Messi Tolak Jemputan CBS Sports Kerana Bekas Bintang Liverpool Yang Dianggapnya Perangai Seperti Keldai

Lionel Messi menolak jemputan untuk melakukan pebampilan di rancangan Champions League oleh CBS Sports di Miami pada Rabu lalu kerana Jamie Carragher turut berada di rancagan tersebut.

Pada tahun lalu Carragher mendedahkan Messi telah menghantar mesej kepada beliau melalui Instagram selepas bekas pemain pertahanan itu mengkritik perpindahan bintang Argentina itu ke Paris Saint-German (PSG) – dan Carragher digelar seperti seekor keldai oleh Messi.

“Saya ada sindir sipi Cristiano Ronaldi pada awal musim kerana berpendapat perpindahan kembali ke Man United bukanlah perpindahan yang bagus. Dan saya juga mengambil contoh Messi. Saya berpendapat Messi bukannya pembelian yang bagus untuk PSG,” kata Carragher pada Januari 2022.

Komen oleh Carragher itu mungkin sekadar berbentuk pendapat yang umum namun ia jelas tidak disenangi oleh Messi yang sehingga ke hari ini,

Pengacara rancangan tersebut di mana Messi dijemput, Kate Abdo baru-baru ini secara terbuka mendedahkan Carragher sebagai punca penyerang Inter Miami itu enggan menyertai mereka untuk rancangan menuju perlawanan Champions League pada pertengahan minggu lalu.

“Anda semua tahu jemputan rasmi telah dihantar ke Inter Miami dan kita mahukan dia [Messi] tampil dalam rancangan ini, tahukah anda apakah rspon pegawai kelab?” tanya Abdo kepada panel lain termasuk Carragher.

“Malang sekali Lionel Messi tidak akan bersiaran langsung bersama kita kerana Jamie Carragher turut bersama kita di sini.”

Pada ketika itu panel sedang berbincang perdebatan kehebatan Messi vs Ronaldo, dan Carragher berkata tatkala Ronaldo adalah seorang penjaring gol terhebat sepanjang zaman, Messi pula adalah pemain terbaik sepanjang zaman.

Carragher kemudian menganggap Messi enggan tampil bersama dalam rancangan tersebut kerana dirinya sebagai satu proklamasi yang patut dibanggakan.

Bekas pemain pertahanan itu kemudiannya bertanya kepada penonton siapakah pilihan mereka untuk berada di rancangan tersebut, dirinya atau Messi?

Messi adalah subjek utama perbincangan bola sepak selepas menyertai Inter Miami, dan ia tidak menghairankan mengapa CBS Sports mahukan pemain itu tampil di dalam rancangan mereka.

Sejak berpindah ke Miami pada musim panas lalu, Messi membantu kelab itu menjuarai MLS Leagues Cup buat kali pertama dalam sejarah.

BACA:  Siaran Berita Tv Perancis Tersilap Meletakkan Gambar Messi Palsu