Ronaldo Mencarut Ketika Pemain Yang Dia Selalu Puji Mahu Klaim Ballon D’Or Miliknya

Cristiano Ronaldo benar benar bengang ketika dia ditanya tentang Ballon d’Or oleh Fabio Paim. Tahukah anda Paim merupakan rakan Ronaldo ketika mereka sama sama di akademi di Sporting Lisbon dahulu.

Dan Ronaldo pernah menganggap Paim sebagai pemain lebih baik daripadanya ketika itu. Malangnya pemain itu terlalu leka dengan pujian dan akhirnya tidak dikenali lagi selepas itu.

Berbeza dengan Ronaldo yang sangat gemilang. Seringkali diperdebatkan dalam memilih GOAT bola sepak. Dia menjulang hampir kesemua piala dalam kariernya kecuali Piala Dunia. Namun itu tidak bermakna dia tidak layak digelar GOAT. Kerana bagi peminat Ronaldo, CR7 tetap GOAT mereka.

Ronaldo sudah memiliki 5 Ballon d’Or di dalam kabinetnya di rumah. Ronaldo telah dikaitkan dengan banyak kelab terkemuka sepanjang kariernya serta ada 5 UCL bersamanya dimenangi dengan Real Marid dan Manchester United.

Walaupun selepas banyak kejayaan ditempanya, pemain masih mengingati bintang muda bernama Paim itu kerana kehebatannya menjaringkan gol ketika mereka masih muda dulu.

Ronaldo membantu pasukan Portugalnya layak ke edisi Euro 2024 di Jerman. Sementara Paim pula tidak tahu ke mana dia berada.

Di tengah-tengah semua pujian atas sumbangan Ronaldo kepada negaranya, bekas rakan sepasukannya dari Sporting CP, Fabio Paim, mendakwa dia layak menerima Ballon d’Or  milik Ronaldo kerana dia lebih baik daripada pemain itu semasa zaman mudanya.

Bagaimanapun, Ronaldo tidak selesa dengan topik itu dan berkata, “ W – T – F? Siapa mamat ni?.”

Kerjaya Paim tidak menjadi seperti yang disangkanya. Dikenali sebagai pemain berbakat tinggi, pemain sayap itu mendakwa kehilangan kerjayanya kerana pengaruh tidak sihat di sekelilingnya.

Pemain itu telah memperoleh banyak wang sejak zaman mudanya dan pernah berbelanja dengan boros dan setiap malam dia healing sampai pagi. Pemain itu kini kesal kerana, walaupun mempunyai bakat terbaik, dia tidak melakukan usaha yang diperlukan untuk menjadikannya lebih besar.

Ronaldo juga seringkali menilai Paim sangat tinggi semasa berpindah ke Manchester United. Ronaldo kemudian menyatakan, “Jika anda fikir saya baik, tunggu sehingga anda melihat Fábio Paim.”

Ronaldo kini bermain untuk Al Nassr di Arab Saudi. Dan dia sebelum ini sudah menyatakan dia tidak memikirkan untuk kembali ke pentas eropah sekali lagi kerana menganggap UEFA telah membuatkan bola sepak eropah carca merba.

Di peringkat kebangsaan, Ronaldo masih mengetuai pasukan kebangsaan negaranya untuk beraksi di peringkat tertinggi. Pengurus baharu Portugal, Roberto Martinez percaya Ronaldo masih boleh tampil dalam satu lagi edisi Piala Dunia. Dan sudah tentunya Abang Do akan bermain di Euro 2024 yang akan datang.

BACA:  Gara Gara Koyak, Ronaldo Digantung Tak Bertali Dan Dipotong Gaji Seminggu £500K Je