Kakak Ronaldo Setuju Pencapaian CR7 Lebih Ori Dan Ballon d’Or Dimenangi Messi Adalah Pemberian

Kakak kepada Cristiano Ronaldo terus mempertahankan adiknya dan secara tidak langsung menyindir Lionel Messi yang baru sahaja memenangi anugerah Ballon d’Or kelapannya pada minggu ini.

Penyerang Argentina itu mencipta rekod baharu apabila melebarkan jumlah trofi anugerah berprestij individu itu di Paris selepas membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 2022 di Qatar.

Ini bermakna Messi kini mempunyai lebihan tiga trofi Ballon d’or berbanding pencapaian Ronaldo yang memiliki lima trofi dan memenangi anugerah tersebut kali terakhir pada 2017.

Tatkala ramai yang tampil memuji pencapaian Messi yang kini sudah berusia 36 tahun, tidak kurang juga yang menyifatkan kemenangan kali ini adalah sekadar untuk mengiktiraf pencapaian sepanjang zaman Messi.

Katia Aveiro, kakak Ronaldo berusia 46 tahun tidak menyembunyikan pendapatnya mengenai kemenangan Messi dan perseteruan bekas pemain Barcelona itu dengan adiknya Ronaldo.

Melalui satu hantaran di X oleh seorang individu lain, memaparkan gambar adiknya dengan semua trofi individu yang pernah dimenangi Ronaldo termasuk tiga anugerah Pemain Terbaik UEFA dan empat kasut emas Eropah, selain lima Ballon d’or.

Hantaran tersebut turut didatangkan dengan kapysen: “Earned, not given” (Selayaknya diperolehi, dan bukan pemberian). Mesej tersebut dilihat seperti disengajakan ditujukan kepada Messi setelah kerana dimuat naik sejurus selepas Messi menerima Ballon d’Or.

Aveiro jelas bersetuju dengan kapsyen tersebut apabila memberikan tanda suka dan emoji tepuk tangan sebanyak lima kali.

Ini bukan kali pertama Aveiro yang juga merupakan seorang penyanyi pop di Portugal masuk campur dalam perdebatan hangat perseteruan Messi-Ronaldo.

Sebelum ini Aveiro turut melabel Piala Dunia 2022 di Qatar sebagai yang paling teruk pernah dianjurkan dan mahu Ronaldo pulang sehaja ke Portugal selepas pemain itu berada di bangku pemain simpanan.

BACA:  Lionel Messi Teruk Dihentam Selepas PSG Tersingkir Dari Saingan Champions League