Kyle Walker Puji Karakter Michael Oliver Tidak Beri Penalti Kepada Liverpool

Pemain pertahanan Manchester City Kyle Walker memuji karakter yang ditampilkan pengadil Michael Oliver kerana tidak tunduk dengan tekanan daripada penyokong tuan rumah di Anfield untuk memberikan sepakan penalti minit akhir dalam pertemuan kedua-dua pasukan pada hujung minggu lalu.

The Reds jelas kecewa apabila Olover enggan memberikan sepakan penalti kepada mereka selepas insiden terjahan kaki tinggi Jeremy Doku yang mengena dada Alexis Mac Allister.

Doku pada ketika itu cuba memenangi perebutan bola tinggi namun usahanya turut terkena dada pemain tengah dari Argentina itu di dalam kotak penalti.

VAR turut menyemak insiden yang berlaku pada minit ke-99 itu, namun mengekalkan keputusan Oliver.

Keputusan itu membuatkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berang yang 100% yakin ia adalah satu kekasaran oleh Doku. Sekiranya penalti diberikan, keputusan sudah pasti berbeza dan kemenangan kepada Liverpool akan mengekalkan kelab Merseyside itu di kedudukan teratas liga.

Walker yang juga merupakan kapten City enggan menafikan ia adalah penati atau tidak namun berpendapat Oliver berkemungkinan terpaksa tunduk dengan desakan penyokong tuan rumah yang menuntut penalti diberikan.

Pemain antarabangsa England itu bagaimanapun memuji karakter pengadil berusia 39 tahun itu kerana tidak mengendahkan desakan sedemikian dan yakin dengan penilaian diri sendiri.

“Pada pendapat saya pengadul dan VAR telah membuat keputusan, dan begitulah ia sepatutnya. Saya berfikir pengadil mengendalikan situasi tersebut dengan cukup baik,” kata Walker ketika ditemuramah Sky Sports.

“Apabila anda [pengadil] mengendalikan perlawanan di sini [Anfield[] dengan penyokong mereka, anda berkemungkinana tunduk kepada desakan.

“Tetapi dia [Oliver] menunjukkan pengalamannya, dan karakter yang dia miliki. Kerana itulah dia dianggap sebagai salah seorang pengadil terbaik di negara ini dan dunia pada masa ini.

“Ia bukan tugas saya untuk menilai sama ada ia adalah penalti. Jika saya kata ia bukan penalti, ia akan jadi tajuk utama akhbar. Sama juga jika saya katakan ia penalti.

“VAR sudah menyemak insiden tersebut, pengadil sudah melakukan tugas. Itu sahaja saya mahu katakan.”

BACA:  Milner: Liverpool Perlu Menangi Trofi Terlebih Dahulu Jika Mahu Digelar Terbaik Di Dunia