Cristiano Ronaldo terus menjadi fenomena yang menggemparkan dunia walaupun kini sudah menjangkau usia 38 tahun.
Tidak cukup dengan bola sepak, Ronaldo kini menjadikan senario politik di Jepun menjadi haru biru.
Kengo Oishi adalah seorang Gabenor di Wilayah Nagasaki. Pada Julai lalu Oishi gagal mewakili Jepun untuk hadir ke mesyuarat yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpi dunia yang lain.
Pada ketika itu tidak ramai yang mengetahui mengapa Oishi gagal berbuat demikian sehinggalah punca sebenar didedahkan baru-baru ini.
Oishi gagal menghadiri mesyuarat tersebut kerana hadir menyaksikan perlawanan persahabatan di antara Al Nassr dan PSG di Osaka semata-mata untuk menyaksikan aksi Ronaldo pada 25 Julai lalu.
Melalui penjelasannya Oishi menegaskan tiket perlawanan untuk menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut dikeluarkan daripada poket beliau sendiri.
Nagasaki Governor Kengo Oishi is facing calls to resign after he skipped a meeting of Japan's governors to watch a football match featuring Cristiano Ronaldo! pic.twitter.com/UsMoGzFitU
β Random Guy (@_Random_Dud_) December 10, 2023
Walaupun demikian, kos perjalanan dan penginapan dibiayai oleh kerajaan Jepun.
Ahli politik itu tampil melakukan permohonan maaf kerana mengambil kesempatan menyaksikan perlawanan tersebut, tetapi tampil menjelaskan tindakan itu adalah untuk menjadikan Ronaldo sebagai duta untuk mempromosikan Nagasaki pada masa depan.
Beberapa pegawai kerajaan lain bagaimanapun mendedahkan bintang daripada Portugal itu tidak memberi sebarang respon terhadap cadangan daripada Oishi.
π¨π³Japan Governor Kengo Oishi went to watch a match between Al Nassr and PSG instead of attending a meeting with the nations governors.
He claims he wanted to ask Ronaldo to help promote Nagasaki. π pic.twitter.com/swNBmB3oIA
β CentreGoals. (@centregoals) December 9, 2023
Isu tersebut membuatkan ramai pihak mendesak agar Oishi meletak jawatan kerana gagal menjalankan tugas beliau sebagai wakil kerajaan.
Ramai mendakwa Oishi meletakkan kepentingannya terlebih dahulu apabila gagal menghadiri majlis rasmi membabitkan kerajaan.
Walaupun demikian penyokong dan macai Oishi berkata tindakan ahli politik itu betul kerana ia boleh memberikan keuntungan kepada bandar diwakilinya. Peranan Oishi cuba mempengaruhi Ronaldo turut dianggap penting.