Media Arab Saudi Lapor UEFA Sedang Pertimbang Al Nassr Untuk Sertai Champions League Musim Hadapan

UEFA dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memasukkan Al Nassr ke pertandingan UEFA Champions League (UCL) pada musim hadapan.

Laporan tersebut diterbitkan oleh media di Arab Saudi yang yakin Cristiano Ronaldo dan Al Nassr akan memeriahkan pertandingan elit Eropah itu untuk musim 2024/25, dan perkara itu dimungkinkan kerana populariti Al Nassr di seluruh dunia.

Pada minggu lalu Ronaldo menjaringkan gol ke-13 peribadinya di Saudi Pro League untuk membantu Al Nassr menewaskan Al Wehda 3-1, sekali gus mendekatkan jarak dengan pendahulu liga Al Hilal kepada empat mata.

Walaupun pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu menampilkan prestasi menakjubkan di Timur Tengah, prestsai cemerlang Ronaldo kurang mendapat liputan di Eropah.

Namun menurut wartawan Arab Saudi, Al Harbi44 di X, perkara itu tidak akan berpanjangan setelah UEFA dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menjemput Al Nassr beraksi di UCL 2024/25.

Menurut wartawan tersebut, UEFA mempertimbangkan untuk menjemput Al Nassr kerana menganggap kelab itu sebagai salah sebuah daripada tiga kelab terkemuka dunia pada hari ini – dan turut diikuti oleh segelintir penyokong di Eropah.

Malah Ronaldo turut dianggap sebagai antara pemainΒ  elit yang paling menyerlah sepanjang sejarah Champions League dan penyertaan Al Nassr sudah pasti akan dialu-alukan.

Bintang antarabangsa Portugal itu adalah pemain pertama menjuarai Champions League sebanyak lima kali, dan merupakan pemain dengan penampilan tertinggi di pertandingan tersebut.

Sepanjang tempoh itu Ronaldo telah menyumbat 140 gol – jumlah tertinggi pernah dilakukan oleh seseorang pemain di pertandingan tersebut sehingga ke hari ini.

Merupakan penjaring terbanyak Champions League sebanyak tujuh kali, Ronaldo turut menjaringkan 67 gol di pusingan kalah mati pertandingan tersebut, dan turut menjaringkan gol di tiga perlawanan akhir.

Ronaldo juga tampil sebagai pemain pertama yang berjaya menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut di pertandingan tersebut.

Bermula musim hadapan Champions League akan diadakan dengan format bagaru di mana saingan peringkat kumpulan akan ditiadakan.

Sebaliknya semua 36 pasukan bertanding akan bersaing sesama sendiri dalam satu kumpulan besar secara liga.

Lapan pasukan terbaik akan terus layak ke pusingan 16 pasukan terbauk. Manakala pasukan yang menduduki tangga kesembilan sehingga ke-24 akan bersaing di pusingan play-off untuk mara ke pusingan seterusnya.

Pasukan yang menduduki tangga ke-25 sehingga ke-36 akan disingkirkan.

BACA:Β  Kisah Ronaldo Lihat Cermin Tanpa Pakaian Lalu Berkata 'Messi tidak' kelihatan seperti ini'