Mbappe Dianggap Pemain Paling Tamak Kerana Menolak Untuk Menghantar Bola Kepada Messi

Kylian Mbappe dituduh sebagai pemain yang paling pentingkan diri sendiri kerana beliau menolak untuk menghantar bola kepada Lionel Messi ketika aksi terikat 3-3 bertemu Strasbourg awal pagi tadi.

Kylian Mbappe menjaringkan dua gol untuk Juara bertahan saingan Ligue 1 itu mendahului perlawanan sebelum Strasbourg kembali bangkit dan mengikat kedudukan.

Marco Verratti menjaringkan gol sendiri pada minit ke-75 permainan sebelum Anthony Caci meledak gol penyamaan pada minit ke-92 permainan untuk pasukan tuan rumah.

Mbappe pada ketika ini merupakan penjaring terbanyak Paris Saint Germain sepanjang musim ini dengan beliau sudah berjaya menjaringkan 35 gol.

Beliau juga turut berjaya mencatatkan 23 assists dari 43 perlawanan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.

Walau bagaimanapun, ramai sebenarnya percaya yang pemenang Piala Dunia itu sebenarnya terlalu pentingkan diri ketika beraksi bertemu Strasbourg awal pagi tadi.

Beliau terlibat dengan dua situasi yang mana beliau boleh menghantar bola kepada Lionel Messi namun memilih untuk tidak melakukan hal itu.

Di penghujung aksi babak pertama permainan, Mbappe memiliki bola di sudut sebelah kiri dan beliau ketika itu dilihat berdepan dengan pemain pertahanan lawan.

Walau bagaimanapun, PSG situasi pada ketika itu sedikit padat dengan pemain lawan sudah menutup ruang yang ada dan dengan Messi dan Neymar turut sudah maju masuk ke kotak penalti.

Messi jelas sekali mempunyai ruang untuk melakukan sesuatu dengan beliau juga sudah berada di kedudukan terbaik untuk menerima bola namun Mbappe jelas sekali tidak memperdulikan hal itu.

Beliau akhirnya mencuba untuk melepaskan diri dari kawalan pemain lawan dan akhirnya Mbappe sekadar mempersia-siakan sahaja peluang yang terhidang.

Hal itu menyebabkan beliau teruk dihentam oleh para penyokong, terutama peminat setia Lionel Messi di laman media sosial.

“Saya tak rasa ada sebab yang lebih masuk akal untuk diterima selain dari dia sememangnya seorang yang sangat tamak.”

“Saya tak faham, sudah jelas dia boleh nampak Messi ada ruang yang sempurna dan ruang untuk dia sudah ditutup tapi dia masih cuba untuk lepaskan diri.”

“Dia bukan hanya pentingkan diri, tapi dia juga sebenarnya terdesak mahu kan perhatian kerana itu beliau kerap melakukan hal seperti itu.”

“Sejujurnya saya sedikit kecewa kerana dia tak sepatutnya menunjukkan sikap tamak seperti itu, kenapa perlu ada sikap macam tu dalam sebuah kelab yang hebat.”

“Dia mahu dapat semua perhatian dan dia cemburu kalau ada pemain lain dapat hal yang sama dan kerana itulah dia tamak.”

Insiden itu bukanlah satu-satunya insiden yang berlaku dari perlawanan ini dengan hal yang lebih teruk turut berlaku ketika aksi tambahan masa.

Neymar berjaya mengasak dan memenangi bola lalu beliau memilih untuk menghantar bola kepada Mbappe untuk kekalkan penguasaan bola di kawasan bahaya lawan.

Messi ketika itu sekali lagi tidak di kawal di sudut sebelah kanan namun Mbappe langsung tidak melihat bintang Argentina itu dan sekadar melepaskan rembatan yang sia-sia.

Lebih memburukkan keadaan lagi, situasi itu berlaku ketika PSG sedang mendahului 3-2 sebelum tamat permainan dengan Mbappe turut berjaya membuka ruang.”

Messi sudah berjaya mencatatkan empat assist dalam saingan Ligue 1 sepanjang musim ini namun beliau sepertinya gagal untuk mendapatkan sokongan yang cukup dari rakan sepasukannya.

Video di atas sudah cukup untuk membuktikan yang Messi sepatutnya dapat lebih banyak sokongan dari rakan sepasukannya agar beliau mampu dapatkan membantu kelab mencipta sesuatu.

Kontrak Mbappe bersama PSG akan tamat pada penghujung musim ini dengan pihak kelab sendiri masih berusaha mahu memujuk beliau agar memliih untuk kekal di Parc des Princes.

PSG dilaporkan turut menawarkan gaji dan bonus yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam usaha mereka mahu Mbappe menandatangani kontrak baru.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pemuda Dari Malaysia Mengejutkan Dunia Bola Sepak Dengan Ramalannya Yang Tepat