Pengurus Manchester United (MU) Erik ten Hag menegaskan dia memerlukan barisan pemain yang sentiasa laparkan/dahagakan/berahi untuk bermain setelah berjaya menyingkirkan pemain seperti Jadon Sancho dan Cristiano Ronaldo daripada Old Trafford.
Jurulatih dari Belanda itu merancang untuk terus melakukan perubahan budaya di Manchester United pada musim kedua di Old Trafford – setelah kualiti pasukan merudum pada musim ini – yang kini berada di kedudukan kesembilan Premier League.
Mereka juga sudah tersingkir daripada pertandingan Eropah setelah mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan tercorot di belakang Bayern Munich, Galatasaray dan FC Copenhagen.
Tidak cukup dengan itu, United turut disingkirkan oleh Newcastle daripada pertandingan Piala Carabao di pusingan keempat, tatkala isu kecederaan turut terus menerus menghantui pasukan.
Ten Hag asked how important it is for as manager that you are allowed to impose discipline on the club and in the dressing room?: "It is that if you want to perform, you need hungry players. I already said we need personality and players who are hungry to fight for the badge, to… pic.twitter.com/Pf1Wf59lWE
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) January 14, 2024
Selepas membenarkan Ronaldo meninggalkan Old Trafford secara percuma pada awal 2023 dan Sancho turut kembali ke Borussia Dortmund secara pinjaman, United turut dikhabarkan bersedia melepaskan Casemiro dan Raphael Varane.
Selepas seri menentang Tottenham pada hujung minggu lalu setelah hanya merekodkan dua kemenangan daripada enam perlawanan Premier League sebelum ini, Ten Hag yakin situas di kelab itu akan berubah menjadi lebih baik sekiranya barisan pemainnya bersedia untuk berjuang habis-habisan demi kemenangan.
😤 Erik ten Hag says Manchester United need players who will "fight for the badge" and the club
Listen to👹 Man United v Tottenham ⚪️ from 4:30pm ⤵️https://t.co/NI1sjtGRxI#BBCFootball #MUNTOT pic.twitter.com/TDQH8VoP2O
— BBC 5 Live Sport (@5liveSport) January 14, 2024
“Jika anda mahu menampilkan permainan yang baik, anda sentiasa memerlukan pemain yang sentiasa dahaga/lapar/berahi,” kata Ten Hag.
“Saya sentiasa berkata kami memerlukan personaliti dan pemain yang sentiasa lapar untuk berjuang demi lencana di dada, berjuang demi kelab, dan berkorban apa saja demi pasukan.”
Disiplin adalah tunjang utama corak pengurusan Ten Hag. Keluarga Glazer yang memiliki kelab itu berada di belakang Ten Hag ketika pengurus itu melepaskan Ronaldo.
Dan kini Sir Jim Ratcliffe yang baru melengkapkan pemilikan 25% kelab turut menyokong tindakan pengurus itu menyingkirkan Sancho.