

“Kami tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian,” kata pengurus dari Sepanyol itu sebelum perlawanan menentang Liverpool pada hujung minggu lalu.

“Saya tahu ramai mahukan [City dihukum]. Saya tahu dan saya dapat merasakannya. Saya akan tunggu dan ligar, dan selepas keputusan akhir diberikan kami akan tampil memberikan penjelasan.”

Guardiola juga berkata beliau akan terus kekal bersama kelab itu walaupun selepas didapati bersalah dan disingkirkan ke divisyen lebih rendah.

BACA:  Champions League 2021/22: Manchester City 4-3 Real Madrid