Inilah Reaksi Kontroversi Mbappe Ketika Diumum Berada di Tempat Ke-6

Kylian Mbappe tidak dapat lari dari lensa kamera dan terus menjadi tumpuan apabila reasksinya yang kelihatan kecewa ketika hanya diumum untuk berada ditangga ke-6 dalam senarai 30 akhir anugerah Ballon d’Or.

Bukan lagi rahsia apabila Karim Benzema telah dipilih sebagai pemenang Ballon d’Or kerana berbulan-bulan sebelum senarai akhir diumumkan France Magazine nama Benzema berada dalam senarai teratas.

Karim Benzema menerima trofi Ballon d’Or yang menjadi idaman setiap pemain bola sepak ini dari legenda Perancis, Zinedine Zidane yang merupakan pemenang Ballon d’Or 1998.

Zinedine Zidane merupakan pemenang terakhir trofi berprestij ini untuk pemain dari Perancis sehinggalah Karim Benzema melakukannya 24 tahun kemudian.

Bekas pemain perancang itu dapat dilihat sangat gembira dan berbesar hati dapat menyampaikan trofi itu kepada Benzema yang telah membawa Real Madrid muncul juara Champions League dan La Liga.

Perasaan bangga jelas terpancar dari wajah Zinedine Zidane yang tersenyum lebar selepas mengumumkan nama Benzema sebagai pemenang sehinggalah trofi itu diserahkan.

Namun disudut lain pula ramai yang memerhati reaksi Kylian Mbappe yang dilihat kecewa dan tampak marah kerana hanya diumumkan untuk berada di kedudukan ke-6 sahaja.

Mbappe sekadar berada ditangga keenam di belakan, Benzema, Sadio Mane, Kevin de Bryune, Robert Lewandowski dan Mohamed Salah, gagal untuk berada dalam kelompok 5 teratas.

Reaksi Mbappe itu dengan pantas menjadi bahan jenaka di media sosial. Jika difikirkan secara logik sukar untuk Mbappe masuk kelompok 5 teratas apatah 3 teratas berdasarkan prestasinya sepanjang musim 2021/22.

Ada laporan menyatakan bahawa Mbappe memberikan yang sama iaitu tanda kecewa selepas Karim Benzema diumumkan sebagai pemenang Ballon d’Or namun seperti satu tuduhan palsu.

Paling power ada yang mengatakan Mbappe pasti mahu membatalkan anugerah Ballon d’Or itu kerana meletakkan dirinya hanya ditangga keenam terbaik dunia.

Namun kuasa Mbappe ada hanya boleh digunapakai bersama PSG dan itupun mula mendapat tentangan ramai pemain sehingga penyokongnya dilaporkan hanya tinggal 4 orang.

Mbappe pastinya menghadiri majlis ini dengan reaksi bercampur baur saat ketibaannya ketika menjejak kaki di Thearte du Chatelet, Paris.

Pemain bintang PSG itu tersenarai dalam 30 calon akhir telah berjalan di karpet merah yang menyambut kehadiran pemain dan telah diboo dan diejek oleh para pembencinya yang hadir diperkarangan Thearte du Chatelet.

Ketika melalui kawasan itu telah kedengaran dengan agak jelas ejekan dari penonton diluar Thearte du Chatelet, namun Mbappe keras bersahaja memekakkan telinga.

Situasi, perlakuan terkini Mbappe jelas sangat tidak digemari oleh peminat PSG kerana Mbappe merasakan dia lebih besar dari kelab.

Situasi ini berlaku selepas laporan muncul minggu lalu bahawa bintang Perancis itu mahu keluar dari Parc des Princes pada jendela perpindahan Januari.

Ketegangan yang sangat tidak harmoni ii datang hanya selepas beberapa bulan Mbappe menandatangani kontrak baharu dengan kelab itu.

Peminat terkejut apabila Mbappe memutuskan untuk memperbaharui kontraknya di PSG musim lalu, selepas dia dikaitkan begitu kuat dengan perpindahan ke Real Madrid.

Dan peminat sekali lagi terkejut apabila Mbappe mahu berpindah pada Januari ini selepas tidak suka dengan taktikal pengurus dan tidak dapat pemain yang di mahukan.

Bagaimanapun, penyerang itu menafikan sebarang dakwaan bahawa dia sedang mahu berpindah dari kelab itu pada Januari sebagimana dilaporkan media.

Mbappe menjelaskan dia sendiri terkejut dengan berita ini dan menyatakan semua ini palsu kerana dia gembira berada di Paris.

Kontroversi negatif terus menyelubungi Mbappe sejak awal musim ini samada di dalam atau di luar padang.

BACA:  PSG Mahu Heret Real Madrid Kepada FIFA Kerana Mbappe