Ronaldo Pamer Semangat ‘Fair Play’, Nafikan Penalti Yang Diberikannya Oleh Pengadil

Cristiano Ronaldo mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dalam perlawanan AFC Champions League dalam perlawanan Al Nasrr menentang Persepolis.

Skuad kendalian Luis Castro melayan kunjungan kelab Iran itu di Al Awwal Park untuk perlawanan Kumpulan E dan berada di landasan terbaik untuk memperolehi gol pendahuluan selepas Ronaldo dianugerahkan sepakan penalti.

Sepakan yang diberikan pengadil itu pantas mencetuskan bantahan daripada pemain lawan. Namun lebih mengejutkan Ronaldo sendiri tampil memaklumkan kepada pengadil bahawa ia bukan satu kekasaran.

Ketika perlawanan tersebut Ronaldo jelas menunjukkan kepada pengadil dengan jari telunjuknya sambil berkata, “Bukan penalti”.

Dan kemudian insiden tersebut disemak oleh VAR sebelum keputusan memberikan penalti itu ditarik balik oleh pengadil.

Bagi kebanyakkan orang, Ronaldo dianggap sebagai pemain terakhir untuk berbuat demikian. Namun sikap fair play nya kali ini wajar dipuji dan menunjukkan keperibadian sebenar pemain dari Portugal itu.

Kejadian tersebut turut mengingatkan kita kembali kepada perbuatan sama oleh Miroslav Klose pada 2012. Bekas penyerang Jerman itu pada ketika itu beraksi untuk Lazio dalam perlawanan menentang Napoli dan menjaringkan gol.

Walaupun demikian, Klose kemudiannya memaklumkan kepada pengadil bola itu masuk kerana terkena tangganya. Jaringan tersebut kemudiannya dibatalkan dan kejujuran Klose kemudiannya turut mendapat pujian pemain lawan.

Dalam perlawanan pada Al Nassr beraksi dengan 10 pemain apabila Ali Lajami dilayangkan kad merah seawal minit ke-17 perlawanan.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun masih berjaya mengikat lawan mereka itu tanpa sebarang jaringan.

Keputusan seri itu merencatkan rekod 100% kemenangan Al Nassr di dalam saingan Kumpulan E. Bagaimanapun ia masih belum menggugat Ronaldo dan Al Nassr yang masih berada di kedudukan teratas kumpulan dengan 13 mata dan sudah sah layak ke pusingan seterusnya.

BACA:  Pesanan Terakhir Cristiano Ronaldo Kepada Thibaut Courtois