Nottingham Forest Ditolak 4 Mata Kerana Langgar PSR

Nottingham Forest menerima hukuman penolakan 4 mata selepas didapati melanggar Peraturan Kewangan berkaitan Keuntungan dan Kemampanan (PSR) Premier League.

Pemotongan mata itu bermakna Forest kini hanya memiliki 21 mata terkumpul, menyebabkan kedudukan kelab itu di Premier League jatuh ke tangga ke-18 (zon penyingkiran), satu mata di belakang Luton Town.

Satu kenyataan daripada Premier League mengesahkan perkara tersebut berkata: “Satu badan bebas telah memutuskan pemotongan 4 mata terhadap Nottingham Forest FC kerana melanggar peraturan Kewangan berkaitan Keuntungan dan Kemampanan (PSR) pada musim 2022/23.

“Nottingham Forest telah dirujuk kepada badan siasatan bebas Premier League untuk sisatan pada 15 Januarli lalu, selepas laporan kewangan mendedahkan kelab itu melanggar had PSR £61 juta seperti yang ditetapkan dengan jumlah £34.5 juta.

“Jumlah tersebut adalah lebih rendah berbanding £105 juta yang dibelanjakan oleh kelab itu selama dua musim di EFL Championship.

“Keputusan badan bebas itu dilakukan selepas dua hari perbicaraan dilakukan pada bulan ini, di mana pihak kelab diberikan peluang untuk menampilkan butiran punca lebihan PSR itu boleh berlaku.

“Badan bebas ini juga mendapati Nottingham Forest telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan dilakukan.

Forest adalah kelab kedua menerima hukuman penolakan mata daripada Premier League pada musim ini, selepas Everton dihukum dengan penolakan 10 mata pada November lalu. Hukuman terhadap The Toffees bagaimanapun telah dikurangkan pada 6 mata pada Februari lalu selepas rayuan.

PSR adalah sebahagian daripada peraturan yang terkandung di dalam manual Peraturan Kewangan (FFP) yang dilaksanakan di Premier League yang memerlukan setiap kelab menyeimbankan akaun kewangan masing-masing.

PSR menggariskan jumlah kerugian atau hutang yang dibenarkan kepada setiap kelab selepas satu tempoh seperti yang ditetapkan oleh Premier League.

Nottingham Forest jelas kecewa dengan hukuman tersebut setelah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan dan semakan akaun dilakukan oleh Premier League sejak beberapa bulan lalu.

BACA:  Premier League 2021/22: Liverpool 1-0 West Ham United