Carragher Terguris Walker Puji Prestasi Michael Oliver Sebelum Delete Hantaran Di X

505614 yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 di Anfield pada hujung minggu lalu.

Legenda Liverpool itu kemudiannya bertindak memadam hantaran di Twitter yang mengkritik Walker.

Perlawanan kelompok atas Premier League itu dibayangi oleh kontroversi apabila Oliver minidakkan permintaan Liverpool untuk diberikan sepakan penalti selepas Alexis Mac Allister dikasari Jermy Doku pada minit akhir perlawanan.

Semakan VAR selepas itu turut menyebelahi Oliver dan keputusan itu turut menerima kecaman daripada pengurus tersohor Liverpool Jurgen Klopp.

Dan pada Isnin Walker tidak berselindung memuji karakter dimiliki Oliver yang dilabelnya sebagai antara pengadil terbaik dunia kerana teguh dengan pendiriannya walaupun menerima tekanan daripada penyokong di Anfield.

Carragher bagaimanapun mendakwa temubual itu sengaja diadakan selepas perlawanan untuk mewujudkan ‘perang minda’ dengan menekankan insiden tersebut.

“Saya tidak fikir keputusan pengadil mengenai sepakan penalti itu satu kesilapan yang sangat besar,” tulis Carragher di X.

“Tetapi temubual itu amat memalukan! Pegawai media Man City sengaja mengada-adakan cerita dan mengubah naratif. Hakikatnya mereka hanya bernasib baik kerana tidak dihukum!!! Perang saraf.”

Bekas pemain pertahanan yang pernah menjadi dambaan di Anfield itu bagaimanapun memadam hantaran tersebut di X setelah menyedari temubual tersebut sebenarnya sudah dirancang sejak sebelum perlawanan pada hujung minggu lalu.

Dalam perlawanan tersebut City mendahului perlawanan melalui John Stones sebelum Mac Allister menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada babak pertama perlawanan.

Keputusan perlawanan mengekalkan City di belakang Liverpool dengan beza satu mata, tetapi membenarkan Arsenal gayat di persada liga selepas turut menang 2-1 ke atas Brentford pada Sabtu lalu.

BACA:  Kyle Walker Dilayangkan Kad Merah Kerana Melakukan Kesalahan Yang Mengarut