Video: Aksi Messi Sekadar Jadi Tiang Lampu Mencuri Perhatian Peminat

Rakaman aksi Lionel Messi sekadar menjadi tiang lampu ketika pasukannya, Paris Saint Germain sedang melancarkan serangan tular di media sosial pada ketika ini.

Aksi beliau itu menjadi topik perbualan hangat para peminat selepas memperlihatkan Pochettino mengeluarkan bintang Argentina itu sebaik babak kedua dimulakan.

Messi gagal memberikan impak yang positif dalam perlawanan bertemu Lille pada hujung minggu lalu, dengan PSG ketinggalan 1-0 ketika bintang Argentina itu berada di atas padang.

Selepas Messi dikeluarkan pada aksi babak kedua permainan, jentera serangan PSG dilihat lebih tajam dan berkesan, dengan mereka berjaya melakukan comeback untuk menewaskan Lille 2-1.

Ramai yang memperdebatkan mengapa Messi dikeluarkan selepas hanya 45 minit sahaja beraksi, pelbagai spekulasi dicetuskan oleh para peminat tentang hal tersebut.

Beliau dilaporkan sebenarnya bergelut dengan masalah kecederaan hamstring dan kerana rasa tidak selesa, maka Messi gagal memberikan impak seperti yang diharapkan.

Walaupun hanya beraksi selama 45 minit sahaja, ia sudah cukup untuk menjadikan Messi sebagai topik perbualan paling hangat para peminat berkait perlawanan ini.

Telah tular satu rakaman yang menunjukkan bagaimana beliau sekadar menjadi tiang lampu sahaja ketika pasukannya sedang melancarkan serangan pada aksi babak pertama permainan.

Melihat hal itu, ramai para peminat yang memperdebatkannya di media sosial, dengan ada yang menganggap Messi sebenarnya tiada hati untuk bermain, dan ada juga yang mempertahankan bintang Argentina itu.

Rakaman tersebut memperlihatkan Messi berdiri di luar kotak penalti Lille sambil memerhatikan Neymar dan Angel Di Maria berhempas pulas memenangi bola untuk mencari gol.

Ramai yang mempertahankan Messi dengan mendakwa yang beliau sememangnya sering melakukan hal itu termasuk ketika kariernya bersama Barcelona.

“Messi memang selalu bermain macam ini. Sesiapa yang baru perasan, maksudnya dia sebelum ini tengok highlights sahaja.”

“Dia memang selalu buat macam ni lah, adakah kamu semua baru tengok dia bermain?”

“Saya nampak pemain terhebat dunia berdiri sekitar 20 ela dari gawang gol dengan tiada sesiapa dalam jarak 10 ela dari dia, dia ada ruang yang banyak.”

Bercakap selepas tamat perlawanan, Mauricio Pochettino mengesahkan yang beliau mengeluarkan Messi sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kita perlu tunggu. Kita sudah bercakap dengan doktor. Ia langkah berjaga-jaga.”

“Dia tak boleh teruskan, tapi ia bukan masalah besar. Dia sudah tentu akan boleh bermain dalam perlawanan seterusnya.”

Berbalik kepada isu Messi kerap berjalan-jalan, ia sebenarnya memang gaya dan cara permainan beliau sejak dahulu lagi.

Bahkan ketika beraksi bertemu PSG dalam aksi saingan Champions League sebelum ini, beliau turut melakukan hal yang sama.

Messi kebiasaannya akan mengambil beberapa minit pada aksi babak pertama permainan, untuk memerhatikan gerak geri semua pemain pertahanan dan midfield lawan.

Beliau mahu memastikan arah pergerakan serta tindakan yang sering diambil oleh pemain pertahanan lawan, ketika skuadnya melancarkan serangan.

Selepas faham sepenuhnya dengan gaya permainan pertahanan lawan, Messi akan mula menggunakan titik lemah yang beliau jumpa untuk melancarkan serangan.

Paris Saint Germain selepas ini akan turun beraksi dalam saingan Champions League untuk bertemu RB Leipzig.

Mereka kemudiannya akan menyambung aksi dalam saingan Ligue 1 untuk bertemu Bordeaux dan FC Nantes dalam usaha mereka untuk terus mendominasi saingan Liga musim ini.

Paris Saint Germain pada ketika ini jauh mendahului carta liga dengan mengumpul 31 mata dari 12 perlawanan,

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mbappe Dilihat Mengeluh Kerana Tak Puas Hati Dengan Neymar