Mane Terpaksa Tangguh Bulan Madu Kerana Isteri Perlu Kembali Bersekolah

Sadio Mane terpaksa menangguhkan bulan madu kerana isterinya Aisha Tamba yang masih berusia remaja perlu kembali ke sekolah dan menduduki peperiksaan akhir tahun (UASA).

Majlis perkahwinan Mane dengan teman wanitanya Tamba diadakan secara tertutup di Senegal pada 7 Januari lalu. Perkahwinan tersebut diadakan seminggu sebelum perlawanan pertama Senegal menentang Gambia di Kejohanan Piala Afrika (AFCON).

Senegal akan memulakan misi mempertahankan kejuaraan AFCON pada 15 Januari, dan Mane adalah kapten pasukan.

Pasukan itu berada di dalam Kumpulan C bersama-sama Camerooon dan Guinea. Perlawanan akhir pula akan dilangsungkan pada 11 Februari dan Mane sebenarnya telah merancang untuk berbulan madu selepas itu – atau selepas Senegal tersingkir.

Walaupun demikian keluarga Tamba mahukan anak mereka memberikan fokus terhadap akademik terlebih dahulu. Perkara itu dikongsikan oleh Moussa Ndiaye, yang juga merupakan kenalan kepada pasangan tersebut dan bertanggungjawab mengatur perkahwinan mereka.

Kepulangan Tamba ke sekolah selepas perkahwinannya dengan Mane disambutd dengan meriah oleh rakan-rakannya di sekolah.

Tamba juga datang daripada keluarga yang dianggap hebat di Senegal kerana ayahnya adalah seorang arkitek. Kedua-dua pasangan bertemu buat kali pertama tiga tahun lalu.

Tetapi pada ketika itu bekas bintang Liverpool itu tidak melamar Tamba secara terang-terangan.

Sebaliknya Mane yang kemaluan sekadar memaklumkan niat di hatinya kepada pakciknya yang juga kenalan kepada keluarga Tamba sebelum urusan perkahwinan diatur oleh kedua-dua keluarga.

Mane memenangi pelbagai kejuaraan ketika bersama Liverpool di antara 2016 sehingga 2022, termasuk kejuaraan Champions League dan Premier League.

Selepas itu pemain sayap itu kemudiannya berhijrah ke Bayern Munich selama semusim sebelum menyertai Al Nassr untuk beaksi bersama Cristiano Ronaldo.

BACA:  Karius Ulangi Aksi Kelakar Dalam Perlawanan Pra-Musim Liverpool Menentang Tranmere