Rudi Garcia Puji Ronaldo Melambung-Lambung

Pengurus Al Nassr, Rudi Garcia telah memuji Cristiano Ronaldo dengan pujian melambung-lambung dan melantun-lantun untuk aksi debutnya dan video kompilasi permainan Ronaldo juga tular.

Cristiano Ronaldo akhirnya telah membuat debut rasminya bersama Al Nassr di Saudi Pro League menentang Ettifaq dan terus melonjakkan kelab Arab Saudi ke puncak liga.

Lilitan Kapten terus diberikan kepada Cristiano Ronaldo yang menyertai Al Nassr bulan lalu untuk kontrak selama dua tahun dan meraih pendapatan yang mencipta rekod dunia sebanyak £177 setahun.

Sambutan hanya diberikan kepada Cristiano Ronaldo yang tidak dapat beraksi dengan segera kerana penggantungan dua perlawanan dan hampir sebulan barulah penduduk negara teluk itu secara rasmi dapat menikmati aksi Ronaldo

Cristiano Ronaldo telah melakukan satu skill menarik dan telah menghantar pemain Ettifaq ke tanan selepas digeleceknya dan kini menjadi bualan warga Arab. Satu-satunya aksi menarik Ronaldo dalam perlawanan ini.

Ronaldo – yang pernah bermain untuk Manchester United, Juventus dan Real Madrid – disambut dengan sepanduk dan sorakan daripada peminatnya di Stadium Universiti King Saud di Riyadh.

Al Nassr berjaya menewaskan Ettifaq 1-0 dan Ronaldo bermula dari kesebelasan utama bermain 90 minit penuh di mana gol kemenangan dijaringkan oleh Anderson Talisca melalui satu tandukan.

Kemenangan tipis ke atas Ettifaq ini telah melonjakkan Al Nassr ke tangga teratas dengan 33 mata daripada 14 perlawanan memotong seteru ketat Al Hilal dengan kelebihan satu dan jug kurang satu perlawanan.

Selepas wisel sepenuh masa, jurulatih Al Nassr Rudi Garcia memuji Ronaldo dengan pujian yang melontun-lantun atas pengaruhnya dalam pasukan dan juga permainan.

“Ia adalah tambahan positif apabila anda mempunyai pemain seperti Ronaldo kerana dia membantu mengalih perhatian pemain pertahanan lawan, itulah yang berlaku dengan gol kami,” kata Garcia kepada pemberita.

“Hari ini kami mencipta peluang untuknya dan meminta pemain mempelbagaikan permainan antara dia dan Talisca, dan kami tidak boleh lupa bahawa dia menyertai (perlawanan pertunjukkan menentang) Paris Saint Germain dan tidak mendapat rehat yang cukup.

“Walaupun dengan kehadiran Ronaldo, bukan mudah untuk memenangi Liga Saudi kerana kekuatan pesaing.”

Video kompilasi aksi Ronaldo juga menjadi tular dan menjadi igauan ramai, di Youtube rata-rata komennya lebih positif dan lain pula di Twitter yang menyatakan aksi Ronaldo adalah satu igauan ngeri.

Sejujurnya, aksi yang dipamerkan Ronaldo adalah biasa-biasa saja dan lebih dekat kepada sesuatu yang mengecewakan dan hanya diselamatkan dengan kemenangan.

Kualiti yang dipamerkan Ronaldo jauh dari Ronaldo yang dunia kenali, dengan usianya mungkin sudah merosot tetapi kini dia beraksi di Liga Arab Saudi yang jauh lebih rendah kualitinya dari liga utama Eropah.

Untuk debutnya ini ramai yang teruja lantaran nama dan jenama besar yang ada pada dirinya, jika terus mempamerkan prestasi setakat ini untuk perlawanan mendatang pasti akan mendatangkan cemuhan.

BACA:  WWE Tawar Cristiano Ronaldo Lakukan Penampilan Di Acara Crown Jewel