Portugal Menang Namun CR7 Terus Dihantui Statistik Sepakan Percuma

Portugal berjaya memulakan kempen Euro 2024 dengan kemenangan 2-1 ke atas Czechia.

Portugal mendapat gol kemenangan minit ke-92 menerusi pemain gantian Francisco Conceicao yang mencetak gol minit ke-92 perlawanan.

Portugal sebenarnya terlebih dahulu ketinggalan dalam perlawanan ini. Walaupun mereka tampil dengan lebih dominan.

Lukas Provod mencetak gol pembukaan cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-62. Gol yang membuatkan penyokong Portugal tergamam.

Portugal bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri oleh Robin Hranac minit ke-69.

Skuad Portugal terus dominan dan menghasilkan beberapa lagi siri serangan bahaya ke arah gol lawan.

Setelah berhempas pulas mencari gol kemenangan, Portugal akhirnya berjaya mendapatkan gol kemenangan lewat perlawanan menerusi Francisco Conceicao.

Statistik kurang sedap CR7

Namun ada satu statistik yang kurang enak dicatatkan oleh bintang utama Portugal, Cristiano Ronaldo.

Ronaldo sebenarnya bermain baik dalam perlawanan ini terutama sekali mengambil kira faktor usianya yang sudah 39 tahun, tampil di pentas tertinggi seperti Euro.

Ronaldo ada melakukan momen yang hebat sama seperti biasa. Ini termasuk hantaran backheel yang hampir menghasilkan assist.

Walaupun cemerlang dalam statistik lain, ada satu statistik yang menghantui abang Do. Di mana pemain itu kini sudah melakukan 29 sepakan percuma sejak debut beliau pada Euro 2004.

Dan tak sekalipun sepakan percuma Ronaldo berjaya masuk menjadi gol.

Dan pada 2014, ada satu momen kelakar di mana Abang Do gagal melakukan sepakan percuma menewaskan benteng hanya seorang pemain, Phillip Lahm, ketika di Piala Dunia.

Ramai percaya keupayaan Ronaldo untuk mencetak gol menerusi sepakan percuma sudah semakin berkurangan sejak 2014. Selepas dia mengalami kecederaan di bahagian lutut. Dia memiliki gaya sepakan percuma knuckleball yang ikonik.

Oleh itu sudah ada peminat Portugal yang mulai meminta Abang Do menyerahkan sahaja tugasan itu kepada pemain lain dalam pasukan.

Euro 2024 mungkin akan menjadi Euro terakhir buat Ronaldo. Dan dia masih ada beberapa perlawanan lagi untuk menamatkan badi sepakan percuma itu selaku pemain luar biasa dalam sejarah Euro.

Sebagai rekod, Cristiano Ronaldo sudah pernah memenangi 1 Euro dan 1 Piala Negara Negara Eropah bersama dengan skuad kebangsaan pasukannya.

Euro yang dimenangi Ronaldo adalah pada edisi 2016. Di mana Abang Do sempat menjadi jurulatih part time masa itu.

BACA:  Rudi Garcia Puji Ronaldo Melambung-Lambung